Kem kerohanian pelajar 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah…Tuhan sekalian alam..

Adik-adikku

Perjalanan ke Lembah Beriah di waktu malam dan dalam keadaan hujan lebat agak menyukarkan tetapi alhamdulillah kami sampai ke surau di salah sebuah taman perumahan di sana dengan selamat. Para pelajarnya tidak ramai, lebih kurang 30 orang…jauh lebih sedikit dari yang di anggarkan sebelumnya iaitu 150 orang. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana biarpun seorang pelajar yang hadir, program akan tetap kami jalan kan dengan izin Allah.

Bertemakan anak soleh, rata-rata pelajar yang hadir dalam lingkungaan 12-17 tahun dan dari sekolah yang pelbagai. Bersama dengan adik-adik yang bersekolah di kampung berbeza dengan di bandar kerana meskipun nakalnya sama tetapi berbeza🙂

Mencari Cita-Cita

Pelbagai jawapan yang kami terima bila di ajukan tentang cita-cita.  ada juga di antara  nya yang masih mencari cita-cita. Ada yang ingin menjadi ahli astronomi dan tahu apa yang diperlukan untuk kerjaya itu apabila di tanya dan tidak kurang juga yang ingin menjadi jurutera. Biar apa pun cita-cita mereka, tiada yang mustahil untuk di capai. Cuma yang agak membimbangkan bagi diri saya sendiri adalah pelajar lelaki yang kelihatannya jauh dari dunia yang sebenar. Meski pun ada yang bercita-cita dan berusaha tetapi lebih ramai yang memandang enteng akademik.  Seperti mereka akan terus berada dalam zaman kanak-kanak/remaja yang tidak akan pernah habis…Di saat ini, saya terfikir adakah akan berterusan ” anak petani terus menjadi petani, anak nelayan terus menjadi nelayan & anak pekerja kilang terus bekerja kilang?”

Melihat kepada cita-cita dunia…lebih merisaukan dengan cita-cita akhirat..  Ada di antaranya begitu jauh jurang antara solat dengan diri mereka. Yang ada di depan kami cuma lah 30 orang daripada beratus ribu kanak-kanak/remaja  seluruh Malaysia. Ini sahaja sudah mebuktikan kajian yang di lakukan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah yang hampir 80% rakyat di Malaysia tidak menunaikan solat fardhu.  3 hari bukanlah waktu yang panjang untuk membimbing mereka, tetapi kami masih mengharapkan perubahan pada diri mereka…sama seperti mengharapnya para ibu bapa ketika menghantar mereka ke kem ini.

Husni..

Dalam kerisauan melihat anak Melayu yang sememangnya Islam ini, kami bertemu satu kisah..adik Husni. Ada beberapa orang rakan yang singgah bersolat di masjid di satu bandar beberapa hari yang lalu dan di sana mereka bertemu dengan satu keluarga yang cukup menyedihkan. Kanak-kanak ini bersama keluarganya  telah berjalan kaki sejauh hampir 60km dan  akan terus berjalan sehingga mereka punya tempat untuk tinggal.  Perjalanan ini pastinya bukan mudah dan lebih berat bagi ibu bapa kepada 12 beradik ini. dan ditambah pula si bapa mengidap penyakit yang serius.  Di lihat dari tubuh mereka, seolah-olah Malaysia sedang mengalami krisis makanan yang hebat.

Sesungguhnya Allah menguji dan menjanjikan balasan kepada hambanya yang redha dengan ujian Nya. Daripada bibir anak kecil ini, mereka cuma tidur di bawah jambatan dan berhenti berehat di masjid-masjid dan makan apabila ada yang bersimpati..Mungkin ramai yang tertanya kenapa masih wujud keadaan seperti mereka di bumi Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka… dan dari bibir anak kecil ini jugalah di kisahkan hidup mereka.. Pengislaman mereka sekeluarga telah menaikkan kemarahan masyarakat di tempat mereka sehinggakan rumah mereka dibakar. Melihat nyawa terancam keluarga ini melarikan diri dan tidak tahu arah tujuan.  Malang nasib mereka kerana Umat Islam dan masyarakat sekeliling mereka tidak menyedari dan yang melihat hanya mampu mengatakan kasihan…dan kerana desakan sekeliling ini jugalah salah seorang abang kepada anak kecil ini telah kembali kepada agama asal mereka.

Bukan Mudah..

Bukan mudah untuk berubah dan merubah tapi kesemuanya atas kehendak Allah. Tidak mustahil untuk sesuatu terjadi jika Allah telah mengatakan YA. Hidayah itu hak Allah dan kita cuma mampu memohon agar Allah memberi dan kekal memberi hidayah kepada kita kerana siapalah kita tanpa petunjuk dariNya.

” Ya Allah, semoga hati-hati ini sentiasa berada dijalanMu dan dikasihiMu. ..”

p/s: post ni saya dah draft 2 tahun yang lepas dan baru hari ni saya siapkan. Agak lewat tapi tak ada salahnya kan..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s