BuLaN HaTi


Sejenak Di Permatang Pauh…

Posted in adventure.... by 8ulan4ati on September 2, 2008

Pengalaman baru di tahun 2008…

seawal 6.45 pg saya dah bertolak ke Permatang Pauh kerana mahu membantu dalam pilihanraya kecil…alhamdulillah perjalanan lancar…lalu bermula lah sebuah jihad…

Tidak banyak yang perlu kami lakukan, cuma ‘meraih undi secara tidak formal’..mengibarkan bendera dan juga poster untuk menaikkan semangat juang dan juga para pengundi. Apa yang lebih saya kagumi, tenaga-tenaga dari pihak muslimat tidak meneganl usia dan tempat, ada yang datang dari Kuala Lumpur,kelantan, dan juga terengganu..Ada yang sudah berpuluh tahun dalam medan dakwah dan ada juga yang masih baru.

Gerak Kerja tiDak mengenal usia...

Gerak Kerja tiDak mengenal usia...

 

 

 

Sempat makcik mah (bukan nama sebenar) bertanya kepada remaja-remaja lelaki yang lalu dihadapan kami sambil membawa bendera UMNO sambil melaung-laung nama UMNO tentang bayaran yang mereka perolehi setiap sorang dan tanpa segan silu mengatakan mereka dibayar RM 150.00 setiap seorang untuk menjadi penyokong. Saya terpikir, adakah itu tergolong dalam nama rasuah atau saguhati? niat mereka penentu kepada amalan….

 

Tatkala di akhir waktu membuang undi, kelihatan Dr Wan Azizah & Dato’ Anuar Ibrahim ‘turun padang’ untuk bertemu dengan rakyat…

Kenapa Saya ke Sana?

Masih ingat pesan pesan seorang MUSLIMAT kepada saya…kita bukan menyokong tetapi kita membantu…

Ya..membantu kerana ‘di sana’ ada kebaikan untuk Islam…Saya masih berpegang dengan kata-kata Tuan Guru Hadi yang ‘PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak mahu mengamalkan Undang-undang Islam’…statement ini bukanlah menunjukkan ketaksuban saya mahupun sesiapa sahaja terhadap PAS tetapi saya berpegang juga kepada kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang mana ‘ sekiranya pemerintah sekarang mengamalkan Islam yang sebenar, PAS  akan dibubarkan’.. 

Hadirnya PAS cuma sebagai 1 wasilah untuk menegakkan Islam dan tidak akan di perlukan lagi PAS sekiranya Islam telah benar-benar tertegak… Sebab itulah selalu saya di ingatkan yang berjuang ini hendaklah atas dasar kefahaman, bukan atas dasar semangat semata-mata…

”Semoga Kemengan yang diperolehi tidak dipersia-siakan….”

‘’segalanya untuk Islam”