Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi daud A.S
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Sebab Korang Kaya…
<!–[if gte mso 9]> Normal 0 <![endif]–>
Assalamualaikum…
Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa
dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun.. cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!
Wah!!! Bukan main lagi lu orang…rumah juta-juta…Harta juta-juta… buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?.. Konon-konon darjat tinggi la… sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?.. Atau memang taknak campur dengan masyarakat?… Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak… rumah juta-juta…hartajuta-juta…tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?…Sebab apa?…
SEBAB LU KAYA!!..
Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang… sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan…ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???… Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan ?..nasi bungkus ape standard…Sebab apa?…
SEBAB LU KAYA!!
Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk.. nak tengok-tengok lu orang…tapi lu maki apehal?… Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?.. Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat….tapi
lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!.. Lu sibuk pasal lu punya barang…ada lu pikir pasal TUHAN???… Sebab apa lu jadi macam ni??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit… tapi puluh ribu..!!…nak cakap b**doh tapi jadi menteri.. .tapi pikir balik memang b**doh pun!.. lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit
ada berjuta…lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?…yang tak
makan?…Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???
SEBAB LU KAYA!!!
Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!…ada lu orang nak beristgfar?.. Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!.. Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!.. tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT…yang lu buat rumah atas
bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB
Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???.. Itu tanah persendirian…lantak lu la nak buat rumah…tapi bile dah ranap lu sibuk
nak saman??..Sebab apa?..
SEBAB LU KAYA!!!
Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu
kene ingat….ada yang lagi Maha Kaya…ada yang lagi Maha Besar…
LU PIKIR LA SENDIRI!!??
???? Semlm dalam rancangan NASI LEMAK KOPI O di siaran TV9, Cik Mek Kelate
terang2 cerite bahawa di kawasan tersebut yang di kelilingi rumah2 batu
(bungalow) yang besar Cuma terdapat satu sahaja SURAU yang kecil (mek tunjuk
dengan jari kelingking dia????he..he..he..) & tersangat uzur serta kecil
bebenor???? dan tidak terdapat masjid yang berdekatan????????.masjid jauh kat
rumah Dato K (dekat sekolah agama ampang)????.Cik Mek kate lagi (dengan
loghat kelate) ??(r )ajaib sungguh kerana 2-3 biji rumah yang berhampiran
surau kecil tersebut..xkena langsung walaupun secalit tanah?? sambil dia kata renung-renungkan lah??
Nama jer ramai Melayu yang beragama ISLAM..tapi nak buat masjid pun
kedekut..itu ler kena padah????..pulak tu mengada2????.mkn-minum PBSM
masakkan, tak macam mangsa banjir mereka masak sendiri????.pastu nak mintak
hotel????.wei????berapa punya besor ko duduk atas dunia ni????.?? Naik
helicopter????.mangsa banjir naik bot buruk????yang mampu bawak 2-3 org shj
dlm satu2 masa????. LU PK ler SENDRI????!!! tu pon masih lgi nk mintak derma pada rakyat malaysia ni………..

P/S: pada yg meninggal…….kita sedekahkan dengan AL-FATIHAH.. AMIN…
Sani vs Husni
Sedang bersantai-santai mambaca ‘paper’ terpandang satu artikel yang memang menarik iaitu Sani Salleh (bekas ahli kumpulan impression) bersama kereta terbarunya F360 Modena berwarna merah garang….Apa yang menarik? Menarik kerana membaca artikel ini membuatkan saya terfikirkan seseorang…siapa?
Sani vs Husni
Siapa sani Salleh yang ingin saya sebutkan ini mungkin ramai yang mengenalinya apatah lagi dengan pembelian kereta terbarunya ini…bagi saya Sani merupakan anak muda yang hebat kerana pada usia yang begitu muda beliau berupaya memiliki syarikat bas ekspress nya sendiri iaitu Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Bukan mudah kerana sebelum itu pun dia sudah banyak menempuh kegagalan.
F 360 Modena ini telah di beli dengan deposit sebanyak setengah juta iaitu RM 500 000.00 manakala nilai sebenarnya adalah sebanyak RM 1.2 juta. Dengan bulanan sebanyak RM 14 000.00 sani akan dapat memiliki sepenuhnya kereta ini dalam tempoh kurang 5 tahun..dan melihat bayaran bulananya sahaja membuatkita terfikir berapa income nya dalam sebulan.. belum lagi di sebutnya minyaknya yang RM 200 cuma mapu bertahan 2-3 hari..ini baru memikirkan insan yang bernama Sani, belum lagi artis-artis lain seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lebih hebat golongan-golongan VVIP yang lain.
Mengimbau kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah kereta berjenama terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam dia bermimpi tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang stereng Ferarri membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi. Apabila terbangun daripada lena, beliau terus membuat keputusan mengunjungi premis jualan kereta itu di Kuala Lumpur pada sebelah paginya. ini kisah mimpi menjadi kenyataan…bagaimana pula dengan kenyataan hidup umpama mimpi ngeri yang tidak tahu bila akan terjaga?
Siapa pula adik Husni?
Ada beberapa orang rakan yang singgah bersolat di masjid di satu pekan (antara pertemuan tiga negeri iaitu Kedah, Penang dan Perak) beberapa hari yang lalu dan di sana mereka bertemu dengan satu keluarga yang cukup menyedihkan. Kanak-kanak ini bersama keluarganya telah berjalan kaki sejauh hampir 60km dan akan terus berjalan sehingga mereka punya tempat untuk tinggal. Perjalanan ini pastinya bukan mudah dan lebih berat bagi ibu bapa kepada 12 beradik ini. dan ditambah pula si bapa mengidap penyakit yang serius. Di lihat dari tubuh mereka, seolah-olah Malaysia sedang mengalami krisis makanan yang hebat.
Sesungguhnya Allah menguji dan menjanjikan balasan kepada hambanya yang redha dengan ujian Nya.
Pengislaman mereka sekeluarga telah menaikkan kemarahan masyarakat di tempat mereka sehinggakan rumah mereka dibakar. Melihat nyawa terancam keluarga ini melarikan diri dan tidak tahu arah tujuan. Malang nasib mereka kerana Umat Islam dan masyarakat sekeliling mereka tidak menyedari dan yang melihat hanya mampu mengatakan kasihan…dan kerana desakan sekeliling ini jugalah salah seorang abang kepada anak kecil ini telah kembali kepada agama asal mereka.
ini bukan kisah dongengan atau novel atau yang sudah berlaku kurun yang lalu…tetapi ia berlaku sangat hampir..dalam tempoh 2-3 langkah yang baru kita tinggalkan..
Saya berbaik sangka yang bahawasanya mereka (yang Allah kurniakan kemewahan) di Malaysia kurang menyedari kewujudan insan ‘kurang bernasib baik’ seperti adik Husni sehinggakan tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan bantuan..tetapi sedihnya bagi ‘insan tidak bernasib baik’ seperti adik Husni…Dia menyedari betapa ramai orang kaya di luar sana tetapi kenapa terlalu susah untuk dia mendapat pertolongan…
Adilkah KiTA?

Kita tinggalkan Sani yang menempa kejayaan dan hasil titik peluhnya..lihat pula pada tanggal 20 Disember 2008..tarikh yang sangat di nantikan sesetengah pihak di mana ia hari bagi ‘yang kaya,di kayakan lagi’..Perkahwinan gilang gemilang yang penuh dengan sponsor…di tarikh ini ramai yang ingin melihat sumbangan mereka dilihat berjuta-juta rakyat malaysia..ini cuma satu kisah dari beribu kisah lain yang hebat..saya sebutkan kerana kebetulan pada hari artikel ini di tulis
Bukan dengki atau cemburu tetapi terus terangnya saya begitu tidak berpuas hati dengan keagungan yang terlalu kita berikan kepada dunia glamour ini.. seolah-olah kita di Malaysia sudah tidak ada perkara yang lebih penting untuk di buat…di saat insan lain mungkin cuma memakan siput babi…mungkin antara kita sedang makan siput lala yang sepinggan mencecah puluhan ringgit… disaat insan lain berjalan kaki meredah hujan panas mempertahankan agama, ada insan lain yang di sponsor kereta sebiji dua…
hebatnya dunia…
bergembiralah dengan setiap titis air mata yang kita lihat tetapi kita tidak nampak
Jaga Lidah Elak Neraka
BAGAIMANA caranya untuk masuk ke syurga? Muadz bin Jabal pernah mengemukakan soalan ini kepada Rasulullah, dan baginda menjawabnya dengan panjang lebar berhubung penilaian penting dan panduan bagi umat Islam untuk menempatkan diri di syurga dan menjauhi daripada dicampakkan ke neraka.
Daripada Muadz bin Jabal RA berkata, “Ya Rasulullah, khabarkan padaku dengan amal yang memasukkan aku ke syurga dan menjauhi aku dari neraka.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya engkau bertanya perkara yang besar dan sesungguhnya amatlah mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah iaitu engkau menyembah Allah, tiada engkau menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan engkau dirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.”
Kemudian Baginda bersabda, “Tidakkah (engkau suka) aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.”
Seterusnya, Nabi membacakan ayat bermaksud: “Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan.
“Maka tidak ada jiwa yang mengetahui apa yang disembunyikan bagi mereka dari (benda-benda) penetap mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka kerjakan.”
Selepas itu, Rasulullah bersabda lagi: “(Adakah engkau suka) aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang-tiangnya dan puncaknya?”
Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Sabda Baginda, “Kepala pekerjaan ialah Islam dan tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.”
Kemudian Baginda bersabda lagi, “Adakah (engkau suka) aku khabarkan pada engkau penguasa bagi yang demikian semuanya?” Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Lalu Baginda memegang lidahnya lalu seterusnya berkata, “Cegahlah ini.”
Kataku, “Ya Nabi Allah, dan sesungguhnya kami akan diseksa kerana kami berkata-kata dengannya (lidah)?” Sabda Baginda, “Ibu engkau kehilangan engkau. Dan, tidak ditelungkupkan manusia ke atas muka mereka — atau Baginda bersabda — ke atas hidung mereka ke dalam api negara melainkan kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.” (hadis Hassan Sahih)
Dan kerana kekuasaan lidah ini juga, Rasulullah SAW pernah bersabda
“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah
kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)
(Sebahagian besar artikel ini di petik dari Harian Metro bertarikh 17 Dec 08 dan telah)
Selamat BerkonVo…
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…kerana masih dikurniakan nafas untuk kita berdiri pada hari ini…yang mungkin tidak lagi pada hari esok…atau lusa…atau bila2 masa….
Segala puji juga hanya bagi Allah atas setiap titik ilmu yang di berikan sehingga berjaya mengenggam sehelai kertas diberi nama IJAZAH….

Berat yang penuh Hikmah…
Perjalanan ke konvokesyen penuh dengan ujian dari Allah..perjalanan dari perakke shah alam terpaksa bermula dari kelantan..atas dasar keselamatn (kata mak better pi dengan kwn,bahaya sorang2..so kn la ikut)…hikmah…dapat la jugak borong serunding daging and ikan kat pasar siti khadijah…tak ke beruntung tu… Disambung pula dengan perjalanan ke shah alam yang diuji lelaki yang kurang sihat mentalnya di atas bus…masalah transport untuk bergerak dari penginapan ke majlis konvokesyen dan ujian yang terbesar…ibu kesayangan tak dapat hadir konvokesyen atas masalah kesihatan… sekuat-kuat hati menitis juga air mata tapi alhamdulillah, Allah masih menghadirkan seorang kakak untuk bersama-sama.. ^_^
Hala Tuju..
Kebanyakan kawan-kawan dah punya hala tuju masing2…Gembira melihat rakan-rakan sudah mula bekerja & ada juga terus lagi belajar…apa pun, semoga perjalanan yang singkat ini memberikan kita ruang memperoleh rezeki yang halal dan hidup yang barokah…^_^
Suka untuk ana memetik kata-kata dari sebuah majalah ilmuan “Jangan diminta dikecilkan ujian..tetapi mintalah dibesarkan Iman menghadapi ujian…”
