Back to Da Nature…

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…segala puji kepada Tuhan sekalian alam,yang sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya…dan tidak pernah sekali meninggalkan hamba-hambaNya..

Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan tidak mengikuti mana-mana usrah..hari ni buat pertama kalinya saya ‘berusrah’ sepanjang berubah ke tempat baru ni..Suasana baru, naqibah baru,cara baru tetapi masih lagi rukun yang sama..

Kenapa Perlu saya Kepada USRAH?

Sepanjang menjalani hidup tanpa usrah, saya akui diri saya kosong dan rasa jauh. Jauh dari sesuatu yang dulu begitu hampir. Sukar untuk diungkapkan tetapi sampai ke satu tahap saya merasakan yang saya perlu mentarbiyah diri saya kembali. Bukan sahaja melalui kuliah-kuliah umum tetapi juga melalui satu medan yang mengikat. Kalau dulu sering sahabat saya utarakan yang usrah adalah satu medan persediaan bagi diri kita menghadapi dunia luar supaya ke mana pun tercampaknya kita, kita tahu untuk berdiri dan tidak ‘tewas’.

Kini saya menyedari usrah yang saya ikuti dulu masih terlalu rapuh untuk menjadikan saya terus berdiri setelah tercampaknya diri ke sini. 3 tahun disana cumalah satu permulaan bagi hidup.

Usrah pertama….

Usrah kami cukup santai, bermula dengan sesi taaruf dan seterusnya ke pengisian. Perbincangan dua hala, ditambah pula dengan cara kak pizah yang cukup bersahaja dan yang lebih menarik usrah kami turut di ikuti oleh ‘baby’ berusia 8 bulan (comel je dok merangkah tengah2 halaqah kami). Dan bila dah dinamakan ‘baby’ unik la sikit sebab macam-macam yang dia boleh buat nak dibandingkan dengan ‘makcik-makcik’ , merengek,menangis, menjerit, ketawa (cara baby la), tarik buku, rebut pen & macam-macam lagi. Itu baru yang bongsu, ada lagi yang 2 lelaki dan 1 perempuan yang bermain diluar dan sesekali masuk memanggil nama ‘umi’ dan keluar semula. Namun, usrah kami sedikit pun tidak rasa terganggu sebaliknya banyak yang tersirat yang dapat kami pelajari selain dari perbincangan dua hala yang tersurat itu.

Apa yang tersirat?

Memerhati dan melihat, bukan setakat yang dituturkan sebagai pengisian tetapi juga setiap gerak geri sebagai ‘ilmu tambahan’. Itulah uniknya usrah.

  • Bagaimana seorang ibu beranak 4 masih sanggup menerima kami sebagai ‘tetamu kehormat’ nya di kala banyak tanggungjawab lain yang masih perlu di uruskan. Saya cukup kagum dengan muslimat yang masih mampu bergerak dalam medan dakwah even setelah berkeluarga. Bukan mudah kerana tidak semua yang membina baitul muslim mampu ketepikan kepentingan peribadi untuk Islam. Kak pizah mungkin merupakan di antara yang beribu yang berjaya. Bagaimana pula kita nanti, apakah tergolong dalam ‘1 dari 1000’ yang tidak berjaya? nauzubillah….
  • Yang tersirat di dalam usrah kami tapi di lafazkan secara tersurat oleh kak pizah.. ” sedari awal perkahwinan, jangan tinggalkan solat berjemaah samada dengan suami@anak@ mertua@ dll. kerana sekecil-kecil perkara itu memberi kesan dalam sebuah keluarga muslim.
  • Senakal mana pun anak jangan dimarahi selagi mana di dalam sebuah majlis ilmu…bukan kerana menjaga air muka tetapi itu cuma permulaan sebelum dia mengerti erti sebenar akhlak. bersabarlah sebentar kerana kesudahannya insyaAllah baik.

Terlalu banyak persedian yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari depan…InsyaAllah, perlu di set mind kita dari sekarang yang ” AKU NAK JADI SAYAP KIRI PERJUANGAN” InsyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s