dipilih n memilih ep 2

Posted in Uncategorized on February 8, 2010 by 8ulan4ati

bismillahirrahmanirrahim…

sebenarnya xda apa dah berkaitan tajuk 2 cuma saja nak berkongsi kegembiraaan ari ni…result IELTS dah keluar…alhamdulillah, melepasi required band..so, pas ni blh la forward ke bahagian biasiswa….untuk yang baru nak ambil…gud luck :D

Pening….

Posted in Uncategorized on February 7, 2010 by 8ulan4ati

bismillahirrahmanirrahim… :)

sibuk bebenor ambil master ni sampai tak terkejar rasa…tp alhamdulillah la masih boleh bertahan…kalau orang lain boleh..kita pn mesti boleh…ye x? :)

sebenarnya tak ada apa untuk dikongsikan cuma baru2 ni ada sorang adik tanya apa yang akak paham tentang Masalah hati

berat jugak nak jawab sebab takut tak menepati jawapan yang sebetulnya..tapi time ni la nk tengok kefahaman kita betul atau tak…so AKAK pn jawab la…. segala sifat mazmumah yang ada dalam diri kita, yang menjadikan hati kita kotor…

kenapa tiba2 bincang masalah hati???

manusia ni tak dapat lari dari masalah hati…tp ramai orang cakap masalah hati ni selalu jadi kat perempuan..mana taknye, mengumpat kn salah satu keje tetap sesetengah orang terutamanya perempuan..ni salah satu contoh la..banya lagi yang boleh nak disebut tapi mungkin ada betulnya jugak statement 2… so kesimpulannya JAGALAH HATI…. :D

apa khabar hati kita hari ni...?

1st week as master student

Posted in Uncategorized on January 5, 2010 by 8ulan4ati

bismillahirrahmanirrahim…

alhamdulillah..hampir setahun menunggu, akhirnya berjaya juga ke s.alm as master student under TPM..  banyak lagi yang x settle, so maknanya scholar x masuk lg la..huhu kais pg makan pg la dl sblm kais pg makan sminggu hehe..

so far xda benda menarik yang dibuat minggu 1st, just stay at home sbb my 1st class pn start malam ni..dah lama x masuk class, harap2 suma ok la..pe pun dh pandai dah p bukit cerakah..tq2 kepada suma pemandu pelancong ku…

slh 1 gmbr yg blh di post kat sni:

umah 4 musim--tgh musim sejuk tp xleh main salji

Bencana…ujian @ Balasan

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by 8ulan4ati

Kejadian gempa di Padang jam 17:16, rujuk Alquran surah 17 ayat 16

“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” (surah al israa:16)

Susulan gempa di Padang pada jam 17:58, rujuk Alquran surah ke 17 ayat 58,

“Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).” (al israa:58)

kejadian gempa berlaku pada tanggal 30hb 9, rujuk Alquran surah ke 30 ayat 9,

“Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri”  (ar-ruum: 9)

Gempa di Jambi pada jam 8:52, rujuk Alquran surah ke 8 ayat 52,

“(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.”               (al anfaal:52)

Renungkan..moga kita termasuk orang-orang yang dapat mngambil hikmah dan pengajaran…

Pe Kes…???

Posted in adventure.... on August 6, 2009 by 8ulan4ati

20 peniaga Jalan Masjid India tuntut RM10 juta

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 peniaga dan penjaja di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi meneruskan niat mereka mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur perhimpunan dan perarakan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sabtu lalu.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera, Faizal Abd Rahman, berkata tindakan membuat laporan polis itu sebagai membela nasib kira-kira 1,000 peniaga di kawasan itu yang mengalami kerugian serta kerosakan barang niaga selain trauma akibat perhimpunan haram berkenaan.

“Ketika kejadian, orang ramai yang berhimpun tiba-tiba menjadi ganas dan cuba merusuh serta merosakkan harta benda peniaga. Walaupun ketakutan, kami tidak boleh melarikan diri kerana menjaga barangan jualan dan terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing.

“Kami bercadang membuat tuntutan RM10 juta atas kejadian itu. Pihak penganjur perhimpunan sepatutnya faham kawasan sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi kunjungan orang ramai membeli-belah terutama pada Sabtu awal bulan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma menjadi laluan kepada peniaga kecil menuntut hak mereka.


“Selepas ini, kami tidak akan berdiam diri dan bercadang mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran dan amaran bagi mencegah kejadian seperti ini berlaku pada masa depan,” katanya yang menyifatkan perhimpunan haram itu lebih teruk berbanding Reformasi 1998.

Sementara itu, Biro Pengaduan Awam (BPA) akan membuka kaunter khas di Jalan Masjid India, Sabtu ini bagi membolehkan peniaga yang mengalami kerugian mengemukakan aduan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata kaunter itu akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan peniaga hanya perlu membawa dokumen atau bukti yang mengesahkan mereka menjalankan perniagaan di kawasan yang terjejas –(Harian Metro August, 6 2009)

huhu..gatal gigi bila baca artikel ni…nasib baek lah diriku berada ditempat kejadian ketika itu,,,kalo tak, mesti diriku dah percaya bujur2 dengan artikel ni..mengikut perenggan ke4 (ala2 lawyer pulak) FRU x sepatutnya..diulangai x sepatutnya menembak gas pemedih mata kalo dh tau tu tempat org awm beli belah..dh la aku tgh shopping kat situ time 2..buat aksi kejar mengejar pulak seawal 9 pg..padahal aku bc poster demo kul 2 ptg..tengah dok tenang2 shopping tetiba aku rasa pedih ja…rupa2nya x sabar2 nak tunggu 2 petang..abis2 budak2 nangis.. PE KES FRU?

ms dah tenang kul 3 ptg 2 pulak..tgh dok relaks kat bus stop situ (almaklumlah suma jalan ditutup..xleh p mn2) aku rs pedih lg…awat la FRU ni..time 2 lari ar…bersama2 dgn aku time 2 yg aku perasan sorang nenek dlm 60 thn lbh la..sorg ibu mengandung n da la lagi remaja2… WAHAI FRU..x kesian ke kat nenek dgn ibu mengandung 2???? ha? x kesian ke? sampai nangis diorang.. nasib bek la ada bw air mineral…ktorg pn share2 la air yg botol kecik 2.. PE KES FRU??

Ayat merusuh 2 paling x tahan..sepanjang aku dok sana xda pulak tengok merusuh..kalo x caya tanya la org2 awam lain yg dok mengintai dari tgkat 1 bgunan tepi2 jln 2 smpi tgkat teratas..ada x merusuh? ada x? hahaha kelako btul depa ni buat cita..nasib bek lah aku dh sedar dr terus ditipu korang suma..

Pening bila pikir politik M’sia ni..dulu Tun Dr Mahathir sokong ISA..pas turun takhta pdn menteri, dia x sokong pulak..sm macam pak lah..ms jadi pdn mnteri sokong je..lps letak jwtn kata ISA x relevan pulak…. Cakap biar la tetap pendirian sket..time dh xda kuasa baru la nk buat ’statement’..awat la..

PESANAN KU UNTUK SUMA RAKYAT MALAYSIA…JGN PECAYA BULAT2 LA PE YG KORANG BACA…KALO DA MASA 2 KUAR LA DARI KEPOMPONG KORANG P CARI KEBENARAN..NK BC BERITA 2 BACA LA DRI SUMA SUMBER, MN BOLEH BC SEBELAH PIHAK JE..YE X?

 

P/S: WATAK ‘AKU’ DLM REAL STORY DI ATAS ADALAH DARI SORANG HAMBA ALLAH YG XMAU DIKENALI

Ulybnis….(smile)

Posted in Uncategorized on June 29, 2009 by 8ulan4ati

Go to fullsize image
Smile! If the rain outside the window won’t stop…
Smile! If you failed to do something…
Smile! If happiness hid behind the clouds…
Smile! Even if your soul got slightly scratched…

Smile! And you’ll see how everything changes…
Smile! The rain will stop and the ground will dress up in snow…
Smile! And your sorrow will pass by…
Smile! And then your soul will begin to live…

 

(Bumac Vitas: Ulybnis)

Back to Da Nature…

Posted in usrah on October 19, 2008 by 8ulan4ati

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…segala puji kepada Tuhan sekalian alam,yang sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya…dan tidak pernah sekali meninggalkan hamba-hambaNya..

Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan tidak mengikuti mana-mana usrah..hari ni buat pertama kalinya saya ‘berusrah’ sepanjang berubah ke tempat baru ni..Suasana baru, naqibah baru,cara baru tetapi masih lagi rukun yang sama..

Kenapa Perlu saya Kepada USRAH?

Sepanjang menjalani hidup tanpa usrah, saya akui diri saya kosong dan rasa jauh. Jauh dari sesuatu yang dulu begitu hampir. Sukar untuk diungkapkan tetapi sampai ke satu tahap saya merasakan yang saya perlu mentarbiyah diri saya kembali. Bukan sahaja melalui kuliah-kuliah umum tetapi juga melalui satu medan yang mengikat. Kalau dulu sering sahabat saya utarakan yang usrah adalah satu medan persediaan bagi diri kita menghadapi dunia luar supaya ke mana pun tercampaknya kita, kita tahu untuk berdiri dan tidak ‘tewas’.

Kini saya menyedari usrah yang saya ikuti dulu masih terlalu rapuh untuk menjadikan saya terus berdiri setelah tercampaknya diri ke sini. 3 tahun disana cumalah satu permulaan bagi hidup.

Usrah pertama….

Usrah kami cukup santai, bermula dengan sesi taaruf dan seterusnya ke pengisian. Perbincangan dua hala, ditambah pula dengan cara kak pizah yang cukup bersahaja dan yang lebih menarik usrah kami turut di ikuti oleh ‘baby’ berusia 8 bulan (comel je dok merangkah tengah2 halaqah kami). Dan bila dah dinamakan ‘baby’ unik la sikit sebab macam-macam yang dia boleh buat nak dibandingkan dengan ‘makcik-makcik’ , merengek,menangis, menjerit, ketawa (cara baby la), tarik buku, rebut pen & macam-macam lagi. Itu baru yang bongsu, ada lagi yang 2 lelaki dan 1 perempuan yang bermain diluar dan sesekali masuk memanggil nama ‘umi’ dan keluar semula. Namun, usrah kami sedikit pun tidak rasa terganggu sebaliknya banyak yang tersirat yang dapat kami pelajari selain dari perbincangan dua hala yang tersurat itu.

Apa yang tersirat?

Memerhati dan melihat, bukan setakat yang dituturkan sebagai pengisian tetapi juga setiap gerak geri sebagai ‘ilmu tambahan’. Itulah uniknya usrah.

  • Bagaimana seorang ibu beranak 4 masih sanggup menerima kami sebagai ‘tetamu kehormat’ nya di kala banyak tanggungjawab lain yang masih perlu di uruskan. Saya cukup kagum dengan muslimat yang masih mampu bergerak dalam medan dakwah even setelah berkeluarga. Bukan mudah kerana tidak semua yang membina baitul muslim mampu ketepikan kepentingan peribadi untuk Islam. Kak pizah mungkin merupakan di antara yang beribu yang berjaya. Bagaimana pula kita nanti, apakah tergolong dalam ‘1 dari 1000′ yang tidak berjaya? nauzubillah….
  • Yang tersirat di dalam usrah kami tapi di lafazkan secara tersurat oleh kak pizah.. ” sedari awal perkahwinan, jangan tinggalkan solat berjemaah samada dengan suami@anak@ mertua@ dll. kerana sekecil-kecil perkara itu memberi kesan dalam sebuah keluarga muslim.
  • Senakal mana pun anak jangan dimarahi selagi mana di dalam sebuah majlis ilmu…bukan kerana menjaga air muka tetapi itu cuma permulaan sebelum dia mengerti erti sebenar akhlak. bersabarlah sebentar kerana kesudahannya insyaAllah baik.

Terlalu banyak persedian yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari depan…InsyaAllah, perlu di set mind kita dari sekarang yang ” AKU NAK JADI SAYAP KIRI PERJUANGAN” InsyaAllah..

Sepagi Bersama Buddhist

Posted in Uncategorized on October 20, 2008 by 8ulan4ati

 

“Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?” Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. “Ya, saya solat lima kali sehari” kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu.
“Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?” Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, “kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan”"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda’, kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya” dia menjelas, mengupas satu persatu.
“Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?” Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya.
“Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu” jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

 

“…Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar…”

Samb: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1197

SYABAB

Posted in Uncategorized with tags on October 22, 2008 by 8ulan4ati

1_912008132l2-copy4

Macam-macam…

Posted in Uncategorized on November 5, 2008 by 8ulan4ati

Alhamdulillah….

akhirnya berkesempatan menulis walau pun tak tahu apa yang patut ditulis even banyak perkara yang berlaku sekarang ni. Kalau buka utusan malaysia, mahkamah dengan pembebasan Abdul Razak Baginda, hiburan dengan kes Abby-Norman, Luar negara dengan pilihan raya yang hampir kepada Barrack Obama dan macam-macam lagi…dan DIRIKU ini….sibuk dengan duit gaji yang baru dapat…lump sum untk tempoh 3 bln…huhu

Betul la apa yang orang kata, bahaya dapat lum sum sebabnya diri seolah-olah balas dendam untuk tempoh 3 bulan…macam-macam rasa nak beli…ini dah habis,itu tak cukup,ini perlu, itu nak guna…..akhirnya baik ikut cakap mak…simpan kat tempat tak boleh ambik..:D

jadi….untuk rakan taulan ku…tak sempat dah nak belanja korang..tuggu next gaji pulak..hehe

Jom Ubah..

Posted in ibadah on November 8, 2008 by 8ulan4ati

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah swt yang masih lagi mencurahkan kasih sayanyNya yang tidak terhingga kepada kita, memberi kita nikmat kesihatan dan rezeki yang baik…dan yang tersangat penting adalah nikmat iman dan juga Islam yang telah dicampakkan kedalam hati kita….alhamdulillah…

 

Zzzzzz

Jom Ubah…

Hari ini, jadual tidak sepadat biasa…agak membosan kan bila tiba-tiba terasa yang diri tidak ada kerja untuk dilaksanakan walaupun realitinya amatlah banyak tanggungjawab yang dipikul. Setelah mesyuarat ringkas tentang kem motivasi yang akan diadakan pertengahan Disember ini selesai, saya terus berangkat pulang ke USM…Masih belum ada gerak kerja yang perlu dilaksanakan…Jadi saya memilih untuk ‘ubah’ suasana kehidupan saya..Setelah lebih 3 bulan hidup didalam suasana yang sama…Jadual tidur saya sahaja yang semakin berubah dan ini membuatkan saya sedikit tidak selesa..

Mungkin ramai yang melalui keadaan yang sama dengan saya bila satu keadaan diri amat susah untuk bangun dari tidur terutamanya di waktu pagi. Pernah saya dengar satu kisah dari sirah Nabi Muhammad saw di mana dalam satu keadaan RAsulullah saw sedang bermusafir bersama sahabat-sahabat. Keesokannya apabila bangun dari tidur, waktu telah pun melepasi waktu subuh. Segera Rasulullah saw bangun dan mengajak sahabat-sahabat berpindah/ bergerak dari tempat itu kerana kata Rasulullah disitu ada syaitan.

Kesimpulannya, jangan lah di segan untuk mengubah kedudukan tempat tidur anda kerana ‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..’ ^_^

Tak dinafikan juga bagi sahabat-sahabat yang mengalami masalh tidur yang serius…macam saya muda-muda dulu, tak kira dimana-mana perasaan mengantuk sentiasa menemani. Kini saya percaya peralihan umur dan persekitaran sedikit sebanyak membantu mengubah saya.

TAK NAK CUBA?

Selamat BerkonVo…

Posted in adventure.... on December 4, 2008 by 8ulan4ati

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…kerana masih dikurniakan nafas untuk kita berdiri pada hari ini…yang mungkin tidak lagi pada hari esok…atau lusa…atau bila2 masa….

Segala puji juga hanya bagi Allah atas setiap titik ilmu yang di berikan sehingga berjaya mengenggam sehelai kertas diberi nama IJAZAH….

 

Berat yang penuh Hikmah…

Perjalanan ke konvokesyen penuh dengan ujian dari Allah..perjalanan dari perakke shah alam terpaksa bermula dari kelantan..atas dasar keselamatn (kata mak better pi dengan kwn,bahaya sorang2..so kn la ikut)…hikmah…dapat la jugak borong serunding daging and ikan kat pasar siti khadijah…tak ke beruntung tu… Disambung pula dengan perjalanan ke shah alam yang diuji lelaki yang kurang sihat mentalnya di atas bus…masalah transport untuk bergerak dari penginapan ke majlis konvokesyen dan ujian yang terbesar…ibu kesayangan tak dapat hadir konvokesyen atas masalah kesihatan… sekuat-kuat hati menitis juga air mata tapi alhamdulillah, Allah masih menghadirkan seorang kakak untuk bersama-sama.. ^_^

Hala Tuju..

Kebanyakan kawan-kawan dah punya hala tuju masing2…Gembira melihat rakan-rakan sudah mula bekerja & ada juga terus lagi belajar…apa pun, semoga perjalanan yang singkat ini memberikan kita ruang memperoleh rezeki yang halal dan hidup yang barokah…^_^

Suka untuk ana memetik kata-kata dari sebuah majalah ilmuan “Jangan diminta dikecilkan ujian..tetapi mintalah dibesarkan Iman menghadapi ujian…”

Jaga Lidah Elak Neraka

Posted in Uncategorized on December 17, 2008 by 8ulan4ati

BAGAIMANA caranya untuk masuk ke syurga? Muadz bin Jabal pernah mengemukakan soalan ini kepada Rasulullah, dan baginda menjawabnya dengan panjang lebar berhubung penilaian penting dan panduan bagi umat Islam untuk menempatkan diri di syurga dan menjauhi daripada dicampakkan ke neraka.

Daripada Muadz bin Jabal RA berkata, “Ya Rasulullah, khabarkan padaku dengan amal yang memasukkan aku ke syurga dan menjauhi aku dari neraka.”


Baginda bersabda, “Sesungguhnya engkau bertanya perkara yang besar dan sesungguhnya amatlah mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah iaitu engkau menyembah Allah, tiada engkau menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan engkau dirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda, “Tidakkah (engkau suka) aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.”

Seterusnya, Nabi membacakan ayat bermaksud: “Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan.

“Maka tidak ada jiwa yang mengetahui apa yang disembunyikan bagi mereka dari (benda-benda) penetap mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka kerjakan.”

Selepas itu, Rasulullah bersabda lagi: “(Adakah engkau suka) aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang-tiangnya dan puncaknya?”

Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Sabda Baginda, “Kepala pekerjaan ialah Islam dan tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.”

Kemudian Baginda bersabda lagi, “Adakah (engkau suka) aku khabarkan pada engkau penguasa bagi yang demikian semuanya?” Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Lalu Baginda memegang lidahnya lalu seterusnya berkata, “Cegahlah ini.”

Kataku, “Ya Nabi Allah, dan sesungguhnya kami akan diseksa kerana kami berkata-kata dengannya (lidah)?” Sabda Baginda, “Ibu engkau kehilangan engkau. Dan, tidak ditelungkupkan manusia ke atas muka mereka — atau Baginda bersabda — ke atas hidung mereka ke dalam api negara melainkan kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.” (hadis Hassan Sahih)

Dan kerana kekuasaan lidah ini juga, Rasulullah SAW pernah bersabda

“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah (SWT) kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)

(Sebahagian besar artikel ini di petik dari Harian Metro bertarikh 17 Dec 08 dan telah)

Sebab Korang Kaya…

Posted in adventure.... on December 26, 2008 by 8ulan4ati

<!–[if gte mso 9]> Normal 0 <![endif]–>

Assalamualaikum…

Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa
dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun.. cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang…rumah juta-juta…Harta juta-juta… buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?.. Konon-konon darjat tinggi la… sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?.. Atau memang taknak campur dengan masyarakat?… Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak… rumah juta-juta…hartajuta-juta…tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?…Sebab apa?…

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang… sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan…ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???… Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan ?..nasi bungkus ape standard…Sebab apa?…

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk.. nak tengok-tengok lu orang…tapi lu maki apehal?… Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?.. Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat….tapi
lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!.. Lu sibuk pasal lu punya barang…ada lu pikir pasal TUHAN???… Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit… tapi puluh ribu..!!…nak cakap b**doh tapi jadi menteri.. .tapi pikir balik memang b**doh pun!.. lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit
ada berjuta…lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?…yang tak
makan?…Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!…ada lu orang nak beristgfar?.. Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!.. Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!.. tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT…yang lu buat rumah atas
bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB
Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???.. Itu tanah persendirian…lantak lu la nak buat rumah…tapi bile dah ranap lu sibuk
nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu
kene ingat….ada yang lagi Maha Kaya…ada yang lagi Maha Besar…

LU PIKIR LA SENDIRI!!??
Semlm dalam rancangan NASI LEMAK KOPI O di siaran TV9, Cik Mek Kelate
terang2 cerite bahawa di kawasan tersebut yang di kelilingi rumah2 batu
(bungalow) yang besar Cuma terdapat satu sahaja SURAU yang kecil (mek tunjuk
dengan jari kelingking dia????he..he..he..) & tersangat uzur serta kecil
bebenor???? dan tidak terdapat masjid yang berdekatan????????.masjid jauh kat
rumah Dato K (dekat sekolah agama ampang)????.Cik Mek kate lagi (dengan
loghat kelate) ??(r )ajaib sungguh kerana 2-3 biji rumah yang berhampiran
surau kecil tersebut..xkena langsung walaupun secalit tanah?? sambil dia kata renung-renungkan lah??
Nama jer ramai Melayu yang beragama ISLAM..tapi nak buat masjid pun
kedekut..itu ler kena padah????..pulak tu mengada2????.mkn-minum PBSM
masakkan, tak macam mangsa banjir mereka masak sendiri????.pastu nak mintak
hotel????.wei????berapa punya besor ko duduk atas dunia ni????.?? Naik
helicopter????.mangsa banjir naik bot buruk????yang mampu bawak 2-3 org shj
dlm satu2 masa????. LU PK ler SENDRI????!!! tu pon masih lgi nk mintak derma pada rakyat malaysia ni………..

think

P/S: pada yg meninggal…….kita sedekahkan dengan AL-FATIHAH.. AMIN…

Salah Menduga

Posted in Uncategorized on December 26, 2008 by 8ulan4ati

salah_menduga1

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi daud A.S

Posted in usrah on December 26, 2008 by 8ulan4ati

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali. 

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Ketika Cinta

Posted in Uncategorized on January 2, 2009 by 8ulan4ati

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Kita & Palestine

Posted in IkaTan HaTie on January 6, 2009 by 8ulan4ati

www.iLuvislam.com

Nik Abduh Nik Abdul Aziz*

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing – masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga – tiga umat tersebut,  maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan – angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak – anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik  umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita.  Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran,  harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.


Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak  itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing – masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara – negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih – buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

*Sumber : Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Seribu Tahun Lagi

Posted in IkaTan HaTie on January 8, 2009 by 8ulan4ati

Petang 10 Muharam 1430H sedikit panas apabila isu Palestine dibangkitkan. Mungkin selama ini cuma topic-topik biasa, remeh dan kadang-kadang tak perlu pun diperbincangkan…jadi petang ini kami saling melihat kewarasan….

 “Kalau Malaysia hantar pasukan tentera ke Palestine…sanggup ke ‘turun padang’ ?” tanya saya pada seorang kawan yang aktif dengan ‘PALAPES’..

“Sanggup..tapi izin ke mak ayah nanti?”

 Perbualan mati di situ sehinggalah seorang teman lain mengutarakan tentang derma yang di hulurkan Palestine..

 Menyebut tentang derma ehsan yang di hulurkan, saya terpikir apakah kita yakin bantuan kewangan itu akan tiba ke Palestine seperti yang di uar-uarkan? Atau barangkali Yahudi dan sekutu-sekutunya bila-bila boleh menyekat saluran itu untuk sampai ke Palestine seperti yang dilakukan ketika Hamas berjaya memegang tampuk pemerintahan mengalahkan Fatah..Perkara ini tidak mustahil terjadi…

 Apa Yang Kita Buat?

 Antara perkara yang di gesa untuk dilakukan adalah memboikot barangan Yahudi  dan sekutunya…tetapi ada pula yang menjawab“ kalau nak suruh boikot…sediakan dulu barangan yang sama macam tu..”

 Megahnya kita bersuara mementingkan selera perut dan selera yang lain sedangkan saudara kita di Palestine bukan saja kekurangan makanan, bahkan ada juga yang tidak menemui makanan langsung lantaran mereka di beri makan dengan peluru dan bom.

 Teringat saya pada satu kisah di mana Rasul kita Nabi Muhammad dan tentera-tentera Islam berperang dengan Yahudi,.perkara pertama yang dilakukan adalah membakar pohon-pohon tamar di sekitar itu..dan apabila ditanya oleh sahabat maka Rasul menjawab untuk mengalahkan mereka perlu mematahkan kekuatan ekonomi mereka…

 Diajak pula berdemostrasi di jalanan untuk menunjukkan kemarahan kita dan selaku pembelaan kepada rakyat Palestine…ada pula yang menjawab

“ itu bukan cara kita untuk terpekik terlolong di jalanan kerana kita manusia yang bertamadun”..

Nah!! Akhirnya kita Cuma memandang dari jauh tanpa sedikit peluh pun menitik di dahi..sebabnya? kerana kita manusia bertamadun…berwawasan dan seumpamanya..

Tanya saja pada diri kita sendiri…berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa untuk saudara kita di Palestine (selemah-lemah iman)? ‘mengforward emel@ mesej berkaitan pun belum tentu kita lakukan kerana risaukan ‘kredit’. Yang kita mampu buat cuma duduk di atas sofa empuk di depan television dan menyumpah seranah Yahudi atas tindakannya. 

Bila lagi?

 Kenapa kita tidak kisah? Kerana kita tidak pernah menganggap mereka tanggugjawab kita. Perkataan saudara seagama cuma lahir di hujung lidah dan terlafas di celah bibir tanpa kita mengerti apa sebenarnya yang diungkapkan..

 Setakat ini, Cuma Iran yang berani bertegas memberi kata dua kepada Yahudi dan Hizbullah yang benar-benar menentang. Di lihat saja pada sejarah sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya. 60 tahun sudah berlalu kini, dan kita masih menantikan Malaysia bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan..adakah Malaysia akan bersedia? Bila? Atau sememangnya Malaysia tidak akan mampu untuk bersedia…

 Kadang kala, tidakkah kita terfikir bahawasantya penyerangan Yahudi ke atas kita lebih parah darpada apa yang berlaku di Palestine..kerana kita kini sudah tidak mengenal erti JIHAD..

Di sana jasad mereka hancur tetapi hati mereka utuh dengan iman kepada Allah..biarpun dengan batu, mereka tidak pernah melarikan diri dari medan peperangan tetapi di sini, kerohanian kita sudah hancur meskipun jasad kita masih berdiri…

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Posted in ibadah on January 8, 2009 by 8ulan4ati

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sedikit Inspirasi Untuk Boycotter

Posted in Uncategorized on January 19, 2009 by 8ulan4ati

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

p/s: sy x pasti sumber ni dari Saiful Islam @ tidak…x smpt nk cek

Dakwah??

Posted in Uncategorized on January 19, 2009 by 8ulan4ati

Macam-macam perasaan yang datang bila menatap paper utusan pg tadi…mual, jengkel, marah & semuanya.. terasa yang nama ‘ISLAM’ kini diibarat sebagai satu sumber ekonomi sedangkan sejauh mana kita menyumbang kepada Islam itu sendiri belum tentu ada…bahkan adakala lebih memburukkan.. Begitulah yang di fikirkan sambil anak mata merayap ke setiap baris artikel ini …

………………………………………..(petikan artikel utusan malaysia 19/1/09)

hi_021Anu Dalam Botol, filem terbaru terbitan Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd. milik produser Raja Azmi Raja Sulaiman dijangka memulakan penggambaran pada tahun ini. Bagaimanapun sehingga hari ini Raja Azmi masih tercari-cari pelakon yang akan membintangi filem tersebut selepas Aaron Aziz menarik diri kerana tidak mendapat kebenaran L’Oreal, syarikat kecantikan yang melantik beliau sebagai duta produk itu.

Bagaimanapun Raja Azmi mempunyai beberapa senarai pelakon untuk ditawarkan membintangi filem tersebut dengan syarat mereka perlulah sanggup melakukan adegan panas.

Kata Raja Azmi, filem yang berkisar mengenai kehidupan cinta sejenis pasangan lelaki itu memestikan pelakon lelaki melakukan adegan berlaga hidung, bercium mulut, meraba serta beberapa aksi separuh bogel di ranjang.

“Saya mahu paparkan adegan itu untuk ditatap kepada umum,” kata beliau yang mahu dipanggil Kak Mi.

Ditanya adakah beliau mahu mencari kontroversi kerana memaparkan adegan yang mungkin akan mendapat bantahan ramai, ujarnya ia merupakan salah satu cara beliau berdakwah.

Malah beliau berani memaparkan sesuatu yang dinamakan kebenaran kerana filem tersebut perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk mendidik orang ramai agar tidak terjebak di dalam kancah tersebut. Raja Azmi tolonglah jawab!

Mungkin ada yang masih belum tahu cerita Anu Dalam Botol. Boleh Kak Mi cerita sikit sinopsis filem ini?

Filem ni berkisar percintaan sejenis lelaki dengan lelaki. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang normal sanggup mengubah keadaan fizikalnya menjadi perempuan kerana mengharapkan cinta pasangannya. Tapi selepas membuat pembedahan membuang “anu” (kemaluan lelaki) dia ditinggalkan kekasihnya. Apabila dia bertaubat dan menjalani kehidupan normal, dia tak boleh berkahwin kerana anu dia sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah kekesalan apabila dia sekadar mampu melihat anunya itu yang disimpan di dalam botol.

Dari mana dapat cerita ini?

Ia sebuah kisah benar kehidupan kaum maknyah yang buat pembedahan. Saya dapat cerita ini masa saya tengah makan dengan seorang pengurus produksi, Sutex. Dia ceritalah macam mana kawan dia yang buat pembedahan sekarang ni derita sebab dah tak ada anu. Maknyah tu kesal kena tinggal dengan pasangan sejenis dia. Bila dia dah berubah, perempuan pula tak nak dekat dia sebab dia dah tak ada anu. Takkan nak kahwin? Dari situlah saya terfikir lebih baik cerita ini difilemkan.

Barisan pelakon macam mana pula? Siapa yang dah setuju?

Mula-mula Aaron Aziz dah setuju tapi akhirnya L’Oreal tak bagi dia berlakon. Alasannya filem ini tak ada moral sebab ceritanya. Pada saya, bukan soal moral tetapi sebagai pelakon, dia orang perlu dibolehkan berlakon. Tak kiralah watak macam mana sekali pun.

Mungkin ada benarnya kerana filem “panas” selalunya dikatakan tidak bermoral.

Sebelum buat filem ni saya dengar cerita yang disampaikan itu dengan linangan air mata. Filem ini sebenarnya membentuk moral yang tinggi. Selama ini kita menghentam kaum maknyah, pengkid tetapi kita tak berusaha nak mengubah hidup mereka. Malah di sekolah pun kita masih malu-malu nak bercerita tentang seks. Bila golongan ini dah membesar, mereka kecelaruan identiti dan jadilah maknyah ataupun lesbian. Bila keadaan parah, kita hukum pula mereka, ini tak boleh, itu tak boleh. Sepatutnya dari awal. Jadi filem Anu Dalam Botol ini adalah satu dakwah saya kepada masyarakat. Saya menepis sesiapa kata filem ini tak ada moral.

Dakwah? Macam mana pula ya?

Yalah, kita menyampaikan mesej bahawa cinta sejenis adalah salah. Dilarang dalam Islam. Saya nak tunjukkan bagaimana kesalnya seseorang lelaki itu apabila dia membuang kemaluan dia. Benda tu salah. Saya tak mahu lebih ramai “lelaki” yang sanggup buang anu mereka. Saya nak tonjolkan penyesalan supaya mereka yang ada cita-cita nak buat benda tak baik itu akan berfikir dua kali tindakan tersebut. Itulah dakwah saya tetapi melalui filem.

Ada adegan panas katanya dalam filem ini. Boleh saya tahu adegan- adegan itu?

Saya akan tonjolkan adegan di mana lelaki dengan lelaki itu berasmara di atas katil. Kita akan dapat lihat bagaimana pasangan itu membelai sesama mereka. Ada juga adegan cium mulut dan laga-laga hidung.

Orang kata, aksi panas tak semestinya kita pamerkan adegan itu. Memadai dengan cara lain bagi mengatakan sesuatu yang panas itu sedang berlaku. Apa komen Kak Mi?

Saya setuju pendapat itu tapi menerusi filem Anu Dalam Botol, ia perlu. Orang mesti lihat macam mana pasangan itu berasmara. Kalau tidak mereka tak akan faham. Saya juga akan tonjolkan seseorang perempuan itu meraba pasangan lelakinya tetapi selepas diraba dia dapati pasangannya itu tak ada anu. Terus dia orang berpisah. Kekesalan si lelaki akan wujud ketika adegan itu.

Filem ini seperti mahu menjadikan seks seperti tema utamanya? Boleh komen sikit?

Saya tak nafikan seks dalam filem ini tak boleh lari. Ini kenyataan. Tapi cara penyampaian yang perlu saya tekankan iaitu lebih berbudi bahasa. Cinta yang akan dipaparkan dalam filem ini mengenai perasaan dua insan yang tidak berbelah bagi tetapi akhirnya memudaratkan mereka.

Kenapa kisah cinta seperti ini menjadi fokus utama? Tidak kepada cinta lain?

Ramai orang pandang hina golongan maknyah. Malah sesetengah daripada kita bila ternampak golongan ini akan jadi geli. Tapi tidak siapa pun hairan kenapa mereka boleh jadi macam tu? Sebab itu saya mahu paparkan kisah cinta ini yang orang cuba nafikan tetapi ia memang berlaku. Bukan untuk berseronok tetapi untuk orang menilai kesannya. Itu tujuan saya.

Nanti orang akan kata Raja Azmi sengaja nak cari kontroversi. Yalah, filem-filem Raja Azmi sebelum ini pun banyak kontroversi juga.

Persoalannya buruk sangatkah kontroversi itu? Pada saya kontroversi tak semestinya buruk. Kalau ia kontroversi yang baik, apa salahnya. Sebelum ni saya ada juga buat drama kisah-kisah agama tapi kenapa ia tak jadi kontroversi? Tapi pada saya kontroversi itu pun penting juga. Kalau tak ada kontroversi, susah la nak tarik orang ke panggung.

Tak takut nanti kena gam dengan LPF (Lembaga Penapisan Filem)?

Kalau filem ini kena gam, saya rasa mereka yang buat demikian sebagai zalim kerana menghalang saya menceritakan kisah sebenar yang berlaku pada hari ini. Jangan pandang filem ini secara luaran tetapi dakwah yang hendak saya sampaikan. Sebelum buat filem ni saya dah rujuk kitab-kitab tertentu dan tafsir al-Quran.

Apa harapan Kak Mi terhadap filem ini?

Saya harap ia dapat kutipan box-office. Masa saya terbitkan filem Haru-Biru sebelum ni, saya hampir-hampir nak putus asa. Saya kata kalau filem saya tu tak ada sambutan juga, saya nak berhenti terus buat filem. Tapi syukurlah filem tu balik modal. Dari situlah saya dapat kekuatan nak terbitkan filem ini. Saya harap Anu Dalam Botol akan dapat sambutan.

………………………………………………………

Dakwah ke? Boleh ke buat aksi mcm 2 untuk tujuan dakwah ? malangnya cara ini tidak mungkin sama skali akan menghalalkan matlamat itu..

manakan mungkin kita perlu melakukan zina untuk memberitahu dunia zina itu haram, salah…  atau contoh yang lebih baik…perlu ke kita minum racun untuk beritahu pada semua bahawasanya racun itu mudharat sehingga ke maut?

Betapa peliknya dunia…kalau hebiburrahman blh berdakwah dengan ayat2 cintanya dengan penuh tertib mengikut syarak tetapi kita disini tanpa segan silunya ‘berdakwah’ dengan melanggar syarak…

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan). Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi.”

(surah an naml:4&5)

Pesanan Syed Qutb…

Posted in Uncategorized on February 2, 2009 by 8ulan4ati

 

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yg hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann
mendapatkan KEKASIH yg sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar


**pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966….al fatihah

Bingkai Kehidupan

Posted in Uncategorized on February 11, 2009 by 8ulan4ati

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Pesan Imam Ghazali

Posted in Uncategorized on February 17, 2009 by 8ulan4ati

Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari

perkahwinannya..

Anakku!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,

Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu;

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,

Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya

Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.

Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,

Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah…

Peliharalah hidung, telinga dan matanya

Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,

Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,

Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu

melainkan yang cantik, belaka.

Bila Hati Gelisah…

Posted in Uncategorized on March 12, 2009 by 8ulan4ati

Ya Allah…

Engkau Zat yang menghukumi  antara hamba-hambaMu tentang apa yang diperselisihkan mereka..

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana lagi Mulia

Maha Suci , Pemilik Langit yang tujuh dan Pemilik Arasy yang agung..

Segala Puji bagi Allah pemilik sekalian alam..

Ya Allah..

Zat yang membuka dukacita dan menghilangkan kesusahan..

Zat yang menerima doa-doa orang-orang yang teraniaya apabila berdoa

Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang di dunia dan di akhirat..

Rahmatilah ku dengan memenuhi keperluanku ini dan keselamatanku melalui rahmatMU

yang mencukupiku dari yang selain Engkau

Ya Allah..

Sesungguhnya aku adalah hambaMu..anak kepada hambaMu..anak kepada hamba perempuanMu

Ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMU terhadapku

Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMU

atau Engkau turunkan di dalam kitabMU…atau Engkau telah ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMU…

Jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku…

Sesungguhnya..Kasih dan SayangMu tidak terbatas ke atas hamba-hambaMu

Dan sesungguhnya aku menyakini bahawasanya perancanganMu adalah yang terbaik untuk diriku…


Kubur Untuk Kucing

Posted in Uncategorized on March 15, 2009 by 8ulan4ati

Go to fullsize image

“Akak, kat sini black out..saya cuba nak tidur tapi saya teringatkan anak kucing tu..”
“ akak pun sama tak boleh tidur…kita nak kena tanam ke anak kucing tu”
“ Macam mana nak tanam…saya kat sini, akak kat sana..”
“ akak mintak tolong kawan akak la..mesti diorang berani nak ambil..” tapi malangnya penantian sampai ke 12 mlm..dan akhirnya hujan turun menandakan kami terpaksa batalkan niat kami…longkang tu akan penuh dengan air dan kalau tunggu besok sekali pun, anak kucing tu akan busuk..

Kami dihantui rasa bersalah…

Masa kami sampai  situ..anak kucing tu dah pun ada kat situ…kira-kira 15 m dari kami..
Bulunya warna oren, comel…tapi masa tu dia nampak sangat takut…sebab kiri dan kanan dia cuma ada kereta yang sedang bergerak…dia kat tengah jalan…dia nampak takut sangat…

Masa tu kami nak lintas jalan…jalan raya agak sesak sebab ada pasar malam.. nasib baik , sebab kereta semua ‘slow’ je..kami cuma tengok dari jauh sambil beri isyarat pada kereta yang lalu kat situ… ada yang perasan tapi diorang terus jalan…Anak kucing tu ’still’ selamat sebab dia berada di bawah kereta…dia cuba selamatkan diri..dia begerak ke kiri, ke kanan tapi dia tak berjaya ke seberang… org rasa mungkin sebab dia kecil lagi..macam budak kecil yang nak melintas jalan…

Org ajak fizah ke sana…anak kucing tu perlu dibantu…kami lari..tapi cuma berlari anak…nampaknya kami tak bersungguh…tapi nyawa anak kucing tu masih panjang…dia masih hidup masa kami tiba kat situ…kira-kira 1m dari dia…Alhamdulillah kami sampai…

Masa kami tiba, kereta, lori, motor masih banyak…org angkat tangan pada lori yang lalu waktu tu..masa tu mata org masih kat anak kucing tu…
Tiba-tiba, org nampak kepala anak kucing tu betul-betul dah berada bawah tayar kiri lori tu…orang menjerit..masa tu fizah tak nampak..Fizah ‘still’ mencari anak kucing tu…dan org pula berharap yang kucing tu tak apa-apa..seperti sponge yang di tekan..kepala dia akan ok…

tapi semua tu tak…

Anak kucing tu menggelupur…macam ayam kena sembelih…Org dah tak sanggup tengok…
Masa tu ada sorang lelaki berhentikan motor..dia tahan kereta & angkat anak kucing yang tengah menggelupur tu ke tepi jalan…fizah tanya org “akak nampak tak mata anak kucing tu dah nak terkeluar”…masa tu org rasa macam nak nangis…org tak pandang pun..

Kucing tu masih menggelupur dan hampir masuk ke longkang…Fizah mintak lelaki tu letak kan dalam longkang sebab anak kucing tu tetap akan mati…Rumput-rumput dalam longkang tu nampak bergerak-gerak masa kami tinggalkan tempat tu..

Masa fizah tanya orang salah kita ke akak…org rasa besalah sangat..org tau fizah pun sama..masa tu org nangis…nangis bukan sebab anak kucing tu mati, tapi sebab kami tak bersungguh pun nak selamatkan anak kucing tu…

Makan…makan & makan

Posted in Uncategorized on March 24, 2009 by 8ulan4ati

Dah lama tak makan besar….so, sempena besday HANA bulan Februari lepas kami pun memenuhkan meja besar kat  RESTORAN NURI…agak famous la kat sini…antara menu2 nya:

1. Ikan siakap masak stim

2. Kailan ikan masin

3. Toyam Campur

4. Telur Bungkus

5. Kerang Bakar

image0072

image0087

image0132

Dan yang best nya, semua ni cuma untuk kami bertiga…. :D

We’re Really Sorry..nenek

Posted in Uncategorized on April 20, 2009 by 8ulan4ati

Bismillahrrahmanirrahim..

Alhamdulillah..setitis nikmat yg Allah kurniakan di hari-hari yang lalu..& hari-hari yang mendatang..

Alhamdulilah..bangun dgn rasa sdikit ok setelah melalui hari yang agak sukar semalam…yg mengajar diri lebih bijak dalam tindakan…lbih pantas pmikiran…

lemah kaki melihat nenek tua itu melambung dan jatuh lbh 10m dr tmpat dia dilanggar…kami cuma mampu menjerit & akhirnya menangis…mukanya penuh darah membuatkan kami terpikir..ada lagikah sisa hidup dia di dunia ni…

masakan tidak goyah lutut melihat..apatah lagi orang terakhir yang dia becakap adalah kami…dan muka terakhir dia tengok adalah muka saya..bila mana dia mengetuk tingkap kereta betul2 di tmpat sy…seperti bertanyakan jln  tapi kami langsung tak paham…mungkin kerana dia berbangsa cina & juga sgt tua..perkataan dia tak berbutir..lastly sy cuma menjawab ‘tak’ dan Ama menjawab ‘tak pergi sana’..

untuk apa orang tua sebegitu dibiarkan naik bus pd waktu mlm sorang diri dan turun bukan pada tmpatnya..maybe dia orang tua yang sudahpun nyanyuk…keluar dari rumah & tak jumpa jalan balik…

bila dia mennggalkan kereta kami..kami sangkakan dia berjln terus…tak sangka dia melintas..sana bukan jln kampung..kereta banyak & laju..penang x jauh beza dgn Kl…Ama panggil nenek tapi dah terlambat..dia terus lintas & kami harapkan dia lepas…& kerana ada kereta yg hon…& juga kerana dia berhenti berpaling…semuanya dalam sekelip mata..

kalaulah kami hantar dia..at least maybe ke balai polis

kalaulah kami at least halang dia dr melintas…

kalaulah…kami tak tinggalkan tmpat 2 selepas dia dilanggar…

kalaulah…

–nothing will change with word ‘kalau…’ it already happen…sm seperti apa yang jd pd seekor anak kucing mac lps (post 15 Mac-kubur Untuk Kucing)…cuma kali ni…Allah berikan yang lebih hebat kesannya..tapi sejauh mn sy akan berpegang pd pengajaran kali ni…

Puisi Mbak Anna (Ketika Cinta Bertasbih) :D

Posted in Uncategorized on January 19, 2010 by 8ulan4ati

 

sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
Aku jadi malu dengan keterangan ku sendiri


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta


Dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dalam percintaan

Ketika Cinta Bertasbih..

Posted in IkaTan HaTie, Uncategorized with tags , on January 6, 2010 by 8ulan4ati

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Ketika cinta bertasbih…

Setitis air Mata Seulas Senyuman

Posted in Uncategorized on September 5, 2009 by 8ulan4ati

Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan dunia akan datang
Kolam air manis buat jiwa-jiwa yang kehausan,
Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Memikul bebuah ranum
Bagi hati lapar yang mencari.

Dia adalah seekor burung ‘nightingale’
Menyejukkan jiwa yang dalam kedukaan
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indahnya

Dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
Naik dan mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan. Membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.

Dia adalah malaikat diutus Yang Maha Kuasa mengajarkan Kalam Ilahi.
Seberkas cahaya gemilang tak kunjung padam.
Tak terliput gelap malam
Tak tergoyah oleh angin kencang
Ishtar, dewi cinta, meminyakinya dengan kasih sayang
Dan, nyanyian Apollo menjadi cahayanya.

Dia adalah manusia yang selalu bersendirian,
hidup serba sederhana dan berhati suci
Dia duduk di pangkuan alam mencari inspirasi ilham
Dan berjaga di keheningan malam,
Menantikan turunnya ruh

Dia adalah si tukang jahit yang menjahit benih hatinya di ladang kasih sayang
dan kemanusiaan menyuburkannya

Inilah penyair yang dipinggirkan oleh manusia
pada zamannya,
Dan hanya dikenali sesudah jasad ditinggalkan
Dunia pun mengucapkan selamat tinggal dan kembali ia pada Ilahi

Inilah penyair yang tak meminta apa-apa
dari manusia kecuali seulas senyuman
Inilah penyair yang penuh semangat dan memenuhi
cakerawala dengan kata-kata indah
Namun manusia tetap menafikan kewujudan keindahannya

Sampai bila manusia terus terlena?
Sampai bila manusia menyanjung penguasa yang
meraih kehebatan dgn mengambil kesempatan??
Sampai bila manusia mengabaikan mereka yang boleh memperlihatkan keindahan pada jiwa-jiwa mereka
Simbol cinta dan kedamaian?

Sampai bila manusia hanya akan menyanjung jasa org yang sudah tiada?
dan melupakan si hidup yg dikelilingi penderitaan
yang menghambakan hidup mereka seperti lilin menyala
bagi menunjukkan jalan yang benar bagi orang yang lupa

Dan oh para penyair,
Kalian adalah kehidupan dalam kehidupan ini:
Telah engkau tundukkan abad demi abad termasuk tirainya.

Penyair..
Suatu hari kau akan merajai hati-hati manusia
Dan, kerana itu kerajaanmu adalah abadi.

Penyair..periksalah mahkota berdurimu..kau akan menemui kelembutan di sebalik jambangan bunga-bunga Laurel…

(Dari ‘Dam’ah Wa Ibtisamah’ -Setitis Air Mata Seulas Senyuman)

~ Kahlil Gibran

ADU ku SAYANG….

Posted in adventure.... on June 22, 2009 by 8ulan4ati

huhu…baru nak berzuhud pi perlis pakai sandal lama…tetiba ADU pulak amik kesempatan ‘bermewah-mewahan’…

huhu

huhu

ADU…ADU….                                                                                                                                                                                                                  kot ye pn merajuk, jgn la berasap tgh jalan…kan x pasal2 kena p tdo kat bengkel 19 jam…dan seterusnya melewatkan perjalanan ke perlis…huhu tgk ke total…tetiba rasa sebak, terharu, sedey, terkilan,suma2 la………. WARGGGGHHHHHHHHHH……ni yg rs nk nangis nih…

dh la labour charge mahal giler..rm200 tuh..ke mmg standard? ni yg masalah bila xtau pape pasal keta nih..