BuLaN HaTi


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Posted in ibadah by 8ulan4ati on January 8, 2009

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Seribu Tahun Lagi

Posted in IkaTan HaTie by 8ulan4ati on January 8, 2009

Petang 10 Muharam 1430H sedikit panas apabila isu Palestine dibangkitkan. Mungkin selama ini cuma topic-topik biasa, remeh dan kadang-kadang tak perlu pun diperbincangkan…jadi petang ini kami saling melihat kewarasan….

 

“Kalau Malaysia hantar pasukan tentera ke Palestine…sanggup ke ‘turun padang’ ?” tanya saya pada seorang kawan yang aktif dengan ‘PALAPES’..

“Sanggup..tapi izin ke mak ayah nanti?”

 

Perbualan mati di situ sehinggalah seorang teman lain mengutarakan tentang derma yang di hulurkan Palestine..

 

Menyebut tentang derma ehsan yang di hulurkan, saya terpikir apakah kita yakin bantuan kewangan itu akan tiba ke Palestine seperti yang di uar-uarkan? Atau barangkali Yahudi dan sekutu-sekutunya bila-bila boleh menyekat saluran itu untuk sampai ke Palestine seperti yang dilakukan ketika Hamas berjaya memegang tampuk pemerintahan mengalahkan Fatah..Perkara ini tidak mustahil terjadi…

 

 

Apa Yang Kita Buat?

 

Antara perkara yang di gesa untuk dilakukan adalah memboikot barangan Yahudi  dan sekutunya…tetapi ada pula yang menjawab

 

“ kalau nak suruh boikot…sediakan dulu barangan yang sama macam tu..”

 

Megahnya kita bersuara mementingkan selera perut dan selera yang lain sedangkan saudara kita di Palestine bukan saja kekurangan makanan, bahkan ada juga yang tidak menemui makanan langsung lantaran mereka di beri makan dengan peluru dan bom.

 

Teringat saya pada satu kisah di mana Rasul kita Nabi Muhammad dan tentera-tentera Islam berperang dengan Yahudi,.perkara pertama yang dilakukan adalah membakar pohon-pohon tamar di sekitar itu..dan apabila ditanya oleh sahabat maka Rasul menjawab untuk mengalahkan mereka perlu mematahkan kekuatan ekonomi mereka…

 

Diajak pula berdemostrasi di jalanan untuk menunjukkan kemarahan kita dan selaku pembelaan kepada rakyat Palestine…ada pula yang menjawab

 

“ itu bukan cara kita untuk terpekik terlolong di jalanan kerana kita manusia yang bertamadun”..

 

Nah!! Akhirnya kita Cuma memandang dari jauh tanpa sedikit peluh pun menitik di dahi..sebabnya? kerana kita manusia bertamadun…berwawasan dan seumpamanya..

 

Tanya saja pada diri kita sendiri…berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa untuk saudara kita di Palestine (selemah-lemah iman)? ‘mengforward emel@ mesej berkaitan pun belum tentu kita lakukan kerana risaukan ‘kredit’. Yang kita mampu buat cuma duduk di atas sofa empuk di depan television dan menyumpah seranah Yahudi atas tindakannya.

 

Bila lagi?

 

Kenapa kita tidak kisah? Kerana kita tidak pernah menganggap mereka tanggugjawab kita. Perkataan saudara seagama cuma lahir di hujung lidah dan terlafas di celah bibir tanpa kita mengerti apa sebenarnya yang diungkapkan..

 

Setakat ini, Cuma Iran yang berani bertegas memberi kata dua kepada Yahudi dan Hizbullah yang benar-benar menentang. Di lihat saja pada sejarah sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya. 60 tahun sudah berlalu kini, dan kita masih menantikan Malaysia bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan..adakah Malaysia akan bersedia? Bila? Atau sememangnya Malaysia tidak akan mampu untuk bersedia…

 

 

Kadang kala, tidakkah kita terfikir bahawasantya penyerangan Yahudi ke atas kita lebih parah darpada apa yang berlaku di Palestine..kerana kita kini sudah tidak mengenal erti JIHAD..

Di sana jasad mereka hancur tetapi hati mereka utuh dengan iman kepada Allah..biarpun dengan batu, mereka tidak pernah melarikan diri dari medan peperangan tetapi di sini, kerohanian kita sudah hancur meskipun jasad kita masih berdiri…