Bila BuDak SaInS beRcInTa
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
perolakan.
rintangan?
rintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10′23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian……..
