BuLaN HaTi


Dakwah??

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on January 19, 2009

Macam-macam perasaan yang datang bila menatap paper utusan pg tadi…mual, jengkel, marah & semuanya.. terasa yang nama ‘ISLAM’ kini diibarat sebagai satu sumber ekonomi sedangkan sejauh mana kita menyumbang kepada Islam itu sendiri belum tentu ada…bahkan adakala lebih memburukkan.. Begitulah yang di fikirkan sambil anak mata merayap ke setiap baris artikel ini …

………………………………………..(petikan artikel utusan malaysia 19/1/09)

hi_021Anu Dalam Botol, filem terbaru terbitan Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd. milik produser Raja Azmi Raja Sulaiman dijangka memulakan penggambaran pada tahun ini. Bagaimanapun sehingga hari ini Raja Azmi masih tercari-cari pelakon yang akan membintangi filem tersebut selepas Aaron Aziz menarik diri kerana tidak mendapat kebenaran L’Oreal, syarikat kecantikan yang melantik beliau sebagai duta produk itu.

Bagaimanapun Raja Azmi mempunyai beberapa senarai pelakon untuk ditawarkan membintangi filem tersebut dengan syarat mereka perlulah sanggup melakukan adegan panas.

Kata Raja Azmi, filem yang berkisar mengenai kehidupan cinta sejenis pasangan lelaki itu memestikan pelakon lelaki melakukan adegan berlaga hidung, bercium mulut, meraba serta beberapa aksi separuh bogel di ranjang.

“Saya mahu paparkan adegan itu untuk ditatap kepada umum,” kata beliau yang mahu dipanggil Kak Mi.

Ditanya adakah beliau mahu mencari kontroversi kerana memaparkan adegan yang mungkin akan mendapat bantahan ramai, ujarnya ia merupakan salah satu cara beliau berdakwah.

Malah beliau berani memaparkan sesuatu yang dinamakan kebenaran kerana filem tersebut perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk mendidik orang ramai agar tidak terjebak di dalam kancah tersebut. Raja Azmi tolonglah jawab!

Mungkin ada yang masih belum tahu cerita Anu Dalam Botol. Boleh Kak Mi cerita sikit sinopsis filem ini?

Filem ni berkisar percintaan sejenis lelaki dengan lelaki. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang normal sanggup mengubah keadaan fizikalnya menjadi perempuan kerana mengharapkan cinta pasangannya. Tapi selepas membuat pembedahan membuang “anu” (kemaluan lelaki) dia ditinggalkan kekasihnya. Apabila dia bertaubat dan menjalani kehidupan normal, dia tak boleh berkahwin kerana anu dia sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah kekesalan apabila dia sekadar mampu melihat anunya itu yang disimpan di dalam botol.

Dari mana dapat cerita ini?

Ia sebuah kisah benar kehidupan kaum maknyah yang buat pembedahan. Saya dapat cerita ini masa saya tengah makan dengan seorang pengurus produksi, Sutex. Dia ceritalah macam mana kawan dia yang buat pembedahan sekarang ni derita sebab dah tak ada anu. Maknyah tu kesal kena tinggal dengan pasangan sejenis dia. Bila dia dah berubah, perempuan pula tak nak dekat dia sebab dia dah tak ada anu. Takkan nak kahwin? Dari situlah saya terfikir lebih baik cerita ini difilemkan.

Barisan pelakon macam mana pula? Siapa yang dah setuju?

Mula-mula Aaron Aziz dah setuju tapi akhirnya L’Oreal tak bagi dia berlakon. Alasannya filem ini tak ada moral sebab ceritanya. Pada saya, bukan soal moral tetapi sebagai pelakon, dia orang perlu dibolehkan berlakon. Tak kiralah watak macam mana sekali pun.

Mungkin ada benarnya kerana filem “panas” selalunya dikatakan tidak bermoral.

Sebelum buat filem ni saya dengar cerita yang disampaikan itu dengan linangan air mata. Filem ini sebenarnya membentuk moral yang tinggi. Selama ini kita menghentam kaum maknyah, pengkid tetapi kita tak berusaha nak mengubah hidup mereka. Malah di sekolah pun kita masih malu-malu nak bercerita tentang seks. Bila golongan ini dah membesar, mereka kecelaruan identiti dan jadilah maknyah ataupun lesbian. Bila keadaan parah, kita hukum pula mereka, ini tak boleh, itu tak boleh. Sepatutnya dari awal. Jadi filem Anu Dalam Botol ini adalah satu dakwah saya kepada masyarakat. Saya menepis sesiapa kata filem ini tak ada moral.

Dakwah? Macam mana pula ya?

Yalah, kita menyampaikan mesej bahawa cinta sejenis adalah salah. Dilarang dalam Islam. Saya nak tunjukkan bagaimana kesalnya seseorang lelaki itu apabila dia membuang kemaluan dia. Benda tu salah. Saya tak mahu lebih ramai “lelaki” yang sanggup buang anu mereka. Saya nak tonjolkan penyesalan supaya mereka yang ada cita-cita nak buat benda tak baik itu akan berfikir dua kali tindakan tersebut. Itulah dakwah saya tetapi melalui filem.

Ada adegan panas katanya dalam filem ini. Boleh saya tahu adegan- adegan itu?

Saya akan tonjolkan adegan di mana lelaki dengan lelaki itu berasmara di atas katil. Kita akan dapat lihat bagaimana pasangan itu membelai sesama mereka. Ada juga adegan cium mulut dan laga-laga hidung.

Orang kata, aksi panas tak semestinya kita pamerkan adegan itu. Memadai dengan cara lain bagi mengatakan sesuatu yang panas itu sedang berlaku. Apa komen Kak Mi?

Saya setuju pendapat itu tapi menerusi filem Anu Dalam Botol, ia perlu. Orang mesti lihat macam mana pasangan itu berasmara. Kalau tidak mereka tak akan faham. Saya juga akan tonjolkan seseorang perempuan itu meraba pasangan lelakinya tetapi selepas diraba dia dapati pasangannya itu tak ada anu. Terus dia orang berpisah. Kekesalan si lelaki akan wujud ketika adegan itu.

Filem ini seperti mahu menjadikan seks seperti tema utamanya? Boleh komen sikit?

Saya tak nafikan seks dalam filem ini tak boleh lari. Ini kenyataan. Tapi cara penyampaian yang perlu saya tekankan iaitu lebih berbudi bahasa. Cinta yang akan dipaparkan dalam filem ini mengenai perasaan dua insan yang tidak berbelah bagi tetapi akhirnya memudaratkan mereka.

Kenapa kisah cinta seperti ini menjadi fokus utama? Tidak kepada cinta lain?

Ramai orang pandang hina golongan maknyah. Malah sesetengah daripada kita bila ternampak golongan ini akan jadi geli. Tapi tidak siapa pun hairan kenapa mereka boleh jadi macam tu? Sebab itu saya mahu paparkan kisah cinta ini yang orang cuba nafikan tetapi ia memang berlaku. Bukan untuk berseronok tetapi untuk orang menilai kesannya. Itu tujuan saya.

Nanti orang akan kata Raja Azmi sengaja nak cari kontroversi. Yalah, filem-filem Raja Azmi sebelum ini pun banyak kontroversi juga.

Persoalannya buruk sangatkah kontroversi itu? Pada saya kontroversi tak semestinya buruk. Kalau ia kontroversi yang baik, apa salahnya. Sebelum ni saya ada juga buat drama kisah-kisah agama tapi kenapa ia tak jadi kontroversi? Tapi pada saya kontroversi itu pun penting juga. Kalau tak ada kontroversi, susah la nak tarik orang ke panggung.

Tak takut nanti kena gam dengan LPF (Lembaga Penapisan Filem)?

Kalau filem ini kena gam, saya rasa mereka yang buat demikian sebagai zalim kerana menghalang saya menceritakan kisah sebenar yang berlaku pada hari ini. Jangan pandang filem ini secara luaran tetapi dakwah yang hendak saya sampaikan. Sebelum buat filem ni saya dah rujuk kitab-kitab tertentu dan tafsir al-Quran.

Apa harapan Kak Mi terhadap filem ini?

Saya harap ia dapat kutipan box-office. Masa saya terbitkan filem Haru-Biru sebelum ni, saya hampir-hampir nak putus asa. Saya kata kalau filem saya tu tak ada sambutan juga, saya nak berhenti terus buat filem. Tapi syukurlah filem tu balik modal. Dari situlah saya dapat kekuatan nak terbitkan filem ini. Saya harap Anu Dalam Botol akan dapat sambutan.

………………………………………………………

Dakwah ke? Boleh ke buat aksi mcm 2 untuk tujuan dakwah ? malangnya cara ini tidak mungkin sama skali akan menghalalkan matlamat itu..

manakan mungkin kita perlu melakukan zina untuk memberitahu dunia zina itu haram, salah…  atau contoh yang lebih baik…perlu ke kita minum racun untuk beritahu pada semua bahawasanya racun itu mudharat sehingga ke maut?

Betapa peliknya dunia…kalau hebiburrahman blh berdakwah dengan ayat2 cintanya dengan penuh tertib mengikut syarak tetapi kita disini tanpa segan silunya ‘berdakwah’ dengan melanggar syarak…

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan). Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi.”

(surah an naml:4&5)

Sedikit Inspirasi Untuk Boycotter

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on January 19, 2009

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

p/s: sy x pasti sumber ni dari Saiful Islam @ tidak…x smpt nk cek