Jom Ubah..
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah swt yang masih lagi mencurahkan kasih sayanyNya yang tidak terhingga kepada kita, memberi kita nikmat kesihatan dan rezeki yang baik…dan yang tersangat penting adalah nikmat iman dan juga Islam yang telah dicampakkan kedalam hati kita….alhamdulillah…
Jom Ubah…
Hari ini, jadual tidak sepadat biasa…agak membosan kan bila tiba-tiba terasa yang diri tidak ada kerja untuk dilaksanakan walaupun realitinya amatlah banyak tanggungjawab yang dipikul. Setelah mesyuarat ringkas tentang kem motivasi yang akan diadakan pertengahan Disember ini selesai, saya terus berangkat pulang ke USM…Masih belum ada gerak kerja yang perlu dilaksanakan…Jadi saya memilih untuk ‘ubah’ suasana kehidupan saya..Setelah lebih 3 bulan hidup didalam suasana yang sama…Jadual tidur saya sahaja yang semakin berubah dan ini membuatkan saya sedikit tidak selesa..
Mungkin ramai yang melalui keadaan yang sama dengan saya bila satu keadaan diri amat susah untuk bangun dari tidur terutamanya di waktu pagi. Pernah saya dengar satu kisah dari sirah Nabi Muhammad saw di mana dalam satu keadaan RAsulullah saw sedang bermusafir bersama sahabat-sahabat. Keesokannya apabila bangun dari tidur, waktu telah pun melepasi waktu subuh. Segera Rasulullah saw bangun dan mengajak sahabat-sahabat berpindah/ bergerak dari tempat itu kerana kata Rasulullah disitu ada syaitan.
Kesimpulannya, jangan lah di segan untuk mengubah kedudukan tempat tidur anda kerana ‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..’ ^_^
Tak dinafikan juga bagi sahabat-sahabat yang mengalami masalh tidur yang serius…macam saya muda-muda dulu, tak kira dimana-mana perasaan mengantuk sentiasa menemani. Kini saya percaya peralihan umur dan persekitaran sedikit sebanyak membantu mengubah saya.
TAK NAK CUBA?
Macam-macam…
Alhamdulillah….
akhirnya berkesempatan menulis walau pun tak tahu apa yang patut ditulis even banyak perkara yang berlaku sekarang ni. Kalau buka utusan malaysia, mahkamah dengan pembebasan Abdul Razak Baginda, hiburan dengan kes Abby-Norman, Luar negara dengan pilihan raya yang hampir kepada Barrack Obama dan macam-macam lagi…dan DIRIKU ini….sibuk dengan duit gaji yang baru dapat…lump sum untk tempoh 3 bln…huhu
Betul la apa yang orang kata, bahaya dapat lum sum sebabnya diri seolah-olah balas dendam untuk tempoh 3 bulan…macam-macam rasa nak beli…ini dah habis,itu tak cukup,ini perlu, itu nak guna…..akhirnya baik ikut cakap mak…simpan kat tempat tak boleh ambik..:D
jadi….untuk rakan taulan ku…tak sempat dah nak belanja korang..tuggu next gaji pulak..hehe
Just 1 klik…
Dun wan 2 try 2 open it?
dun worry..its nice ^_^
