Tarbiyah Rohani…?

 

Rasulullah s.a.w bersabda sebagai pesanan kepada muslim diakhir zaman:

“ wahai orang-orang Islam, bersiap-sedialah kerana urusan ini adalah serius. Bersiap-sedialah kerana saat berpindah sudah hampir. Sediakanlah bekalan kerana perjalanan amat jauh, kurangkan bebanan yang dibawa kerana dihadapan kamu terdapat beberapa halangan yang menyulitkan. Tidak akan berjaya merentasi perjalanan ini melainkan orang yang tangkas langkahnya. Wahai manusia, sesungguhnya menjelang hari kiamat akan berlaku keadaan-keadaan yang gawat dan bencana-bencana yang besar dan saat-saat yang serba payah dan sulit. Di waktu itu, golongan yang zalim berkuasa, golongan yang fasiq mempunyai kedudukan yang penting sedangkan golongan yang mengajak ke arah ma’ruf ditindas mana-mana golongan yang melarang kemungkaran ditekan. Hendaklah kalian bersiap sedia bagi menghadapi hal itu semua dengan bekalan iman. Berpegang dan berpautlah (kepada keimanan) dengan sekuat-kuatnya. Perbanyakkanlah amal soleh, paksakan diri mentaatiNya. Bersikap sabarlah kalian menghadapi bencana dan kesusahan ini nescaya kalian akan mendapat ganjaran syurga yang abadi.”

 

Dalam satu hadith yang lain Rasulullah bersabda kepada Abu Dzar Radiallahu ‘anhu dalam bentuk pertanyaan;

“Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Dzar: “Ya!” Sabda Nabi: “ Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk hari tersebut?” Jawab Abu Dzar: “ Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku.” Mendengar jawapan Abu Dzar itu, Rasulullah pun bersabda:

         Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan

        Sembahyanglah dua raka’at ditengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur.

         Tunaikan haji demi menghadapi cabaran besar yang menanti

         Hulurkanlah sedekahmu untuk si miskin

         Ungkapkanlah senantiasa kalimah yang benar

         Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur perkataan yang tercela dan buruk.

 

Keimanan bukanlah sekadar omong kosong, dan bukanlah hanya untuk meniti di bibir tanpa perlaksanaan amalan-amalan secara praktikal yang dapat membersihkan hati daripda segala karat-karat dosa. Setiap tutur kata Nabi ini mengingatkan kita tentang kesediaan kita sebagai muslim…dan terlebih utama di akhir zaman ini…

 

Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah Radiallahu ‘anhu dengan sabdanya:

“ wahai Aisyah, hendaklah engkau mengetuk pintu syurga dengan lapar”

 

Sesungguhnya suasana panas di akhirat amat hebat untuk dibandingkan dengan panas terik didunia kerana secara amnya terbukti dengan kejadian api dunia sahaja yang dicelup tujuh lautan sebelum diletakkan di bumi. Apakah ada tempat bagi kita berteduh di akhirat kelak jika hadirnya kita di sana tanpa bekalan yang cukup?

 

-rujukan dari kitab Bahtera Penyelamat. Fathi Yakan-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s