Baitul Muslim….Satu Permulaan

Perkahwinan....satu perjuangan

Perkahwinan....satu perjuangan

”akak…ana nak tanya kak satu soalan..tapi agak berat…”

Itu lah satu persoalan yang memakan masa hampir seminggu untuk dilontarkan…Puas saya meneka kerana katanya skop gerak kerja Islam itu besar…jadi yang ingin di tanya ini adalah salah satu cabang daripadanya…..Bila sampai satu ketika saya terfikir untuk meneka

“nak tanya akak berkaitan muslimat ke?” baru la saya menyedari, pemalu betul adik saya yang sorang ni…

dia saya kenali semasa sama2 menjalankan gerak kerja di kampus dulu….seorang yang saya hormati kerana ilmunya dan caranya menerima ujian Allah…

Apa yang saya boleh katakan sedangkan saya sendiri masih belum punya pengalaman dalam baitul muslim…tetapi tidak salah untuk memikirkan lantaran suatu hari nanti kita juga perlu bersedia untuk itu….

Persediaan untuk berjuang…

Apabila disebut persediaan…selalunya orang akan terfikirkan tentang wang yang perlu disediakan sebagai hantaran, pakaian di hari pertunangan, pernikahan dan juga persandingan… lalu, berapa orang sajakah yang terfikirkan persediaan dari segi rohaninya untuk dijadikan sebagai bekalan dalam menjadi seorang suami/isteri yang soleh/ah dan ibu bapa yang mithali?

Ramai manusia yang lupa, bahawasanya perkahwinan merupakan satu permulaan kepada sebuah perjuangan. Perjuangan dalam membentuk sebuah keluarga Islam yang bakal melahirkan mujahid dan mujahidah, penyambung kepada mata rantai perjuangan Rasulullah SAW…

Lantaran itu, apa lagi yang diperlukan dari sekeping hati selain dari iman dan pegangan?

Aku Boleh Mengubah…

Pernah salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang ustaz tentang bagaimana sekiranya dia memilih isteri yang kurang fikrah Islam dan yakin mampu mengubahnya… Jawapan yang diberikan mudah (jawapan ini saya olah dengan perkataan yang lebih mudah);

”bahawasanya kita manusia cuma mampu berdakwah sedangkan hidayah itu urusan Allah swt.. Bagaimana suatu hari nanti kamu tidak mampu mengubah dirinya…bayangkan juga gerak kerja agama kamu terbatas dek keinginan2 isteri yang tidak paham perjuangan yang kamu perjuangkan…Masih adakah ruang mengikuti usrah dan musyawarah…? mungkin tidak begitu menjadi masalah bagi kamu kerana kuasa di tangan kamu..tidak perlu keizinan untuk keluar dan sebagainya..pikirkan pula muslimat yang memilih suami yang tidak berfikrah.. boleh dinisbahkan 1 dalam 1000 isteri yang dapat membimbing suami , mengajak menuju Allah.. dan amatlah tinggi risiko bagi muslimat untuk keciciran dari bidang dakwah…Tidak kah kamu muslimin kasihan kepada mereka yang tidak berupaya ? ”

Saya tidak pernah menolak bahawa seorang muslimin juga adalah seorang insan yang bergelar lelaki, yang seperti insan lain menginginkan seorang isteri yang cantik lagi bijak…dan begitu juga bagi muslimah…. tetapi dimanakah laungan kalian bahwa kecantikan itu tidak terletak kepada paras rupa tetapi pada hati?

Apa yang saya perkatakan disini akan juga diuji Allah SWT ke atas diri saya…Saya manusia yang dhaif lagi hina hanya mampu berdoa

” Tunjukilah aku jalan yang lurus lagi benar…yang mendekatkan aku kepadaMu..yang dapat membuatku lebih kasih kepada Mu”

sahabat dan sahabiah…

Perkahwinan bukan sekadar pertemuan dua hati, tetapi permulaan kepada tarbiyah diri..

Anak bukan sekadar rezeki, tetapi anugerah yang abadi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s