Bertukar!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

macam pelik je bulan puasa ni buat tajuk macam ni…tengok tajuk entry kali ni macam karton sailormoon kan🙂 kalau ada yang ingat lagi la trademark sailormoon tu.. actually, baru lepas belek2 barang kat dalam almari tu & just realized yg my facial foam dah sangat kritikal nak abis. toner boleh bertahan for other 2 months maybe.. macam ni la masalah kaum hawa, mesti masuk dalam list VIT (very important things) benda2 ni semua…

ermmm, tak mampu dah kot nak beli SKII after ni, so tengah fikir2 nak tukar pakai produk apa yang sesuai dengan kemampuan diri & sesuai juga dengan kulit.. rasa nak tukar guna clinique lebih murah tapi baca kat internet tadi ramai gak yang kata tak sesuai, so rasa cuak sikit. ada juga terfikir nak guna Bio Essense sebab produk ni dari sarang burung, maybe ok kot. pe pun nak kena tanya & cek dulu sesuai ke tak kan…tapi bila la nak ada masa nak pi jenguk2 kat pasaraya tu kan.

By the way, masa dok mencari2 kat internet ni ada jumpa beberapa petua la untuk kulit ni tapi saya dah tak ingat dari link mana sebab lepas baca terus tutup je. pe pun saya still ingat la petua tu..

1. Lembapkan kulit muka

ni sesuai la untuk sesiapa yang rasa kulit muka dia agak kering, boleh la try kan sebab sangat mudah kot. just perlukan minyak zaitun je. Tiap2 pagi sapukan minyak zaitun pada muka & biarkan selama 15 minutes. After that bilas dengan air sejuk. senang kan? korang boleh la try & nanti story la menjadi ke tak. Yang kulit dah lembap tuh tak payah la kot takut muka korang kuar air macam air mata air pulak nanti huhu…

2. licinkan kulit muka

Yang ni kena rajin sikit la sebab nak kena guna putih telur. tak perlu la gelas cantik macam tu kan.. itu cuma gambar hiasan k!!. putih telur tu sapu kat muka & biar kering, pastu basuh. kena amalkan sebelum tidur 2@3 kali seminggu.. sesapa yang dok dengan family tu make sure korang mintak kebenaran mak dulu nak guna telur kat dapur tu. mana tau bulan2 puasa ni kot mak korang nak goreng masa sahur ke tak pasal2 je kan.. toksah dook cari penyakit k😀

3. hilangkan parut

petua ni saya letak sebab teringat my sis pernah practice masa muda2 dulu huhu xda pun terbaca kat internet tadi. tapi rasanya petua ni pun dah ramai orang letak kat internet. petuanya guna kulit kayu manis.. basahkan sikit kulit kayu manis tu & sagat la kat mana2. paham tak perkataan sagat? sagat = parut la lebih kurang. boleh guna lesung batu ke @ apa2 yang agak kasar la surface dia. pastu sapu kat yang parut tu. insyaallah mujarab yang nih tapi pedih wooooo….kena tahan sikit la. saya dah pernah try dulu huhu.

semua petua ni kena rajin la kan nak buat. kalau malas memang jawabnya x terkesan la kan. bagus kalau rajin amalkan sebab yang utama dah konform2 halalkan…kalau produk luar tu jenuh kaji sikit la,, pe pun dalam banyak2 petua ni da saya baca dalam 1 blog (x ingat jugak dah link pe) … dia guna produk biotherm.. produk berasaskan herba jugak ni. kalau ikutkan blogger tu lelaki, so kaum adam boleh la kot try. taktau produk untuk kaum hawa ada ke x biotherm ni. saya pun tak pernah tau… sama2 check it out k!!!

p/s: produk pe pun nak pakai..pakai la ye…cuma rajin2 la baca untuk pastikan takda benda2 yang tak sepatutnya dalam produk tu.. make sure HALAL k😀

2 thoughts on “Bertukar!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s