BuLaN HaTi


MenGuNdi oh MenGuNdI…

Posted in adventure.... by 8ulan4ati on August 25, 2008

Bahang pilihan raya kecil Permatang Pauh dah semakin dirasai dengan kempen2 dan juga munculnya secara tiba2 sebuah parti baru Angakatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) yang mengetengahkan Haji Pi sebagai calon..tidak ada angin dan tidak ada hujan…yang saya ketahui AKIM telah ditubuhkan pada tahun 1995, dan agak memberangsangkan orang yg hadir ke markas beliau…( ini cm pandanagn kasar kerana saya cuma melihat  dari jauh dan sambil menaiki kereta). Dari segi namanya seakan-akan keadilan tetapi tidak…dasarnya juga tidak saya ketahui dan diharapkan kemunculan parti ini bkn sebagai provokasi ke atas Parti Keadilan yang sedia ada walaupun desas desus mengenai kemunculan parti ini sudah berbunyi….

Perjalan ke permatang pauh cm mengambil masa lebih kurang 40 minit di waktu biasa…tetapi kali ni jadi satu perjalanan yang meletihkan…sesak seperti berada di KL..ditambah pulak dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ke Masjid Perda mlm ni….

walaupun tujuan sebenar kesana bukan atas sbb untuk melihat Tuan Guru tetapi sedikit sebanyak rasa kecewa tetap terpalit sebab tak sempat meluangkan masa singgah di masjid bersama2 menunaikan solat hajat bersama Tuan Guru dan melihat Tuan Guru dari dekat…InsyaAllah suati hari nanti…saya akan cuba mencari satu waktu untuk itu….

Saya bukanlah penyokong kuat kepada Parti Keadilan dan juga tidak kepada UMNO… walau apa pun…saya mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia…sesuatu yang dapat membawa kita lebih dekat kepada sunnah Rasulullah SAW dan lebih hampir kepada Allah SWT…..

p/s: Perjalanan yang lbh mencabar sekejap lagi… ^_^

Leave a Reply