Ya Allah..Lindungilah Kami DiJalan Mu

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…segala puji bagi Allah yang masih membimbing hati kita di jalanNya.. Pagi ni saya terbaca kisah-kisah murtad yang  disharekan oleh oleh seorang teman dalam facebook. Teringat pula masa kelas Bel undergrad dulu, saya pernah memilih topik murtad untuk individual presentation. Masa tu la saya tau beberapa kisah murtad yang dah jadi kat Malaysia spt Aisyah Bukhari, Kamariah (x ingt dah nama penuh, cuma yang pasti dia lulusan Al Azhar), Natrah dll. Tapi masa present dulu, saya dapat cari gambar-gambar diorang kecuali Aisyah Bukhari. Hari ni di takdirkan saya jumpa satu artikel dr satu blog (http://grenbara.bravejournal.com) yang diambil dari Al Islam 2009 berkenaan Aisyah Bokhari..

FOKUS

Oleh:

Muhd. Ridhwan Abdul Jalil@Erwanz

Di mana Nor Aishah Bokhari?

Pulanglah sayang, kami amat merindui mu…

MASIH ingat lagi dengan kisah Aishah Bukhari yang menggemparkan masyarakat Malay­sia pada 1998. Rasanya semua orang sudah tabu bila menyebut nama Haji Bukhari dan tergambar jelas di dalam ingatan rentetan peristiwa yang ber­laku ketika itu. Setelah 21 tahun, Aishah dibawa pergi, entah ke mana tanpa khabar berita hingga ibu yang menanti penuh kerinduan menyam­but panggilan Ilahi dua tahun lalu membawa rindu dendam di jiwa.

AI-Islam ke Pontian, Johor men­cari Bukhari bukan untuk mengungkit kisah . silam tetapi untuk mendengar keluhan hati seorang ayah membilang hari mengharapkan kepulangan anak kesayangan. Inilah keluhan rindu seorang ayah…

Kalau dia pulang saya ingin peluk dan cium dia sepuas-puas­nya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan saya ketika ini selain melihat senyum manis Intan. Kemanjaannya menyebabkan saya dan isteri memanggilnya Intan. Sejak lahir nama itu lekat hingga hari ini walaupun bayangnya tidak ada lagi di depan mata tapi ingatan kepadanya tetap utuh. Masih terba­yang senda guraunya, rengekan man­janya bila meminta sesuatu. Hanya gambar Intan yang sudah lusuh men­jadi pengubat rindu.

Setiap kali mengenangkan Intan mengalir air mata ini bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Jika dulu ada emak Intan boleh juga berkong­si, kami sama-sama menangis dan bercerita tentang gelagat anak-anak semasa kecil. Walaupun tidak mampu menyembuhkan luka di dada ini tapi sekurang-kurangnya ia boleh mereda­kan perasaan. Namun sejak isteri saya meninggal dua tahun lalu hanya anak ­anak menjadi tempat berkongsi ke­rinduan.

“Intan di mana kau nak, pulanglah abah rindu sangat. Intan tahu tak emak sudah dua tahun meninggalkan kita. Intan … Intan,” setiap hari saya berbisik dan berdoa agar Intan kembali. Biarlah siapa pun dia saya tetap ayahnya dan dia adalah anak saya. Tidak ada apa yang boleh memisahkannya.

Kalaulah saya tahu di mana Intan berada sudah pasti saya datang me­ngambilnya. Bapa mana yang tidak sayangkan anak? Walaupun telah 11 tahun ‘menghilangkan’ diri, dia tetap berada di hati ini. Tengoklah ini barang permainannya saya masih simpan, bilik tidurnya masih seperti dulu, kain baju di dalam almari tidak ada siapa yang berani menyentuhnya. Semua itu masih setia menanti kepulangan Intan.

Tombol pintu bilik dipulas, di kala rindu memenuhi segenap jiwa tidak ada yang dapat memadamnya. Hanya baju baju lama Intan yang sering menjadi peneman, diusap dan dicium berkali kali. Saya tidak benarkan sesiapa pun mengusik atau mengalih barang­barang di dalam bilik Intan kerana itu saja kenangan yang tinggal untuk kami selain gambar-gambar. Perlahan-lahan tangan menyapu habuk yang hinggap di almari cermin kesukaan Intan, tem­pat dia menyisir rambutnya dan ber­bedak. Ia masih di situ sejak anaknya pergi tidak ada sesiapa pun yang berani mengalihkannya.

“Intan

di manakau nak,

pulanglah abah rindu sangat.

Intan tahu tak emak sudah

dua tahun meninggalkan kita.

Intan ……. Intan;’setiap hari saya

berbisik dan berdoa agar Intan kembali.

Biarlah siapa pun dia saya tetap ayahnya dan

dia adalah anak saya. Tidak ada apa yang boleh

memisahkannya”

Bilik Aishah Bokhari

Bilik Aishah Bokhari

Kadang-kadang tersentuh juga hati bila melihat Mohd Sabirin, adik bong­su Intan membelek belek permainan mereka sewaktu kecil. Mereka berdua memang rapat sejak kecil bersama sama bermain congkak dan Sahiba. Piano ini pula permainan kesukaannya semasa dia berumur 7 tahun.

Saya sebenarnya sudah mati akal, saya tidak tahu nak buat apa lagi, ber­macam-macam doa saya amalkan, solar hajat dan berbagai-bagai ikhtiar saya lakukan termasuklah perubatan Islam. Mungkin Allah belum lagi mahu memperkenankan doa saya atau ada hikmah di sebaliknya.

Kalau boleh saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang, mengingati ki­sah lalu tapi bagai mana mungkin? Namanya pun anak walaupun buat ­buat tidak ingat dan mulut mengatakan tidak mahu mengingatinya tetap juga teringat.

Ramadhan datang lagi, ingatan kepada Intan semakin menebal. Dua puluh satu tahun lalu pada malam 1 Ramadhan, Intan dibawa lari oleh mereka. Ketika sedang menunaikan so­lat sunat tarawih di masjid, saya diberi­tahu. Intan sudah lari. Seorang anak yang baik, taat, mendengar kata dan manja pergi meninggalkannya mengi­kut seorang lelaki asing.

Bermula daripada hari itulah Intan hilang hingga ke hari ini. Saya tidak pernah lupa pada tarikh itu, tarikh Intan dilarikan daripada saya, ayahnya. Tiada apa lagi yang mampu memberi­kan kegembiraan dan kebahagiaan buat diri ini selain anak-anak dan cucu. Di situlah tempat saya akan mengakhiri sisa-sisa hidup.

Di manakah silap, saya sebagai seorang ayah yang telah memberinya sepenuh didikan agama dan menatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana hari ini harus mempercayai apa yang telah berlaku sedangkan dia memang anak yang baik, dia tidak pernah ting­gal solat dan rajin membaca al-Quran. Di dalam soal agama dia memang tegas, pantang baginya apabila melihat adik-adik tidak sembahyang dan eng­gan mengaji. Lengkap pengetahuan agamanya tapi kenapa dia memilih untuk berpaling tadah kepada agama lain?

“Kalau Intan boleh mendengar saat ini tentu Intan masih ingat cerita semasa di ITM dulu. Ingat tidak masa itu pensyarah suruh Intan menghafal surah Yasin, al-Kahfi, as-Sajadah, al­Waqiah dan surah al-Mulk.”

Almari Baju Aishah Bokhari

Almari Baju Aishah Bokhari

Ingatan pantas berlari mengingati detik itu, saya berusaha membantunya dan saya dapatkan untuknya sebuah kaset mengaji untuk dia menyemak bacaannya ketika di asrama. Rasa bangga juga, dengan dorongan dan usaha itu Intan dapat menghafal semua surah yang diminta oleh pensyarah.

Perasaan kasih dan tanggungjawab sebagai ayah,

saya dan keluarga pergi ke pejabat peguam

di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja kamisampai Intan pun tiba bersama

teman lelakinya. Intan salam saya dan saya terus peluknya

sementara ahli keluarga yang lain menarik Intan masuk

ke dalam kereta, kami bawa dia pulang ke Johor

Setiap saat saya berdoa agar segala ilmu agama yang telah saya ajarkan dan yang pernah dipelajari di sekolah di­amalkan sepenuhnya. Sejuk dada saya setiap kali memandang wajahnya, de­ngan pekerti dan sopan santun. Kalau dari segi paras rupa, Intan memang tidak kurang cantiknya, manis dan lemah lembut. Tidak hairanlah jika dia menjadi perhatian di kalangan teman­ teman sekuliahnya.

Selepas tamat belajar dia terus dita­warkan bekerja di Citi Bank Kuala Lumpur. Baru setahun bekerja tetapi sudah tiga kali dia naik gaji dan lepas itu dia dapat sijil kepujian daripada Amerika Syarikat (AS). Saya pun hai­ran dengan perkara, itu, kalau. benar Intan bagus bekerja takkanlah dalam’ setahun pertama dia kerja sampai tiga kali naik gaji dan boleh dapat sijil kepujian.

Sehinggalah pada suatu hari saya menerima panggilan telefon darinya, “Abah, Intan dah berhenti kerja. Intan nak ikut kawan pergi Negeri Sembilan. Ini alamat baru, Intan.”

Gagang telefon terus diletak, saya terkedu, “Apa dah jadi dengan Intan ni, lain macam saja,” saya luahkan perasaan tidak senang kepada bapa, saudara dan adik-beradik Intan.

Keesokan pagi saya berpakat adik ­beradik pergi ke alamat yang Intan berikan. Sampai di tempat tersebut, saya pujuk Intan balik, tapi dia suruh saya jumpa peguamnya. Apa yang sebenarnya terjadi saya keliru, masakan untuk berjumpa anak sendiri harus melalui peguam. Dia darah daging saya, kenapa hen­dak membawanya balik ke kampung saya harus berurusan dengan peguam. “Intan, ini abah. Intan tak kenal abah lagi?” keluh saya merenung muka anak yang, kelihatan bingung.

Disebabkan perasaan kasih dan tanggungjawab sebagai ayah, saya dan keluarga pergi ke pejabat peguam di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja kami sampai Intan pun tiba bersama teman lelakinya. Intan salam saya dan saya terus peluknya sementara ahli keluar­ga, yang lain menarik Intan masuk ke dalam kereta, kami bawa dia pulang ke Johor. Di dalam perjalanan Intan hanya tunduk diam, saya tengok dia macam orang keliru, kebingungan dan serba tidak kena.

Intan hanya sempat bersama kami selama beberapa hari sahaja. Sehing­galah pada 1 Ramadhan 1989, Intan dilarikan. Selepas itu tidak ada lagi senyum manisnya dan hilang sudah rengekan manja Intan. Entah sam­pai bila saya mampu bertahan untuk menanti kepulangannya. “Intan… abah tak salahkan Intan dan abah tak marah­ Intan. abah tabu Intan telah diper­dayakan oleh mereka. Intan… abah sayangkan Intan”.

Al Islam Oktober 2009

** image di scan dari sumber asal

Artikel Di ambil dari  http://grenbara.bravejournal.com/entry/50207. Seperti juga penulis, jika Aisyah sendiri atau sesiapa sahaja yang berniat @ telah meninggalkan Islam membaca artikel ini…kembalilah ke pangkal jalan.jalan yang benar dan lurus..

Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan lurusMu..Dan kami memohon petunjuk dan hidayahMu untuk memimpin kami sepajang hayat kami..

3 thoughts on “Ya Allah..Lindungilah Kami DiJalan Mu

  1. SubhanaÁllah…Walhamdulillah..actually sy mmg follow kisah ni ketika tahun 1998 melalui kaset dr pendedahan peguam Zulkifli Nordin juga beberapa org Islam kita dimurtadkan.Peristiwa ini bnr2 mmberi keinsafan pd diri ini krn tiada kuasa & iradat kita utk menentukan,pd-Mu jualah kami bersrah,bertawakkal & tawaduq.Maka setiap slps solat hambaMu yg kerdil ini mngangkat tangan mohon tetapkanlah hati & agama addin-Mu dlm diri,keluarga & sekelian umat mukmin di bumi-Mu ya Allah . Tiadalah daya kami dgn dugaan dan ujian-Mu yang maha agung perinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s