Tok, Mak & Aku…

Bismillahirrahmanirrahim…

Fuhhhh…Alhamdulillah baru dapat rehat setelah mengalami kekalutan yang agak dasyat semalam. Mana taknya hari Ahad saya pi kenduri kawan kepada kawan saya kat ipoh. Pastu “gatal kaki” nk p jusco cari barang yang tak berapa nak penting lagi. Dan disebabkan tok saya akan masuk wad hari isnin so saya decide untuk balik kampung terus so that boleh la saya teman mak jaga tok. Dah la sampai rumah maghrib, saya gatal kaki lagi sekali ajak mak pi tesco konon2 nak sambung cari barang yang tak berapa penting tu & nak terus la cari baju raya kat famili. Si rusydi kalut sikit kalau nak pi tesco, almaklumla gedung mainan murah dia. Sebelum pi tesco saya dah pesan kat dia xnk beli mainan…beli barang saya. Iye2 je dia setuju tup2 sampai sana punya melilau cari mainan sampai tutup tesco. Geram juga la saya masa tu tapi tahan je…under control..huhu

Isnin pagi2 lagi dah gerak dari rumah…pukul 5 dah dok atas highway..my cousin cakap kena cepat sebab kena masuk wad pkul 9. Alhamdulillah semua setel dengan baik cuma yang tak best wad tu campur lelaki & perempuan. Huhu sangat tak privacy. Ditakdirkan pulak tok kena pakai urine bag, masuk air lagi..cirit birit pulak pagi tu, terkial-kial juga la awal-awal tu saya dengan mak nak bawa tok pi toilet..huhu dah la dia tak kuat dah nak berdiri..

Setakat jumpa dengan Dr semalam, Tok cuma kena buat 3 kali radioteraphy untuk kecikkan ketumbuhan… Mula-mula tu agak risau memandangkan nak buat terapi tu tok kena stay lbh kurang 15 minit, can not move. Nasib baik tok nak juga buat after diterangkn semua. Tapi saya paham la dia sangat takut kot sebab saya dengan mak kena tunggu kat luar, tak boleh teman dia kat dalam.

Besok petang insyaallah saya akan bergegas ke penang semula. Jenuh la mak saya nak jaga sampai seminggu tak berganti..dah la mak ada migrain.

Saya share sikit gambar tok dengan mak kat wad..hari 1st tapi muka mak dah nampak letih..

curik2 je ni amik..

curik2 je ni amik..

<a

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s