Bila PJJ itu menjadi biasa
” Sayang…baju abg yg syg dah iron syg letak kat mana ye? “
” Allahuakbar….syg, saya minta maaf sangat..lupa sangat2 nak iron…”
Saya dah jadi jiwa kacau..macam mana saya boleh lupa nak sediakan baju2 suami sebelum saya balik semula ke shah alam ni.. tak henti2 saya minta maaf tapi hati saya masih tak tenang…
Suami tak marah, tapi walaupun dia paham yang hujung minggu ni agak kelam kabut sebab kami semua bercuti di Pangkor selama 3 hari. Bila dah balik semula ke ipoh saya cuma sempat cuci baju & kemas bilik je…pas tu dah kalut untuk balik shah alam..saya rasa sangat bersalah..xtau mcm mn nak luahkan..
Ralat sangat rasa…kadang2 terfikir juga bila la dapat spend averyday dgn husband macam orang lain…sediakan sarapan, sambut dia balik kerja, dinner together..saya sangat rasa bersalah pada suami walaupun saya tahu dia cuba berlapang dada…memang sms & call jadi penghubung tapi mana kan sama dengan keberadaan orang yang kita sayang kat sisi…
Orang lain lebih hebat ujiannya…
Saya tau apalah sangat yang saya alami berbanding pasangan lain.. saya cuma baru bergelar isteri 2 bulan 20 hari.. orang lain sudah bertahun2 berPJJ.. saya ingat lagi teman saya di USM, sudah berPJJ selama 10 tahun…
Allahuakbar…dia sangat tabah…saya cuma berharap saya takkan diuji hingga ke tahap itu…
sekarang doa menjadi penguat diri…semoga Allah sabarkan, kuatkan dan tabahkan hati kami…amin..
Posted on February 9, 2012, in hidup.., IkaTan HaTie, Uncategorized and tagged perkahwinan, Perkahwinan jarak jauh, PJJ. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Comment
Comments (0)