BuLaN HaTi


Baitul Muslim….Satu Permulaan

Posted in IkaTan HaTie by 8ulan4ati on the August 27, 2008
Tags:
Perkahwinan....satu perjuangan

Perkahwinan....satu perjuangan

”akak…ana nak tanya kak satu soalan..tapi agak berat…”

Itu lah satu persoalan yang memakan masa hampir seminggu untuk dilontarkan…Puas saya meneka kerana katanya skop gerak kerja Islam itu besar…jadi yang ingin di tanya ini adalah salah satu cabang daripadanya…..Bila sampai satu ketika saya terfikir untuk meneka

“nak tanya akak berkaitan muslimat ke?” baru la saya menyedari, pemalu betul adik saya yang sorang ni…

dia saya kenali semasa sama2 menjalankan gerak kerja di kampus dulu….seorang yang saya hormati kerana ilmunya dan caranya menerima ujian Allah…

Apa yang saya boleh katakan sedangkan saya sendiri masih belum punya pengalaman dalam baitul muslim…tetapi tidak salah untuk memikirkan lantaran suatu hari nanti kita juga perlu bersedia untuk itu….

Persediaan untuk berjuang…

Apabila disebut persediaan…selalunya orang akan terfikirkan tentang wang yang perlu disediakan sebagai hantaran, pakaian di hari pertunangan, pernikahan dan juga persandingan… lalu, berapa orang sajakah yang terfikirkan persediaan dari segi rohaninya untuk dijadikan sebagai bekalan dalam menjadi seorang suami/isteri yang soleh/ah dan ibu bapa yang mithali?

Ramai manusia yang lupa, bahawasanya perkahwinan merupakan satu permulaan kepada sebuah perjuangan. Perjuangan dalam membentuk sebuah keluarga Islam yang bakal melahirkan mujahid dan mujahidah, penyambung kepada mata rantai perjuangan Rasulullah SAW…

Lantaran itu, apa lagi yang diperlukan dari sekeping hati selain dari iman dan pegangan?

Aku Boleh Mengubah…

Pernah salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang ustaz tentang bagaimana sekiranya dia memilih isteri yang kurang fikrah Islam dan yakin mampu mengubahnya… Jawapan yang diberikan mudah (jawapan ini saya olah dengan perkataan yang lebih mudah);

”bahawasanya kita manusia cuma mampu berdakwah sedangkan hidayah itu urusan Allah swt.. Bagaimana suatu hari nanti kamu tidak mampu mengubah dirinya…bayangkan juga gerak kerja agama kamu terbatas dek keinginan2 isteri yang tidak paham perjuangan yang kamu perjuangkan…Masih adakah ruang mengikuti usrah dan musyawarah…? mungkin tidak begitu menjadi masalah bagi kamu kerana kuasa di tangan kamu..tidak perlu keizinan untuk keluar dan sebagainya..pikirkan pula muslimat yang memilih suami yang tidak berfikrah.. boleh dinisbahkan 1 dalam 1000 isteri yang dapat membimbing suami , mengajak menuju Allah.. dan amatlah tinggi risiko bagi muslimat untuk keciciran dari bidang dakwah…Tidak kah kamu muslimin kasihan kepada mereka yang tidak berupaya ? ”

Saya tidak pernah menolak bahawa seorang muslimin juga adalah seorang insan yang bergelar lelaki, yang seperti insan lain menginginkan seorang isteri yang cantik lagi bijak…dan begitu juga bagi muslimah…. tetapi dimanakah laungan kalian bahwa kecantikan itu tidak terletak kepada paras rupa tetapi pada hati?

Apa yang saya perkatakan disini akan juga diuji Allah SWT ke atas diri saya…Saya manusia yang dhaif lagi hina hanya mampu berdoa

” Tunjukilah aku jalan yang lurus lagi benar…yang mendekatkan aku kepadaMu..yang dapat membuatku lebih kasih kepada Mu”

sahabat dan sahabiah…

Perkahwinan bukan sekadar pertemuan dua hati, tetapi permulaan kepada tarbiyah diri..

Anak bukan sekadar rezeki, tetapi anugerah yang abadi..

MenGuNdi oh MenGuNdI…

Posted in adventure.... by 8ulan4ati on the August 25, 2008

Bahang pilihan raya kecil Permatang Pauh dah semakin dirasai dengan kempen2 dan juga munculnya secara tiba2 sebuah parti baru Angakatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) yang mengetengahkan Haji Pi sebagai calon..tidak ada angin dan tidak ada hujan…yang saya ketahui AKIM telah ditubuhkan pada tahun 1995, dan agak memberangsangkan orang yg hadir ke markas beliau…( ini cm pandanagn kasar kerana saya cuma melihat  dari jauh dan sambil menaiki kereta). Dari segi namanya seakan-akan keadilan tetapi tidak…dasarnya juga tidak saya ketahui dan diharapkan kemunculan parti ini bkn sebagai provokasi ke atas Parti Keadilan yang sedia ada walaupun desas desus mengenai kemunculan parti ini sudah berbunyi….

Perjalan ke permatang pauh cm mengambil masa lebih kurang 40 minit di waktu biasa…tetapi kali ni jadi satu perjalanan yang meletihkan…sesak seperti berada di KL..ditambah pulak dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ke Masjid Perda mlm ni….

walaupun tujuan sebenar kesana bukan atas sbb untuk melihat Tuan Guru tetapi sedikit sebanyak rasa kecewa tetap terpalit sebab tak sempat meluangkan masa singgah di masjid bersama2 menunaikan solat hajat bersama Tuan Guru dan melihat Tuan Guru dari dekat…InsyaAllah suati hari nanti…saya akan cuba mencari satu waktu untuk itu….

Saya bukanlah penyokong kuat kepada Parti Keadilan dan juga tidak kepada UMNO… walau apa pun…saya mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia…sesuatu yang dapat membawa kita lebih dekat kepada sunnah Rasulullah SAW dan lebih hampir kepada Allah SWT…..

p/s: Perjalanan yang lbh mencabar sekejap lagi… ^_^

Bila BuDak SaInS beRcInTa

Posted in IkaTan HaTie by 8ulan4ati on the August 24, 2008
Tags:

Bile budak sains bercintan………

 Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
 isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
 Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

 Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
 aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

 Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
 kesetiaan yg kuberikan.

 Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

 Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
 masih lagi belum sahih.


 Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
 cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
 Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’
 yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
 

 

 Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
 perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
 rintangan?
 Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
 rintangan itu.

 Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

 Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.

 Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
 balas dengannya.

 Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
 hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

 

 

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
 Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
 Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

 Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

 Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

 Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10′23.

 Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

 Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

 Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian……..

 

 

 

SaLaM PembUka BiCarA

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on the August 23, 2008
Tags:

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” (al-Hadid : 23)

Alhamdulillah…. Post baru untuk blog yg baru….ni blog yg ketiga dlm tempoh 3 thn…. =) tidak ada sebarang alasan yg munasabah untk dititipkn…..krn smkin byk alasan yg diberikan lbh membukakn ruang untk org melihat kesilpn diri…

pe pun….salam ukhwah…Moga Allah mengenali kita bkn shj didunia ttp di akhirat….Bukan kerana Kebodohan menzalimi diri sndiri…ttp krn taatnya seorang Hamba kpd PENCIPTAnya….