Jaga Lidah Elak Neraka

BAGAIMANA caranya untuk masuk ke syurga? Muadz bin Jabal pernah mengemukakan soalan ini kepada Rasulullah, dan baginda menjawabnya dengan panjang lebar berhubung penilaian penting dan panduan bagi umat Islam untuk menempatkan diri di syurga dan menjauhi daripada dicampakkan ke neraka.

Daripada Muadz bin Jabal RA berkata, “Ya Rasulullah, khabarkan padaku dengan amal yang memasukkan aku ke syurga dan menjauhi aku dari neraka.”


Baginda bersabda, “Sesungguhnya engkau bertanya perkara yang besar dan sesungguhnya amatlah mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah iaitu engkau menyembah Allah, tiada engkau menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan engkau dirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.”

Kemudian Baginda bersabda, “Tidakkah (engkau suka) aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.”

Seterusnya, Nabi membacakan ayat bermaksud: “Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan.

“Maka tidak ada jiwa yang mengetahui apa yang disembunyikan bagi mereka dari (benda-benda) penetap mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka kerjakan.”

Selepas itu, Rasulullah bersabda lagi: “(Adakah engkau suka) aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang-tiangnya dan puncaknya?”

Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Sabda Baginda, “Kepala pekerjaan ialah Islam dan tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.”

Kemudian Baginda bersabda lagi, “Adakah (engkau suka) aku khabarkan pada engkau penguasa bagi yang demikian semuanya?” Kataku, “Baiklah, ya Rasulullah.” Lalu Baginda memegang lidahnya lalu seterusnya berkata, “Cegahlah ini.”

Kataku, “Ya Nabi Allah, dan sesungguhnya kami akan diseksa kerana kami berkata-kata dengannya (lidah)?” Sabda Baginda, “Ibu engkau kehilangan engkau. Dan, tidak ditelungkupkan manusia ke atas muka mereka — atau Baginda bersabda — ke atas hidung mereka ke dalam api negara melainkan kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.” (hadis Hassan Sahih)

Dan kerana kekuasaan lidah ini juga, Rasulullah SAW pernah bersabda

“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah (SWT) kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)

(Sebahagian besar artikel ini di petik dari Harian Metro bertarikh 17 Dec 08 dan telah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s