Makan…makan & makan
Dah lama tak makan besar….so, sempena besday HANA bulan Februari lepas kami pun memenuhkan meja besar kat RESTORAN NURI…agak famous la kat sini…antara menu2 nya:
1. Ikan siakap masak stim
2. Kailan ikan masin
3. Toyam Campur
4. Telur Bungkus
5. Kerang Bakar



Dan yang best nya, semua ni cuma untuk kami bertiga….
Bulan Lahir Anda….??
-
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik.
-
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
-
Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan.
-
Suka smart, kemas dan teratur.
-
Bersifat sensitif , berfikiran mendalam.
-
Pandai mengambil hati org lain.
-
Pendiam kecuali telah dirangsang.
-
Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi.
-
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
-
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
-
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
-
Cukup sayang pd kanak-kanak
-
Suka duduk rumah
-
Setia pada segala-galanya.
-
Perlu belajar kemahiran sosial.
-
Cukup cemburu yg sangat tinggi.
• Berfikiran abstrak.
• Sukakan benda yang reality dan abstrak.
• Inteligent, bijak dan genius.
• Berpesonaliti yg mudah berubah.
• Mudah menawan org lain.
• Agak pendiam.
• Pemalu dan rendah diri.
• Jujur dan setia pd segalanya.
• Keras hati untuk mencapai matlamat.
• Tidak suka dikongkong.
• Mudah memberontak apabila dikongkong.
• Suka kegiatan yg lasak
• Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.
• Mudah mempamirkan marahnya.
• Tidak suka benda yg remeh-temeh.
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
• Sangat berani dan suka memberontak.
• Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya.
• Pemerhatian yg tajam.
• Suka hiburan dan sukan.
• Suka benda yg bersifat seni.
• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
• Berkecenderungan pd benda yg tahyul.
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
• Belajar untuk mempamirkan emosi .
• Berpesonaliti yg menarik dan menawan.
• Mudah didampingi.
• Sgt pemalu dan pemendam rasa.
• Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
• Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran.
• Suka pada kedamaian.
• Sgt peka kepada orang lain.
• Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain.
• Tidak cepat marah dan sangat amanah.
• Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
• Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam.
• Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal.
• Suka berangan-angan.
• Suka melancong.
• Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi.
• Kelam kabut dalam memilih pasangan.
• Suka dgn hiasan rumahtangga.
• Punya bakat seni dalam bidang muzik.
• Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
• Jgn terlalu moody
- Sgt aktif dan dinamik
- Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sgt menarik dan pandai manjakan diri
- Punya daya mental yg sangat kuat
- Suka diberi perhatian
- Sgt diplomatik (pandai memujuk ).
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
- Sgt berani dan tiada perasaan takut
• Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
• Emosi cepat terusik
• Try control the emotion
• Kecenderungan bersifat dendam
• Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
• Kuat daya ingatan
• Gerak hati yg sangat kuat
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada
• Sgt cemburu dan terlalu cemburu
• Kekerasan hati & degil
• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
• Pemikiran yg tajam.
• Mudah marah apabila tidak dikawal.
• Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian.
• Perasaan yg amat mendalam.
• Cantik dr segi mental & fizikal.
• Tidak perlu dimotivasikan.
• Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain.
• Mudah dipujuk.
• Bersikap sistematik (otak kiri).
• Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu.
• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
• Daya khayalan yg tinggi.
• Permikiran yg tajam.
• Pandai berdebat.
• Fizikal yg baik.
• Kelemahan sistem pernafasan.
• Suka sastera,seni & muzik serta melancong.
• Tidak berapa suka duduk dirumah.
• Tidak boleh duduk diam.
• Tidak punya ramai anak.
• Rajin dan bersemangat tinggi.
• Agak boros.
• Berfikiran jauh & berwawasan
• Mudah ditawan krn sikap baik.
• Berperangai yg lemah lembut
• Mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
• Idea yg terlalu banyak dikepala
• Bersikap sensitif
• Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
• Sukar melakukan sesuatu dgn segera
• Bersikap suka menangguh-nangguh
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
• Cepat marah & cepat sejuk
• Suka bercakap & berdebat
• Suka buat lawak & bergurau
• Otaknya cerdas berangan-angan
• Mudah berkawan & pandai berkawan
• Org yg sangat tertib
• Pandai mempamerkan sikap
• Mudah kecil hati
• Mudah kena selsema
• Suka berkemas
• Cepat rasa bosan
• Sikap terlalu memilih & cerewet
• Kurang mempamerkan perasaan
• Lambat nak sembuh apabila terluka hati
• Suka kepada barang yang berjenama
• Mudah menjadi eksekutif
• Kedegilan yg tidak terkawal
• Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
• Sangat seronok didamping.
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
• Agak pendiam kecuali dirangsang.
• Ada harga dan maruah diri.
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
• Sangat menjaga hati orang lain.
• Sangat peramah.
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
• Berjiwa sentimental.
• Jarang berdendam.
• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
• Tidak suka benda remeh-temeh.
• Membimbing cara fizikal dan mental.
• Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
• Layanan yg serupa dgn semua orang
• Tinggi daya simpati
• Pemerhatian yg tajam
• Suka menilai org lain dgn pemerhatian
• Mudah dan rajin belajar
• Suka muhasabah diri
• Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
• Suka mendiamkan diri
• Suka duduk dirumah
• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
• Tak agresif kecuali terpaksa
• Mudah gemuk kalau tak kawal diet
• Minta disayangi
• Mudah terluka hati tapi lambat pulih
• Terlalu mengambil berat
• Rajin dalam membuat kerja
• Suka berlawak
• Mudah tertawan kepadanya
• Sopan santun dan caring terhadap org lain
• Berani dan tidak tahu takut
• Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
• Pandai pujuk org lain
• Terlalu pemurah & bersikap EGO
• Nilai harga diri yg sangat tinggi
• Dahagakan pujian
• Semangat juang yg luar biasa
• Cepat marah & mudah mengamuk
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan
• Sangat cemburu
• Daya pemerhatian yg tajam & teliti
• Cepat berfikir
• Fikiran yg berdikari
• Suka memimpin & dipimpin
• Sifat suka berangan
• Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
• Cepat apabila ditimpa penyakit
• Belajar utk relax
• Sikap kelam kabut
• Romantik ,pengasih,penyayang
• Suka mencari kawan
• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
• Sangat cermat, teliti & teratur.
• Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik.
• Pendiam tapi pandai bercakap.
• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
• Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur.
• Kerja yg dilakukan sangat sempurna.
• Sangat sensitif yg tidak diketahui.
• Org yg banyak berfikir.
• Daya pentaakulan yg baik.
• Otak bijak & mudah belajar.
• Suka mencari maklumat.
• Kawal diri dari terlalu mengkritik.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia.
• Suka sukan,hiburan & melancong.
• Kurang menunjukkan perasaannya.
• Terluka hatinya sangat lama disimpan.
• Terlalu memilih pasangan.
• Sukakan benda yg luas.
• Bersistematik
Kubur Untuk Kucing
“Akak, kat sini black out..saya cuba nak tidur tapi saya teringatkan anak kucing tu..”
“ akak pun sama tak boleh tidur…kita nak kena tanam ke anak kucing tu”
“ Macam mana nak tanam…saya kat sini, akak kat sana..”
“ akak mintak tolong kawan akak la..mesti diorang berani nak ambil..” tapi malangnya penantian sampai ke 12 mlm..dan akhirnya hujan turun menandakan kami terpaksa batalkan niat kami…longkang tu akan penuh dengan air dan kalau tunggu besok sekali pun, anak kucing tu akan busuk..
Kami dihantui rasa bersalah…
Masa kami sampai situ..anak kucing tu dah pun ada kat situ…kira-kira 15 m dari kami..
Bulunya warna oren, comel…tapi masa tu dia nampak sangat takut…sebab kiri dan kanan dia cuma ada kereta yang sedang bergerak…dia kat tengah jalan…dia nampak takut sangat…
Masa tu kami nak lintas jalan…jalan raya agak sesak sebab ada pasar malam.. nasib baik , sebab kereta semua ‘slow’ je..kami cuma tengok dari jauh sambil beri isyarat pada kereta yang lalu kat situ… ada yang perasan tapi diorang terus jalan…Anak kucing tu ’still’ selamat sebab dia berada di bawah kereta…dia cuba selamatkan diri..dia begerak ke kiri, ke kanan tapi dia tak berjaya ke seberang… org rasa mungkin sebab dia kecil lagi..macam budak kecil yang nak melintas jalan…
Org ajak fizah ke sana…anak kucing tu perlu dibantu…kami lari..tapi cuma berlari anak…nampaknya kami tak bersungguh…tapi nyawa anak kucing tu masih panjang…dia masih hidup masa kami tiba kat situ…kira-kira 1m dari dia…Alhamdulillah kami sampai…
Masa kami tiba, kereta, lori, motor masih banyak…org angkat tangan pada lori yang lalu waktu tu..masa tu mata org masih kat anak kucing tu…
Tiba-tiba, org nampak kepala anak kucing tu betul-betul dah berada bawah tayar kiri lori tu…orang menjerit..masa tu fizah tak nampak..Fizah ‘still’ mencari anak kucing tu…dan org pula berharap yang kucing tu tak apa-apa..seperti sponge yang di tekan..kepala dia akan ok…
tapi semua tu tak…
Anak kucing tu menggelupur…macam ayam kena sembelih…Org dah tak sanggup tengok…
Masa tu ada sorang lelaki berhentikan motor..dia tahan kereta & angkat anak kucing yang tengah menggelupur tu ke tepi jalan…fizah tanya org “akak nampak tak mata anak kucing tu dah nak terkeluar”…masa tu org rasa macam nak nangis…org tak pandang pun..
Kucing tu masih menggelupur dan hampir masuk ke longkang…Fizah mintak lelaki tu letak kan dalam longkang sebab anak kucing tu tetap akan mati…Rumput-rumput dalam longkang tu nampak bergerak-gerak masa kami tinggalkan tempat tu..
Masa fizah tanya orang salah kita ke akak…org rasa besalah sangat..org tau fizah pun sama..masa tu org nangis…nangis bukan sebab anak kucing tu mati, tapi sebab kami tak bersungguh pun nak selamatkan anak kucing tu…
Bila Hati Gelisah…
Ya Allah…
Engkau Zat yang menghukumi antara hamba-hambaMu tentang apa yang diperselisihkan mereka..
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana lagi Mulia
Maha Suci , Pemilik Langit yang tujuh dan Pemilik Arasy yang agung..
Segala Puji bagi Allah pemilik sekalian alam..
Ya Allah..
Zat yang membuka dukacita dan menghilangkan kesusahan..
Zat yang menerima doa-doa orang-orang yang teraniaya apabila berdoa
Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang di dunia dan di akhirat..
Rahmatilah ku dengan memenuhi keperluanku ini dan keselamatanku melalui rahmatMU
yang mencukupiku dari yang selain Engkau
Ya Allah..
Sesungguhnya aku adalah hambaMu..anak kepada hambaMu..anak kepada hamba perempuanMu
Ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMU terhadapku
Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMU
atau Engkau turunkan di dalam kitabMU…atau Engkau telah ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMU…
Jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku…
Sesungguhnya..Kasih dan SayangMu tidak terbatas ke atas hamba-hambaMu
Dan sesungguhnya aku menyakini bahawasanya perancanganMu adalah yang terbaik untuk diriku…