We’re Really Sorry..nenek
Bismillahrrahmanirrahim..
Alhamdulillah..setitis nikmat yg Allah kurniakan di hari-hari yang lalu..& hari-hari yang mendatang..
Alhamdulilah..bangun dgn rasa sdikit ok setelah melalui hari yang agak sukar semalam…yg mengajar diri lebih bijak dalam tindakan…lbih pantas pmikiran…
lemah kaki melihat nenek tua itu melambung dan jatuh lbh 10m dr tmpat dia dilanggar…kami cuma mampu menjerit & akhirnya menangis…mukanya penuh darah membuatkan kami terpikir..ada lagikah sisa hidup dia di dunia ni…
masakan tidak goyah lutut melihat..apatah lagi orang terakhir yang dia becakap adalah kami…dan muka terakhir dia tengok adalah muka saya..bila mana dia mengetuk tingkap kereta betul2 di tmpat sy…seperti bertanyakan jln tapi kami langsung tak paham…mungkin kerana dia berbangsa cina & juga sgt tua..perkataan dia tak berbutir..lastly sy cuma menjawab ‘tak’ dan Ama menjawab ‘tak pergi sana’..
untuk apa orang tua sebegitu dibiarkan naik bus pd waktu mlm sorang diri dan turun bukan pada tmpatnya..maybe dia orang tua yang sudahpun nyanyuk…keluar dari rumah & tak jumpa jalan balik…
bila dia mennggalkan kereta kami..kami sangkakan dia berjln terus…tak sangka dia melintas..sana bukan jln kampung..kereta banyak & laju..penang x jauh beza dgn Kl…Ama panggil nenek tapi dah terlambat..dia terus lintas & kami harapkan dia lepas…& kerana ada kereta yg hon…& juga kerana dia berhenti berpaling…semuanya dalam sekelip mata..
kalaulah kami hantar dia..at least maybe ke balai polis
kalaulah kami at least halang dia dr melintas…
kalaulah…kami tak tinggalkan tmpat 2 selepas dia dilanggar…
kalaulah…
–nothing will change with word ‘kalau…’ it already happen…sm seperti apa yang jd pd seekor anak kucing mac lps (post 15 Mac-kubur Untuk Kucing)…cuma kali ni…Allah berikan yang lebih hebat kesannya..tapi sejauh mn sy akan berpegang pd pengajaran kali ni…