Kubur Untuk Kucing

Go to fullsize image

“Akak, kat sini black out..saya cuba nak tidur tapi saya teringatkan anak kucing tu..”
“ akak pun sama tak boleh tidur…kita nak kena tanam ke anak kucing tu”
“ Macam mana nak tanam…saya kat sini, akak kat sana..”
“ akak mintak tolong kawan akak la..mesti diorang berani nak ambil..” tapi malangnya penantian sampai ke 12 mlm..dan akhirnya hujan turun menandakan kami terpaksa batalkan niat kami…longkang tu akan penuh dengan air dan kalau tunggu besok sekali pun, anak kucing tu akan busuk..

Kami dihantui rasa bersalah…

Masa kami sampai  situ..anak kucing tu dah pun ada kat situ…kira-kira 15 m dari kami..
Bulunya warna oren, comel…tapi masa tu dia nampak sangat takut…sebab kiri dan kanan dia cuma ada kereta yang sedang bergerak…dia kat tengah jalan…dia nampak takut sangat…

Masa tu kami nak lintas jalan…jalan raya agak sesak sebab ada pasar malam.. nasib baik , sebab kereta semua ‘slow’ je..kami cuma tengok dari jauh sambil beri isyarat pada kereta yang lalu kat situ… ada yang perasan tapi diorang terus jalan…Anak kucing tu ‘still’ selamat sebab dia berada di bawah kereta…dia cuba selamatkan diri..dia begerak ke kiri, ke kanan tapi dia tak berjaya ke seberang… org rasa mungkin sebab dia kecil lagi..macam budak kecil yang nak melintas jalan…

Org ajak fizah ke sana…anak kucing tu perlu dibantu…kami lari..tapi cuma berlari anak…nampaknya kami tak bersungguh…tapi nyawa anak kucing tu masih panjang…dia masih hidup masa kami tiba kat situ…kira-kira 1m dari dia…Alhamdulillah kami sampai…

Masa kami tiba, kereta, lori, motor masih banyak…org angkat tangan pada lori yang lalu waktu tu..masa tu mata org masih kat anak kucing tu…
Tiba-tiba, org nampak kepala anak kucing tu betul-betul dah berada bawah tayar kiri lori tu…orang menjerit..masa tu fizah tak nampak..Fizah ‘still’ mencari anak kucing tu…dan org pula berharap yang kucing tu tak apa-apa..seperti sponge yang di tekan..kepala dia akan ok…

tapi semua tu tak…

Anak kucing tu menggelupur…macam ayam kena sembelih…Org dah tak sanggup tengok…
Masa tu ada sorang lelaki berhentikan motor..dia tahan kereta & angkat anak kucing yang tengah menggelupur tu ke tepi jalan…fizah tanya org “akak nampak tak mata anak kucing tu dah nak terkeluar”…masa tu org rasa macam nak nangis…org tak pandang pun..

Kucing tu masih menggelupur dan hampir masuk ke longkang…Fizah mintak lelaki tu letak kan dalam longkang sebab anak kucing tu tetap akan mati…Rumput-rumput dalam longkang tu nampak bergerak-gerak masa kami tinggalkan tempat tu..

Masa fizah tanya orang salah kita ke akak…org rasa besalah sangat..org tau fizah pun sama..masa tu org nangis…nangis bukan sebab anak kucing tu mati, tapi sebab kami tak bersungguh pun nak selamatkan anak kucing tu…

7 thoughts on “Kubur Untuk Kucing

  1. ‘org’ dlm kisah ni adalah my ‘besssssssst fren’…so, pengajaran dlm kisah ni….:
    1) para pemandu sekalian, selain pandang kiri,kanan & hadapan…anda kena juga pandang ke bawah…
    2) Jika situasi ini berlaku dihadapan mata anda…brsegeralah bertindak…jangan berlengah…dan
    3) Bersungguh2 lah ketika menahan kenderaan yang lalu lalang…kerana kalau setakat angkat tanagn biasa…mesti mereka fikir sbagai tonda hormat, atau mungkin juga mereka menganggap anda kawan lama @ sedara yang lama tak jumpa…mereka cuma memikirkan siapa anda sebenarnya…

  2. alhamdulillah…skrg ni ‘org’ tersebut dh semakin tenang..da ms ‘sifrulmind’ p la melawat dia…

    to mr marsolos, smpt lg tegur theme..cpt2 cr info cmne nk tuka themes🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s