Apakah…: macam x kena je..

pagi-pagi kalau ada internet macam wajib je baca paper kan…selalu kosmo & metro la sebab rasa macam tak berapa berbaloi pun nak beli..so baca kat internet sudey…😀

tapi pagi ni rasa macam tak berapa kena je berita ni…saya dok fikir macam mana reporter ni boleh sambung je berita orang kena rogol dengan polis derma darah…

pelik x? ke saya je yang rasa pelik???

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tragedicintaenamhari/Article/index_html

Tragedi cinta  enam hari

Oleh Amir Abd Hamid amir@hmetro.com.my
E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel

BANTU...Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah. BANTU…Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah.

KLANG: Perkenalan yang baru berputik selama enam hari bertukar tragedi buat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dirogol teman lelakinya yang berusia 16 tahun, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa, di sini.

 Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar.

Mangsa yang baru saja berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan dari Teluk Intan, Perak sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama sejak enam hari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu hanya mengikut saja ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong.

“Suspek mengajak dan memujuk mangsa ke sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam selepas bersiar-siar. Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral bagaimanapun mangsa enggan.

“Bengang apabila ajakannya untuk melakukan seks ditolak, suspek berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa bertindak memperkosa mangsa.

“Mangsa kemudian pulang ke rumahnya bersendirian sebelum bersama keluarganya membuat laporan polis. Mangsa dirawat di hospital berikutan kejadian,” katanya.

Susulan laporan itu, Mohamad Shukor berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 13 April ini.      Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.    Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut.    Sementara itu, Mohamad Shukor yang ditemui pada Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berkata, lebih 100 anggota polis dan penduduk sekitar menderma darah, semalam.

“Program ini selaras tema ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ dan sempena Hari Polis ke-205. Ia sebagai amal jariah untuk mengisi tabung darah negara.

“Banyak lagi program kemasyarakatan akan dianjurkan untuk mendekatkan kami dengan masyarakat,”  katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s