Sepagi Bersama Buddhist
Samb: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1197
Back to Da Nature…
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…segala puji kepada Tuhan sekalian alam,yang sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya…dan tidak pernah sekali meninggalkan hamba-hambaNya..
Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan tidak mengikuti mana-mana usrah..hari ni buat pertama kalinya saya ‘berusrah’ sepanjang berubah ke tempat baru ni..Suasana baru, naqibah baru,cara baru tetapi masih lagi rukun yang sama..
Kenapa Perlu saya Kepada USRAH?
Sepanjang menjalani hidup tanpa usrah, saya akui diri saya kosong dan rasa jauh. Jauh dari sesuatu yang dulu begitu hampir. Sukar untuk diungkapkan tetapi sampai ke satu tahap saya merasakan yang saya perlu mentarbiyah diri saya kembali. Bukan sahaja melalui kuliah-kuliah umum tetapi juga melalui satu medan yang mengikat. Kalau dulu sering sahabat saya utarakan yang usrah adalah satu medan persediaan bagi diri kita menghadapi dunia luar supaya ke mana pun tercampaknya kita, kita tahu untuk berdiri dan tidak ‘tewas’.
Kini saya menyedari usrah yang saya ikuti dulu masih terlalu rapuh untuk menjadikan saya terus berdiri setelah tercampaknya diri ke sini. 3 tahun disana cumalah satu permulaan bagi hidup.
Usrah pertama….
Usrah kami cukup santai, bermula dengan sesi taaruf dan seterusnya ke pengisian. Perbincangan dua hala, ditambah pula dengan cara kak pizah yang cukup bersahaja dan yang lebih menarik usrah kami turut di ikuti oleh ‘baby’ berusia 8 bulan (comel je dok merangkah tengah2 halaqah kami). Dan bila dah dinamakan ‘baby’ unik la sikit sebab macam-macam yang dia boleh buat nak dibandingkan dengan ‘makcik-makcik’ , merengek,menangis, menjerit, ketawa (cara baby la), tarik buku, rebut pen & macam-macam lagi. Itu baru yang bongsu, ada lagi yang 2 lelaki dan 1 perempuan yang bermain diluar dan sesekali masuk memanggil nama ‘umi’ dan keluar semula. Namun, usrah kami sedikit pun tidak rasa terganggu sebaliknya banyak yang tersirat yang dapat kami pelajari selain dari perbincangan dua hala yang tersurat itu.
Apa yang tersirat?
Memerhati dan melihat, bukan setakat yang dituturkan sebagai pengisian tetapi juga setiap gerak geri sebagai ‘ilmu tambahan’. Itulah uniknya usrah.
-
Bagaimana seorang ibu beranak 4 masih sanggup menerima kami sebagai ‘tetamu kehormat’ nya di kala banyak tanggungjawab lain yang masih perlu di uruskan. Saya cukup kagum dengan muslimat yang masih mampu bergerak dalam medan dakwah even setelah berkeluarga. Bukan mudah kerana tidak semua yang membina baitul muslim mampu ketepikan kepentingan peribadi untuk Islam. Kak pizah mungkin merupakan di antara yang beribu yang berjaya. Bagaimana pula kita nanti, apakah tergolong dalam ‘1 dari 1000′ yang tidak berjaya? nauzubillah….
-
Yang tersirat di dalam usrah kami tapi di lafazkan secara tersurat oleh kak pizah.. ” sedari awal perkahwinan, jangan tinggalkan solat berjemaah samada dengan suami@anak@ mertua@ dll. kerana sekecil-kecil perkara itu memberi kesan dalam sebuah keluarga muslim.
-
Senakal mana pun anak jangan dimarahi selagi mana di dalam sebuah majlis ilmu…bukan kerana menjaga air muka tetapi itu cuma permulaan sebelum dia mengerti erti sebenar akhlak. bersabarlah sebentar kerana kesudahannya insyaAllah baik.
Terlalu banyak persedian yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari depan…InsyaAllah, perlu di set mind kita dari sekarang yang ” AKU NAK JADI SAYAP KIRI PERJUANGAN” InsyaAllah..
Aku Tetap Diam..

Sepi hati..
Terjadi lagi..
Mungkin sampai mati…aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun hanya ada dibibir
Dibibir saja…
Aku ingin yang bisa mengerti
Walaupun yang lain
mahu mengerti..
Namun berat beban hidupku…biarkan saja
Biar saja…hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau..
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri…
Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa…atasi semua
Aku Tetap Diam…
SePi…
Entah kenapa…malam ni, filem sepi jadi tontonan..sekadar mengisi ruang kosong yang ada…tapi saya cukup tertarik dengan puisi dalam filem tu…knp ye?
Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku…
kekasihku..syurgaku
Tanpa dia..malam menemaniku..
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi seperti ku..
Tazkirah Remaja: Rugi jadi ‘hamba Ramadan’
Pertarungan sebenar kita bukannya pada bulan Ramadan, malah ‘The Real Battle’ ialah 11 bulan selepas bulan Ramadan.
Ada orang, dalam bulan Ramadan pergi ke surau dan masjid tiap-tiap malam tetapi kalau selesai Ramadan terus tidak pergi ke masjid dan surau. Itu namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah.
Sekiranya bulan Ramadan membaca al-Quran tidak henti-henti tetapi bila saja habis Ramadan, habis tidak baca-baca lagi al-Quran dan itu juga namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah.
Bulan Ramadan bukan main lagi suka bertahajjud tetapi selepas bulan Ramadan terus tidak terkejut-kejut lagi. Itu pun satu lagi namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah.
Maaf kerana saya guna perkataan agak kasar sedikit. Tetapi apabila difikirkan mengenai kemunafikan kita beribadat, rasanya sekali-sekala terpaksa berkasar sedikit. Ini bukan apa, cuma nak menggugah hati yang tidak terikat dengan roh Ramadan.
Ungkapan mengenai hamba Ramadan sebenarnya nasihat daripada ulama semasa dan amat kontemporari iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyatakan: “Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan.” Maksudnya, jadilah kamu hamba-hamba Allah dan jangan kamu menjadi hamba Ramadan, berbuat baik bukan hanya bermusim.
Pergi ke masjid dan surau bukan ikut angin (mood) kita atau tengok ramai orang pergi, kita pun pergi juga, tetapi apabila orang sudah mula tidak pergi lagi ke masjid, kita jadi hilang semangat.
Kenapa bersemangat hanya pada bulan Ramadan? Sama juga dengan semangat membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, kenapa hanya pada satu bulan saja kita bantu dan gemukkan mereka, sedangkan kita semua tahu anak yatim dan fakir miskin tidak hidup 30 hari setahun?
Anak yatim sama juga macam kita, mereka hidup selama 365 hari setahun. Bulan Ramadan, montel mereka tetapi bulan-bulan lain jadi kurus pula mereka.
Sumber Asal: Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)
SenyUmMmmmm ^_^
Mulalah hari anda dengan senyuman..
Kerana dengan senyuman itu bisa mencerahkan hari yang suram
Bisa juga menceriakan hati yang gundah
Kenapa tidak mahu tersenyum…?
Senyuman itu kan ibarat satu virus…
Apabila anda senyum..orang lain juga akan turut tersenyum…
Kenapa takut untuk senyum…?
Senyum itu kan satu sedekah…
Tidak kan pernah rugi bahkan lebih beruntung…
Senyum lah walaupun si dia di hujung talian …
Kerana senyuman itu boleh digambar melalui suara…
Jangan lupa juga…bahawa senyuman itu juga boleh dilihat melalui tulisan…
Masih tidak mahu tersenyum…?
Tidak kah kamu rasakan diri kamu begitu comel dengan senyuman…?
Tidakkk?
Urmmmm….Saya rasa begitu…. ^_^



