Bila BuDak SaInS beRcInTa

Bile budak sains bercintan………

 Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
 isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
 Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

 Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
 aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

 Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
 kesetiaan yg kuberikan.

 Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

 Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
 masih lagi belum sahih.


 Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
 cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
 Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’
 yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
 

 

 Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
 perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
 rintangan?
 Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
 rintangan itu.

 Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

 Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.

 Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
 balas dengannya.

 Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
 hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

 

 

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
 Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
 Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

 Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

 Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

 Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10’23.

 Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

 Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

 Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian……..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s