“Jaga mak dengan ayah elok-elok na…”

Bismillahirrahmanirrahim…

hari sabtu lepas sempat saya menjejak kaki ke Masjid India…walaupun hujan renyai, terpaksa juga harung hanya kerana nak tunaikan permintaan kakak & sepupu yang mahukan dress yang sebiji sama dengan yang saya pakai..pelik kan? tapi itu lah family saya. kesudahannya saya terpaksa la bersesak naik komuter yang mengambil masa hampir 40 minit untuk ke sana.

Perasaan menjadi sedikit bebal bila ada lelaki-lelaki yang buat muka slumber naik coach wanita even dah ditulis dengan besarnya kat situ “ladies all time” …kalau tersilap naik tu lain la kiranya…waktu tu rasa nak je ambil gambar diorang lekat kat fb ke, blog ni ke..

ermmm…apa pun sebenarnya fokus yang nak dikongsikan dalam entry ni adalah tentang pak cik ni……:) ada sesiapa kenal??

Maaf  gambar ni kurang jelas sebab saya zoom dari jauh je.. sebenarnya pakcik ni adalah salah seorang daripada peminta sedekah di sana. cuma yang saya tertarik adalah kerana pakcik ni menulis khat Bismillahirrahmanirrahim dari arah terbalik dengan sangat cantik (maksud saya dengan menghala kan kertas ke arah kita). bermula huruf Ba sehingga Mim, saya menunggu sehingga dia habis menulis..

” Jaga mak dengan ayah elok-elok na…” pesan pakcik ni bagi kebanyakan orang yang sedekahkan wang padanya..

saya agak tersentuh dengan pesanan yang diberikan.tetiba teringat dekat mak abah kat kampung. dalam waktu yang sama, saya mula fikir yang bukan-bukan…anak-anak pakcik ni mana???

Pakcik duk kat mana..? “saja saya memulakan perbualan

” kat belakang masjid kampung baru…kat sana kalau sebut kat imam ke pasal pakcik yang duk menulis depa tau la..”

“Pakcik duk dengan keluarga ke?

tak..pakcik duk dalam 5 orang macam tu kat sana..kalau singgah sembahyang kat sana, blh la singgah…”

bila pakcik ni kata dia tinggal ramai kat sana saya agak musykil samada ada sindiket yang menempatkan diorang kat sana dan mengambil sebahagian hasil sedekah atau pun memang dia bersama kawan-kawan senasib. saya agak kurang pasti… maybe satu hari nanti kalau saya berkesempatan ke sana, mungkin boleh tahu lebih lanjut..

Saya meminta diri kerana tak mahu menganggu pakcik tersebut menulis…lagi pun ramai yang memerhati bila saya berbual dengan pakcik tu.. sewaktu saya melangkah meninggalkan pakcik tersebut, selagi lagi dia pesan…

” JAGA MAK DENGAN AYAH ELOK-ELOK NA….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s