Jualan Mega Hampir Tamat..
Dalam sedar tak sedar, tak sampai seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Kalaulah kita boleh melihat semula kehidupan kita sepanjang Ramadhan ini, mungkin kita tidak akan sanggup tidur malam untuk menambah setiap yang kita tertinggal…tapi, malangnya kita tidak mampu..yang boleh kita lakukan cuma menghadapi 6 hari yang akan datang dengan lebih baik..
.….
Seolah-olah jualan mega akan berakhir..rugilah bagi orang-orang yang tidak sempat mengambil peluang..jualan mega pasti berulang cuma masih kah sempat bagi kita untuk merebutnya? kerana mungkin juga kita masih tidak sempat kerana kekangan masa kita untuk melakukan rutin harian kita
@
kita akan semakin sibuk dengan urusan-urusan yang tak pernah kita jangka…
@
Kita masih lagi lalai seolah-olah tidak ada apa yang perlu kita kejarkan…
@
mungkin juga kita sudah pergi menyambut seruan yang tersangat utama…
Tarbiyah Rohani…?
Rasulullah s.a.w bersabda sebagai pesanan kepada muslim diakhir zaman:
“ wahai orang-orang Islam, bersiap-sedialah kerana urusan ini adalah serius. Bersiap-sedialah kerana saat berpindah sudah hampir. Sediakanlah bekalan kerana perjalanan amat jauh, kurangkan bebanan yang dibawa kerana dihadapan kamu terdapat beberapa halangan yang menyulitkan. Tidak akan berjaya merentasi perjalanan ini melainkan orang yang tangkas langkahnya. Wahai manusia, sesungguhnya menjelang hari kiamat akan berlaku keadaan-keadaan yang gawat dan bencana-bencana yang besar dan saat-saat yang serba payah dan sulit. Di waktu itu, golongan yang zalim berkuasa, golongan yang fasiq mempunyai kedudukan yang penting sedangkan golongan yang mengajak ke arah ma’ruf ditindas mana-mana golongan yang melarang kemungkaran ditekan. Hendaklah kalian bersiap sedia bagi menghadapi hal itu semua dengan bekalan iman. Berpegang dan berpautlah (kepada keimanan) dengan sekuat-kuatnya. Perbanyakkanlah amal soleh, paksakan diri mentaatiNya. Bersikap sabarlah kalian menghadapi bencana dan kesusahan ini nescaya kalian akan mendapat ganjaran syurga yang abadi.”
Dalam satu hadith yang lain Rasulullah bersabda kepada Abu Dzar Radiallahu ‘anhu dalam bentuk pertanyaan;
“Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Dzar: “Ya!” Sabda Nabi: “ Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk hari tersebut?” Jawab Abu Dzar: “ Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku.” Mendengar jawapan Abu Dzar itu, Rasulullah pun bersabda:
- Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan
- Sembahyanglah dua raka’at ditengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur.
- Tunaikan haji demi menghadapi cabaran besar yang menanti
- Hulurkanlah sedekahmu untuk si miskin
- Ungkapkanlah senantiasa kalimah yang benar
- Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur perkataan yang tercela dan buruk.
Keimanan bukanlah sekadar omong kosong, dan bukanlah hanya untuk meniti di bibir tanpa perlaksanaan amalan-amalan secara praktikal yang dapat membersihkan hati daripda segala karat-karat dosa. Setiap tutur kata Nabi ini mengingatkan kita tentang kesediaan kita sebagai muslim…dan terlebih utama di akhir zaman ini…
Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah Radiallahu ‘anhu dengan sabdanya:
“ wahai Aisyah, hendaklah engkau mengetuk pintu syurga dengan lapar”
Sesungguhnya suasana panas di akhirat amat hebat untuk dibandingkan dengan panas terik didunia kerana secara amnya terbukti dengan kejadian api dunia sahaja yang dicelup tujuh lautan sebelum diletakkan di bumi. Apakah ada tempat bagi kita berteduh di akhirat kelak jika hadirnya kita di sana tanpa bekalan yang cukup?
-rujukan dari kitab Bahtera Penyelamat. Fathi Yakan-
Lailatul Qadar….perlu atau tidak?
Bismillahirrahmanirrahim….
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Alhamdulillah…Segala puji bagi Tuhan yang menjadikan udara bagi kita bernafas..yang menjadikan langit untuk kita berlindung..dan yang menjadikan bumi untuk kita berpijak… Subhanallah…
Kisah ini diambil dari sebuah yahoo.group untuk muhasabah diri kita bersama….
Kenapa muram aje ni dik? Sakit ke? ana menyapa seorang adik junior yang sedang duduk di laluan ke blok kediaman. Pagi ahad memang masa yang seronok di UiTM PP ini. Tak ada kelas. Terlepas dari beban untuk bergegas ke dewan kuliah di pagi hari. Pagi itu suasana cukup nyaman. Matahari seakan-akan malu untuk timbul. Kicauan burung memeriahkan lagi suasana. Namun, keceriaan pagi itu seolah-olah tidak dikongsi bersama dengan adik itu. Mukanya sugul. Muram. Nampak jelas rasa kesal yang mendalam di raut wajahnya yang bersih itu.
“Abang Hamim, rugi sangat rasanya. Rasa menyesal sangat.”Adik itu mula meluahkan perasaannya. Ana diam. Memasang telinga.
“Malam semalam tertidur awal, lepas isya�f terus tertidur. Tak sempat Tarawih. Subuh pun terlajak. Qiamulaill jauh sekali. Ni mungkin sebab makan banyak masa berbuka . Haih, ruginya. Dah le semalam dah mula sepuluh malam terakhir Ramadhan. Kawan-kawan kata, malam semalam lailatul qadar sebab pagi ni matahari macam tak terang sangat…” Satu persatu luahan hatinya dikongsi.
Ana tersenyum. Dalam hati ana berbisik… Masya Allah, bagusnya adik ini. Semangatnya untuk beribadah amat tinggi. Tapi, macam ada yang tak kena. Ana memegang bahunya. Berdasarkan pengalaman, sentuhan boleh merapatkan lagi perasaan kasih sayang antara daie dan mad’u. ” Dik, agak-agak, betul ke lailatul qadar tue semalam?”
“Ana rasa betul le bang. Tengok pagi ni. Syahdu semacam aje”..Adik itu terus memperlihatkan kesedihannya. Nampaknya adik ini begitu terkesan dengan pendapat temannya itu. Tapi ana hairan dengan adik ini. Keinginan untuk bertemu Lailatul Qadar amat tinggi namun jarang kelihatan di masjid. Lalu ana bertanya kepadanya kembali, “Abang Hamim minta maaf kalau pertanyaan abang ini mengguris hati adik, tapi kalau tak silap abang, sepanjang bulan ramadhan ni, jarang abang nampak adik di masjid. Kenapa ye?”
Adik itu tersipu-sipu malu sambil tersenyum simpul. Sambil tersengih, dia menjawab, “Ana bukan apa bang, 20 malam pertama ni lailatul qadar tak ada, jadi memang sengaja ana fokus pada 10 malam terakhir aje. Nanti bila bertemu lailatul qadar, kan ke ganjarannya seperti beribadah 1000 bulan. So, boleh lah recover semula 20 malam yang awal tu…”petah adik itu berbicara memberi hujah.
Sah. Adik ni dah terkena sindrom MUSLAITUQ. Muslim Lailatul Qadar. Antara simtomnya ialah mereka yang hanya mula beramal pada 10 malam terakhir sahaja. Perlahan ana mengusap bahu adik itu. Sambil tersenyum, ana membalas hujahnya, “Ok, katakanlah malam semalam memang lailatul qadar dan peluang untuk beribadat dah terlepas ,jadi selepas ini dah tak perlulah kita memperbanyakkan ibadat lagi sebab dah tak ada lailatul qadar. Betul ke gitu?” Adik itu diam. Dia mula memikirkan logiknya.
Ana terus menyambung hujah. “Kalaulah selama ini kita beramal kerana lailatul qadar, sesungguhnya lailatul qadar itu hanya satu malam sahaja dalam setahun. Kalaulah kita beramal kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu hanya sebulan sahaja dalam setahun. Lalu, adakah kita akan biarkan hari dan bulan yang lain berlalu kosong sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat kepadaNya lantaran tiadanya ganjaran yang sehebat Ramadhan?”
“Oleh itu, beramallah kerana mencari redha Allah. Kejarlah keredhaanNya dan bukan ganjarannya semata. Ganjaran yang dijanjikan hanyalah sekadar penguat semangat untuk beribadat kepadanya. Jisim utamanya ialah keredhaan Allah itu sendiri. “
Ana menarik nafas perlahan. Tiba-tiba hati ini rasa hiba dan sayu. Hiba kerana melihatkan fanomena umat Islam masa kini. Ramai yang tersasar membidik matlamat. Terasa air mata bergenang kecil.
“Kenapa abang hamim tiba-tiba sedih ni?” adik itu hairan dengan perubahan nada suara ana.
Rasa hiba itu ana kongsi bersama dengannya. “Ramai yang kejar kulit dan bukan isinya.” Ana berkias. Seakan faham dengan kiasan itu, adik itu bertanya, “Maknanya, tak bolehlah kita beramal untuk mendapat ganjaran dan kelebihan yang ada?”
Ana tersenyum. Soal jawab memang kaedah yang terbaik untuk membina kefahaman. “Dik, sebenarnya tidak salah untuk terpesona dengan tawaran ganjaran yang berlipat ganda di bulan Ramadhan dan menjadi ghairah memburu lailatul qadar, namun mengapa di hari dan bulan lain amal ibadat ini terus merudum mendadak. Bukankah matlamat madrasah Ramadhan itu untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Lailatul Qadar hanyalah sebagai “booster” untuk mempertingkatkan amalan. Apalah gunanya hebat beribadat di bulan Ramadhan namun menjadi tin kosong tidak berisi apabila keluar dari Ramadhan.”
“Sebagai contoh, sebelum tiba Ramadhan, jemaah yang solat maghrib di Pusat Islam ini paling ramai dalam 5 saf. Namun di bulan Ramadhan bilangan itu tiba-tiba bertambah mendadak hingga mencecah 15 saf. Anehnya, selepas Ramadhan berlalu, angka itu merosot semula kepada 5 saf dan kadangkala kurang daripada itu. Aneh. Sangat aneh. Adakah kita cuba untuk berlakon di hadapan Allah? Adakah Allah tidak tahu semua ini?” Ana kembali diam. Menyusun kalam. Adik itu terus menunggu buah bicara yang seterusnya.
“Dik, sebenarnya, begitulah juga dengan Lailatul Qadar ini. Kenapa hanya menanti 10 malam terakhir sahaja baru ibadat nak ditingkatkan? Sedangkan Lailatul Qadar itu boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang Ramadhan. Lailatul Qadar adalah hadiah Allah kepada orang-orang yang tekun berusaha mencarinya. Tingkatkanlah amal Ibadat sepanjang masa. Ibadat ini seharusnya tidak bermusim.Mudah- mudahan, dengam amal ibadat yang tekun dan konsisten akan mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar. Kalau tidak bertemu pun tidak mengapa, asalkan kita mendapat Redha Allah sudah mencukupi.”
“Jadi abang, sebenarnya ada lagi tak peluang ana untuk bertemu lailatul Qadar ni?” kedengaran suara penuh harapan dari pertanyaan ini.
Jawab ana ringkas. “Insya Allah ada. Namun, harus diingat, yang dicari bukanlah Lailatul Qadar, tapi redha Allah. Faham kan?”
“Alhamdulillah. Faham bang. Lebih kurang gini le kan abang Hamim: Tiada gunanya bertemu lailatul qadar namun tidak mendapat Redha Allah. Betul kan bang?”
Ana menganguk perlahan dan tersenyum. Alhamdulillah. Semoga Allah menerima amal kita di bulan Ramadhan ini. “Ya Allah, semoga Engkau Redho dengan kami dan pertemukanlah kami dengan Lailatul Qadar.Amin Ya Rabbal Alamin.”
Allahuakbar.. Sayu hati bila terbaca artikel ni.. memikirkan ibadat yang dilakukan lebih-lebih lagi di sepanjang Ramadhan ini…memikirkan
-
Puasa yang dilakukan adakah kerana ADAT @ kerana mencari KEREDHAAN Allah…?
-
adakah tarawih yang dilakukan hanya kerana ADAT @ kerana KEFAHAMAN atas yang dituntut…
Solat sunat Dhuha..
Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah…segala puji bagi Allah yang telah menidurkan aku diwaktu malam dan membangunkan aku diwaktu siang…Yang memberiku upaya untuk bernafas dan rezeki yang melimpah…. yang memberiku upaya dalam pergerakan dan otak untuk berfikir…..syukran Ya Allah…
Ramai yang tidak menyedari bahawasanya rahmat Allah terhadap hamba-hambaNya adalah apabila alam ini berada di waktu fajar. Ketika inilah kurniaan Allah SWT melimpah ruah sehinggakan manusia dapat hidup dalam kesenangan dan kemewahan.
Fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur di waktu pagi yang dapat dilihat pada dua keadaan iaitu;
- Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang. ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
- Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama.
Selepas fajar menyinsing, maka datanglah waktu dhuha iaitu mengikut ilmu fiqh, waktu dhuha itu sejak tinggi matahari segalah. ia boleh dilaksanakan sebanyak 2 @ 4 @ 6 sehinggalah 12 rakaat.
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.
Kelebihan solat dhuha
Rasulullah saw juga bersabda;
” solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran, dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”
sementara itu dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda;
” Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid , setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan juga sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat” ( Ahmad Muslim dan Abu Daud)
Cara Mengerjakannya:
Niatnya:
“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
walaupun solat sunat dhuha ini adalah solat sunat yang insyaAllah dapat memurahkan rezeki….namun usaha dan ikhtiar perlulah diteruskan kerana rezeki itu tidak datang bergolek ( melainkan Allah mengkehendaki)…
aPaBiLa RaSuLuLLaH s.a.w MenJenGuk KiTa…
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah SWT tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita…Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.
Apa yang akan kita lakukan? Semestinya kita sangat bahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita…
Baginda tentu tersenyum…
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD rated 18+ yang ada atau tayangan Baywatch, WWF di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu vidio tersebut ke dalam..
Baginda tentu tetap tersenyum..
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita separuh bogel atau koleksi patung yang pernah Baginda musnahkan satu ketika dahulu, yang kita pajang di ruang tamu kita sehingga terpaksa juga kita memindahkannya kebelakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz-lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan kita letakkannya diruang tamu..
Baginda tentu tersenyum…
Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita juga menjadi malu kerana anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi lebih menghafal mengenai anggota-anggota Power Rangers atau Kura-Kura Ninja. Baragkali kita terpaksa menyiapkan satu kamar menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa wanita dirumah kita tidak memiliki satupun pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum..
Belum lagi dilihat koleksi buku-buku kita dan anak kita. Belum lagi koleksi kaset-kaset dan CD serta karaoke di rumah. Kemana harus kita menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui Junjungan bahawa kita tidak pernah ke masjid meski pun azan berbunyi..atau mungkin juga cuma untuk menunaikan solat jumaat seminggu sekali atau solat sunat aidil fitri dan aidil adha setahun sekali.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib, keluarga kita sibuk di depan tv. barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menuanaikan solat berjemaah. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sanagt jarang membaca Al-Quran.
Baginda tentu tersenyum…
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati depan rumah kita dan nama tukang penjaga masjid di kampung kita..
Betapa senyum Baginda masih di situ…
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan pintu rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita..?
Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak Baginda berkunjung kerumah kita kerana hal itu akan sangat membuat kan kita malu….
Maafkan kami Ya Rasulullah….
Masihkah Baginda tersenyum…?
Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir…..
Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah SAW..
Dari Abdullah bin A’mir r.a, Rasulullah bersabda ” Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat….”
Sejenak Di Permatang Pauh…
Pengalaman baru di tahun 2008…
seawal 6.45 pg saya dah bertolak ke Permatang Pauh kerana mahu membantu dalam pilihanraya kecil…alhamdulillah perjalanan lancar…lalu bermula lah sebuah jihad…
Tidak banyak yang perlu kami lakukan, cuma ‘meraih undi secara tidak formal’..mengibarkan bendera dan juga poster untuk menaikkan semangat juang dan juga para pengundi. Apa yang lebih saya kagumi, tenaga-tenaga dari pihak muslimat tidak meneganl usia dan tempat, ada yang datang dari Kuala Lumpur,kelantan, dan juga terengganu..Ada yang sudah berpuluh tahun dalam medan dakwah dan ada juga yang masih baru.
Sempat makcik mah (bukan nama sebenar) bertanya kepada remaja-remaja lelaki yang lalu dihadapan kami sambil membawa bendera UMNO sambil melaung-laung nama UMNO tentang bayaran yang mereka perolehi setiap sorang dan tanpa segan silu mengatakan mereka dibayar RM 150.00 setiap seorang untuk menjadi penyokong. Saya terpikir, adakah itu tergolong dalam nama rasuah atau saguhati? niat mereka penentu kepada amalan….
Tatkala di akhir waktu membuang undi, kelihatan Dr Wan Azizah & Dato’ Anuar Ibrahim ‘turun padang’ untuk bertemu dengan rakyat…
Kenapa Saya ke Sana?
Masih ingat pesan pesan seorang MUSLIMAT kepada saya…kita bukan menyokong tetapi kita membantu…
Ya..membantu kerana ‘di sana’ ada kebaikan untuk Islam…Saya masih berpegang dengan kata-kata Tuan Guru Hadi yang ‘PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak mahu mengamalkan Undang-undang Islam’…statement ini bukanlah menunjukkan ketaksuban saya mahupun sesiapa sahaja terhadap PAS tetapi saya berpegang juga kepada kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang mana ‘ sekiranya pemerintah sekarang mengamalkan Islam yang sebenar, PAS akan dibubarkan’..
Hadirnya PAS cuma sebagai 1 wasilah untuk menegakkan Islam dan tidak akan di perlukan lagi PAS sekiranya Islam telah benar-benar tertegak… Sebab itulah selalu saya di ingatkan yang berjuang ini hendaklah atas dasar kefahaman, bukan atas dasar semangat semata-mata…
”Semoga Kemengan yang diperolehi tidak dipersia-siakan….”
‘’segalanya untuk Islam”




