BuLaN HaTi


Bila Hati Gelisah…

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on March 12, 2009

Ya Allah…

Engkau Zat yang menghukumi  antara hamba-hambaMu tentang apa yang diperselisihkan mereka..

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana lagi Mulia

Maha Suci , Pemilik Langit yang tujuh dan Pemilik Arasy yang agung..

Segala Puji bagi Allah pemilik sekalian alam..

Ya Allah..

Zat yang membuka dukacita dan menghilangkan kesusahan..

Zat yang menerima doa-doa orang-orang yang teraniaya apabila berdoa

Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang di dunia dan di akhirat..

Rahmatilah ku dengan memenuhi keperluanku ini dan keselamatanku melalui rahmatMU

yang mencukupiku dari yang selain Engkau

Ya Allah..

Sesungguhnya aku adalah hambaMu..anak kepada hambaMu..anak kepada hamba perempuanMu

Ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMU terhadapku

Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMU

atau Engkau turunkan di dalam kitabMU…atau Engkau telah ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMU…

Jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku…

Sesungguhnya..Kasih dan SayangMu tidak terbatas ke atas hamba-hambaMu

Dan sesungguhnya aku menyakini bahawasanya perancanganMu adalah yang terbaik untuk diriku…


Pesan Imam Ghazali

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on February 17, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari

perkahwinannya..

Anakku!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,

Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu;

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,

Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya

Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.

Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,

Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah…

Peliharalah hidung, telinga dan matanya

Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,

Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,

Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu

melainkan yang cantik, belaka.

Bingkai Kehidupan

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on February 11, 2009

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Pesanan Syed Qutb…

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on February 2, 2009

 

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yg hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann
mendapatkan KEKASIH yg sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar


**pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966….al fatihah

Dakwah??

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on January 19, 2009

Macam-macam perasaan yang datang bila menatap paper utusan pg tadi…mual, jengkel, marah & semuanya.. terasa yang nama ‘ISLAM’ kini diibarat sebagai satu sumber ekonomi sedangkan sejauh mana kita menyumbang kepada Islam itu sendiri belum tentu ada…bahkan adakala lebih memburukkan.. Begitulah yang di fikirkan sambil anak mata merayap ke setiap baris artikel ini …

………………………………………..(petikan artikel utusan malaysia 19/1/09)

hi_021Anu Dalam Botol, filem terbaru terbitan Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd. milik produser Raja Azmi Raja Sulaiman dijangka memulakan penggambaran pada tahun ini. Bagaimanapun sehingga hari ini Raja Azmi masih tercari-cari pelakon yang akan membintangi filem tersebut selepas Aaron Aziz menarik diri kerana tidak mendapat kebenaran L’Oreal, syarikat kecantikan yang melantik beliau sebagai duta produk itu.

Bagaimanapun Raja Azmi mempunyai beberapa senarai pelakon untuk ditawarkan membintangi filem tersebut dengan syarat mereka perlulah sanggup melakukan adegan panas.

Kata Raja Azmi, filem yang berkisar mengenai kehidupan cinta sejenis pasangan lelaki itu memestikan pelakon lelaki melakukan adegan berlaga hidung, bercium mulut, meraba serta beberapa aksi separuh bogel di ranjang.

“Saya mahu paparkan adegan itu untuk ditatap kepada umum,” kata beliau yang mahu dipanggil Kak Mi.

Ditanya adakah beliau mahu mencari kontroversi kerana memaparkan adegan yang mungkin akan mendapat bantahan ramai, ujarnya ia merupakan salah satu cara beliau berdakwah.

Malah beliau berani memaparkan sesuatu yang dinamakan kebenaran kerana filem tersebut perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk mendidik orang ramai agar tidak terjebak di dalam kancah tersebut. Raja Azmi tolonglah jawab!

Mungkin ada yang masih belum tahu cerita Anu Dalam Botol. Boleh Kak Mi cerita sikit sinopsis filem ini?

Filem ni berkisar percintaan sejenis lelaki dengan lelaki. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang normal sanggup mengubah keadaan fizikalnya menjadi perempuan kerana mengharapkan cinta pasangannya. Tapi selepas membuat pembedahan membuang “anu” (kemaluan lelaki) dia ditinggalkan kekasihnya. Apabila dia bertaubat dan menjalani kehidupan normal, dia tak boleh berkahwin kerana anu dia sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah kekesalan apabila dia sekadar mampu melihat anunya itu yang disimpan di dalam botol.

Dari mana dapat cerita ini?

Ia sebuah kisah benar kehidupan kaum maknyah yang buat pembedahan. Saya dapat cerita ini masa saya tengah makan dengan seorang pengurus produksi, Sutex. Dia ceritalah macam mana kawan dia yang buat pembedahan sekarang ni derita sebab dah tak ada anu. Maknyah tu kesal kena tinggal dengan pasangan sejenis dia. Bila dia dah berubah, perempuan pula tak nak dekat dia sebab dia dah tak ada anu. Takkan nak kahwin? Dari situlah saya terfikir lebih baik cerita ini difilemkan.

Barisan pelakon macam mana pula? Siapa yang dah setuju?

Mula-mula Aaron Aziz dah setuju tapi akhirnya L’Oreal tak bagi dia berlakon. Alasannya filem ini tak ada moral sebab ceritanya. Pada saya, bukan soal moral tetapi sebagai pelakon, dia orang perlu dibolehkan berlakon. Tak kiralah watak macam mana sekali pun.

Mungkin ada benarnya kerana filem “panas” selalunya dikatakan tidak bermoral.

Sebelum buat filem ni saya dengar cerita yang disampaikan itu dengan linangan air mata. Filem ini sebenarnya membentuk moral yang tinggi. Selama ini kita menghentam kaum maknyah, pengkid tetapi kita tak berusaha nak mengubah hidup mereka. Malah di sekolah pun kita masih malu-malu nak bercerita tentang seks. Bila golongan ini dah membesar, mereka kecelaruan identiti dan jadilah maknyah ataupun lesbian. Bila keadaan parah, kita hukum pula mereka, ini tak boleh, itu tak boleh. Sepatutnya dari awal. Jadi filem Anu Dalam Botol ini adalah satu dakwah saya kepada masyarakat. Saya menepis sesiapa kata filem ini tak ada moral.

Dakwah? Macam mana pula ya?

Yalah, kita menyampaikan mesej bahawa cinta sejenis adalah salah. Dilarang dalam Islam. Saya nak tunjukkan bagaimana kesalnya seseorang lelaki itu apabila dia membuang kemaluan dia. Benda tu salah. Saya tak mahu lebih ramai “lelaki” yang sanggup buang anu mereka. Saya nak tonjolkan penyesalan supaya mereka yang ada cita-cita nak buat benda tak baik itu akan berfikir dua kali tindakan tersebut. Itulah dakwah saya tetapi melalui filem.

Ada adegan panas katanya dalam filem ini. Boleh saya tahu adegan- adegan itu?

Saya akan tonjolkan adegan di mana lelaki dengan lelaki itu berasmara di atas katil. Kita akan dapat lihat bagaimana pasangan itu membelai sesama mereka. Ada juga adegan cium mulut dan laga-laga hidung.

Orang kata, aksi panas tak semestinya kita pamerkan adegan itu. Memadai dengan cara lain bagi mengatakan sesuatu yang panas itu sedang berlaku. Apa komen Kak Mi?

Saya setuju pendapat itu tapi menerusi filem Anu Dalam Botol, ia perlu. Orang mesti lihat macam mana pasangan itu berasmara. Kalau tidak mereka tak akan faham. Saya juga akan tonjolkan seseorang perempuan itu meraba pasangan lelakinya tetapi selepas diraba dia dapati pasangannya itu tak ada anu. Terus dia orang berpisah. Kekesalan si lelaki akan wujud ketika adegan itu.

Filem ini seperti mahu menjadikan seks seperti tema utamanya? Boleh komen sikit?

Saya tak nafikan seks dalam filem ini tak boleh lari. Ini kenyataan. Tapi cara penyampaian yang perlu saya tekankan iaitu lebih berbudi bahasa. Cinta yang akan dipaparkan dalam filem ini mengenai perasaan dua insan yang tidak berbelah bagi tetapi akhirnya memudaratkan mereka.

Kenapa kisah cinta seperti ini menjadi fokus utama? Tidak kepada cinta lain?

Ramai orang pandang hina golongan maknyah. Malah sesetengah daripada kita bila ternampak golongan ini akan jadi geli. Tapi tidak siapa pun hairan kenapa mereka boleh jadi macam tu? Sebab itu saya mahu paparkan kisah cinta ini yang orang cuba nafikan tetapi ia memang berlaku. Bukan untuk berseronok tetapi untuk orang menilai kesannya. Itu tujuan saya.

Nanti orang akan kata Raja Azmi sengaja nak cari kontroversi. Yalah, filem-filem Raja Azmi sebelum ini pun banyak kontroversi juga.

Persoalannya buruk sangatkah kontroversi itu? Pada saya kontroversi tak semestinya buruk. Kalau ia kontroversi yang baik, apa salahnya. Sebelum ni saya ada juga buat drama kisah-kisah agama tapi kenapa ia tak jadi kontroversi? Tapi pada saya kontroversi itu pun penting juga. Kalau tak ada kontroversi, susah la nak tarik orang ke panggung.

Tak takut nanti kena gam dengan LPF (Lembaga Penapisan Filem)?

Kalau filem ini kena gam, saya rasa mereka yang buat demikian sebagai zalim kerana menghalang saya menceritakan kisah sebenar yang berlaku pada hari ini. Jangan pandang filem ini secara luaran tetapi dakwah yang hendak saya sampaikan. Sebelum buat filem ni saya dah rujuk kitab-kitab tertentu dan tafsir al-Quran.

Apa harapan Kak Mi terhadap filem ini?

Saya harap ia dapat kutipan box-office. Masa saya terbitkan filem Haru-Biru sebelum ni, saya hampir-hampir nak putus asa. Saya kata kalau filem saya tu tak ada sambutan juga, saya nak berhenti terus buat filem. Tapi syukurlah filem tu balik modal. Dari situlah saya dapat kekuatan nak terbitkan filem ini. Saya harap Anu Dalam Botol akan dapat sambutan.

………………………………………………………

Dakwah ke? Boleh ke buat aksi mcm 2 untuk tujuan dakwah ? malangnya cara ini tidak mungkin sama skali akan menghalalkan matlamat itu..

manakan mungkin kita perlu melakukan zina untuk memberitahu dunia zina itu haram, salah…  atau contoh yang lebih baik…perlu ke kita minum racun untuk beritahu pada semua bahawasanya racun itu mudharat sehingga ke maut?

Betapa peliknya dunia…kalau hebiburrahman blh berdakwah dengan ayat2 cintanya dengan penuh tertib mengikut syarak tetapi kita disini tanpa segan silunya ‘berdakwah’ dengan melanggar syarak…

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan). Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi.”

(surah an naml:4&5)

Sedikit Inspirasi Untuk Boycotter

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on January 19, 2009

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

p/s: sy x pasti sumber ni dari Saiful Islam @ tidak…x smpt nk cek

Ketika Cinta

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on January 2, 2009

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Salah Menduga

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on December 26, 2008

salah_menduga1

Sani vs Husni

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on December 20, 2008

 

Sedang bersantai-santai mambaca ‘paper’ terpandang satu artikel yang memang menarik iaitu Sani Salleh (bekas ahli kumpulan impression) bersama kereta terbarunya F360 Modena berwarna merah garang….Apa yang menarik? Menarik kerana membaca artikel ini membuatkan saya terfikirkan seseorang…siapa?

Sani vs Husni

Siapa sani Salleh yang ingin saya sebutkan ini mungkin ramai yang mengenalinya apatah lagi dengan pembelian kereta terbarunya ini…bagi saya Sani merupakan anak muda yang hebat kerana pada usia yang begitu muda beliau berupaya memiliki syarikat bas ekspress nya sendiri iaitu  Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Bukan mudah kerana sebelum itu pun dia sudah banyak menempuh kegagalan.

F 360 Modena ini telah di beli dengan deposit sebanyak setengah juta iaitu RM 500 000.00 manakala nilai sebenarnya adalah sebanyak RM 1.2 juta. Dengan bulanan sebanyak RM 14 000.00 sani akan dapat memiliki sepenuhnya kereta ini dalam tempoh kurang 5 tahun..dan melihat bayaran bulananya sahaja membuatkita terfikir berapa income nya dalam sebulan.. belum lagi di sebutnya minyaknya yang RM 200 cuma mapu bertahan 2-3 hari..ini baru memikirkan insan yang bernama Sani, belum lagi artis-artis lain seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lebih hebat golongan-golongan VVIP yang lain.

Mengimbau kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah kereta berjenama terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam dia bermimpi tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang stereng Ferarri membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi. Apabila terbangun daripada lena, beliau terus membuat keputusan mengunjungi premis jualan kereta itu di Kuala Lumpur pada sebelah paginya. ini kisah mimpi menjadi kenyataan…bagaimana pula dengan kenyataan hidup umpama mimpi ngeri yang tidak tahu bila akan terjaga?

Siapa pula adik Husni?

Ada beberapa orang rakan yang singgah bersolat di masjid di satu pekan (antara pertemuan tiga negeri iaitu Kedah, Penang dan Perak)  beberapa hari yang lalu dan di sana mereka bertemu dengan satu keluarga yang cukup menyedihkan. Kanak-kanak ini bersama keluarganya  telah berjalan kaki sejauh hampir 60km dan  akan terus berjalan sehingga mereka punya tempat untuk tinggal.  Perjalanan ini pastinya bukan mudah dan lebih berat bagi ibu bapa kepada 12 beradik ini. dan ditambah pula si bapa mengidap penyakit yang serius.  Di lihat dari tubuh mereka, seolah-olah Malaysia sedang mengalami krisis makanan yang hebat.

Sesungguhnya Allah menguji dan menjanjikan balasan kepada hambanya yang redha dengan ujian Nya.

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Daripada bibir anak kecil ini, mereka cuma tidur di bawah jambatan dan berhenti berehat di masjid-masjid dan makan apabila ada yang bersimpati..Mungkin ramai yang tertanya kenapa masih wujud keadaan seperti mereka di bumi Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka… dan dari bibir anak kecil ini jugalah di kisahkan hidup mereka..
 

 

 

 

Pengislaman mereka sekeluarga telah menaikkan kemarahan masyarakat di tempat mereka sehinggakan rumah mereka dibakar. Melihat nyawa terancam keluarga ini melarikan diri dan tidak tahu arah tujuan.  Malang nasib mereka kerana Umat Islam dan masyarakat sekeliling mereka tidak menyedari dan yang melihat hanya mampu mengatakan kasihan…dan kerana desakan sekeliling ini jugalah salah seorang abang kepada anak kecil ini telah kembali kepada agama asal mereka.

ini bukan kisah dongengan atau novel atau yang sudah berlaku kurun yang lalu…tetapi ia berlaku sangat hampir..dalam tempoh 2-3 langkah yang baru kita tinggalkan..

Saya berbaik sangka yang bahawasanya mereka (yang Allah kurniakan kemewahan) di  Malaysia kurang menyedari kewujudan insan ‘kurang bernasib baik’ seperti adik Husni sehinggakan tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan bantuan..tetapi  sedihnya bagi ‘insan tidak bernasib baik’ seperti adik Husni…Dia  menyedari betapa ramai orang kaya di luar sana tetapi kenapa terlalu susah untuk dia mendapat pertolongan…

Adilkah KiTA?

neraca

Kita tinggalkan Sani yang menempa kejayaan dan hasil titik peluhnya..lihat pula pada tanggal 20 Disember 2008..tarikh yang  sangat di nantikan sesetengah pihak di mana ia hari bagi ‘yang kaya,di kayakan lagi’..Perkahwinan gilang gemilang yang penuh dengan sponsor…di tarikh ini ramai yang ingin melihat sumbangan mereka dilihat berjuta-juta rakyat malaysia..ini cuma satu kisah dari beribu kisah lain yang hebat..saya sebutkan kerana kebetulan pada hari artikel ini di tulis

Bukan dengki atau cemburu tetapi terus terangnya saya begitu tidak berpuas hati dengan keagungan yang terlalu kita berikan kepada dunia glamour ini.. seolah-olah kita di Malaysia sudah tidak ada perkara yang lebih penting untuk di buat…di saat insan lain mungkin cuma memakan siput babi…mungkin antara kita sedang makan siput lala yang sepinggan mencecah puluhan ringgit… disaat insan lain berjalan kaki meredah hujan panas mempertahankan agama, ada insan lain yang di sponsor kereta sebiji dua…

hebatnya dunia…

bergembiralah dengan setiap titis air mata yang kita lihat tetapi kita tidak nampak

Jaga Lidah Elak Neraka

Posted in Uncategorized by 8ulan4ati on December 17, 2008

BAGAIMANA caranya untuk masuk ke syurga? Muadz bin Jabal pernah mengemukakan soalan ini kepada Rasulullah, dan baginda menjawabnya dengan panjang lebar berhubung penilaian penting dan panduan bagi umat Islam untuk menempatkan diri di syurga dan menjauhi daripada dicampakkan ke neraka.

Daripada Muadz bin Jabal RA berkata, “Ya Rasulullah, khabarkan padaku dengan amal yang memasukkan aku ke syurga dan menjauhi aku dari neraka.”


Baginda bersabda, “Sesungguhnya engkau bertanya perkara yang besar dan sesungguhnya amatlah mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah iaitu engkau menyembah Allah, tiada engkau menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan engkau dirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda, “Tidakkah (engkau suka) aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.”

Seterusnya, Nabi membacakan ayat bermaksud: “Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan.

“Maka tidak ada jiwa yang mengetahui apa yang disembunyikan bagi mereka dari (benda-benda) penetap mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka kerjakan.”

Selepas itu, Rasulullah bersabda lagi: “(Adakah engkau suka) aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang-tiangnya dan puncaknya?”

Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Sabda Baginda, “Kepala pekerjaan ialah Islam dan tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.”

Kemudian Baginda bersabda lagi, “Adakah (engkau suka) aku khabarkan pada engkau penguasa bagi yang demikian semuanya?” Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Lalu Baginda memegang lidahnya lalu seterusnya berkata, “Cegahlah ini.”

Kataku, “Ya Nabi Allah, dan sesungguhnya kami akan diseksa kerana kami berkata-kata dengannya (lidah)?” Sabda Baginda, “Ibu engkau kehilangan engkau. Dan, tidak ditelungkupkan manusia ke atas muka mereka — atau Baginda bersabda — ke atas hidung mereka ke dalam api negara melainkan kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.” (hadis Hassan Sahih)

Dan kerana kekuasaan lidah ini juga, Rasulullah SAW pernah bersabda

“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah (SWT) kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)

(Sebahagian besar artikel ini di petik dari Harian Metro bertarikh 17 Dec 08 dan telah)

« Previous PageNext Page »