I Luv U…

Bismillahirrahmanirrahim…

Sekarang ni rasa sangat rindu kat tok @ sesetengah orang panggil opah@ nenek dll.. bila pikir pasal tok teringat kecik2 dulu masa duduk sorang kat rumah sebab kakak pi sekolah saya merajuk sebab  takda orang nak teman saya main congkak. Last2 tok la yang main dengan saya. Masa tu tok muda lagi so dia layan la kan…😀

Bila saya dah besar sikit selalu jugak pi tidur rumah tok sebab rumah tok sebelah je dengan rumah saya. Pernah juga saya mamai.. huhu jalan masa tidur pi rumah tok. Masa tu malu tak tau nak cakap sebab sedar-sedar je dah ada kat rumah tok.. dah la ada sepupu semua kat sana. dua hari juga la saya cuti dari pi rumah tok sebab nak recover malu..😀

kadang-kadang tok cerita zaman muda-muda dulu, zaman jepun la, zaman orang putih la. Kadang-kadang cerita dongeng nenek moyang dulu.. sape pernah dengar kisah ciwi? tak tau kn?? sila pulang & tanya kat tok masing-masing hehe

Dulu masa tok kuat jalan lagi, pernah datang KL naik bas dengan tok berdua sebab nak pergi rumah mak sedara. Masa tu lebih kurang sekolah menengah kot. Yakin je bawa tok masa tu sebab mak sedara pesan turun pudu call diorang, so setakat nak turun pudu insyaallah tau kan. saya ingat lagi kalau on the way tu bas stop kat RnR mana-mana, saya suka turun. macam2 la nak buat…pi toilet la, beli keropok la, jeruk la, air la… yang risau nya tok la sebab dia takut saya tak naik bas semula @ bas tu tertinggal saya hehe. terjengah-jegah dia kat tingkap bas selagi saya tak naik..

tapi tu semua cerita lama, now tok dah tua..almost 100 years old but ingatan masih kuat. Dah tak kuat nak jalan. Sekarang kalau ke rumah tok ayat wajib yang tok selalu sebut;

” aku ni dah tua, sempat ke nak tengok adik ni kawin..”

 huhu sekarang ni saya cucu remaja last yang masih single lagi (after tolak yang tak cukup umur  :D form 3 n drjh 5) . Yang lain semua dah selamat bina masjid masing-masing. Sebenarnya ayat my grandma ni bukan untuk saya sorang. Dulu masa my sis bertunang pun, tok dok pikir sempat ke nak tengok my sis kahwin. Bila dah kahwin, tok risau pulak sempat ke nak tengok cicit. Now alhamdulillah tok sempat tengok 6/7 daripada cucu-cucunya kahwin and cicit-cicit dari setiap cucu.😀

Bila teringat semua ni buatkan I wanna go home and hug her with all my heart. But I’m worry if I can’t behave my self to not cry in front of her. Actually I got a call just now from my mom…BAD NEWS.. My grandmother was admit ward last day sebab susah nak buang air. Before this just pergi check kat klinik biasa and Dr kata batu karang. that time rasa maybe betul sebab selalunya bila buang air berdarah dan susah nak buang air, mesti disebabkan batu karang.

Last week my mom decide nak bawa tok ke General Hospital and after xray Dr cakap diorang tak nampak pun batu karang so maybe ada benda lain yang buat tok sakit. They set up another appoinment and paham-paham je la bila pergi ke hospital kerajaan, it takes about 2 weeks untuk the next appoinment. Of course la my mom dah tak boleh tunggu and at last bawa ke private Hospital. Time ni dah nak nangis bila mak cakap Dr kata tok bukan kena batu karang but barah rahim. Dr ada buat something kat tok but saya pun tak paham sangat bila my sis cerita tapi yang saya paham they need to bring my grandma to Penang General Hospital maybe next week untuk buang barah sebab tak boleh buat kat Hospital Taiping. dont know why, may be tak cukup facilities kot.

Insyaallah saya akan usaha untuk jaga tok kat hospital penang nanti. I’ve told my mom yang saya nak jaga, its ok saya cuti 3@4 hari pun.Because  saya takut untuk menyesal if something happend……

“Tok, semoga cepat sembuh…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s