Akhlak itu kan Ibadah

Hari ni sekali lagi saya cuma mampu merenung skrin dan berfikir.. satu komen di facebook berkaitan gelagat segelintir penyokong satu parti politik yang sering menggunakan ayat2 yang agak kasar dan adakalanya boleh dikira kurang berakhlak.. saya teringat kata-kata teman serumah saya yang membuatkan saya speechless… Apabila teguran datang dari seorang yang dianggap biasa, membuatkan saya rasa lebih malu berbanding teguran dari seseorang yang warak… walaupun teguran itu bukan untuk saya, tapi buat bebrapa teman saya yang agak lincah di facebook dan blog…saya jadi berfikir panjang..lincahnya mereka  bukannya  kerana bersosial tetapi lincahnya mereka berkata-kata.

” dasyat juga..macam-macam perkataan ada, ba*i la, bo*o la….”

Mustahil untuk perkara seperti ini untuk saya backup dengan  dengan apa pun untuk mengatakan mereka dipihak yang benar. Saya akui kadang kala apabila semangat melebihi akal, kewarasan agak goyah. Bila hati dirasuk marah, perkataan apa pun boleh keluar tak kira siapa pun. Tetapi perkara seperti inilah sepatutnya menjadi jurang perbezaan antara orang yang berjuang berlandaskan agama dan yang berjuang berdasarkan nasionalisme. Tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, saya merasakan sedih dan terkilan apabila perkara seperti ini dilakukan oleh orang yang berimej memperjuangkan Islam,  seperti tidak menyedari bahawasa kita telah memalitkan satu imej buruk pada agama kita sendiri. Meskipun cuma segelintir, mungkin juga 1 dalam 1000 yang berkelakuan sebegitu, tapi bak kata pepatah…kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harus juga kita menyedari bahawa satu perbuatan yang buruk itu boleh menutup seribu kebaikan yang telah kita lakukan…

Peringatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang sangat saya sayangi, Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil daripada iman sebenar dan tiada nilai bagi iman tanpa disertai dengan akhlak. Bersama kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..  Rasulullah telah membayangkan nilai akhlak dalam sabdanya yang bermaksud: “Sewaktu beliau ditanya “Apakah din itu?” Beliau menjawab dengan berkata “(Din itu) adalah akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi)

wallahualam….

2 thoughts on “Akhlak itu kan Ibadah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s