13 weeks

alhamdulillah..sedar tak sedar dah masuk 3 bln kandungan saya..tapi buku pink tak buat lagi. kawan2 saya cakap kalau buat lambat nanti misi marah huhu…this monday la saya pi buat, bukan apa saya malas nak menunggu lama kat klinik kesihatan shah alam ni. mana taknya, sini tak ada hospital so semua orang buat kunjungan kat klinik tu..

actually saya baru lepas google pasal kalsium sebab saya rasa macam baby dah start tarik kalsium dari saya.. saya terfikir macam ni sebab saya MALAS MINUM SUSU!!!!! & saya memang ada masalah kalau baring..sebab kalau baring saya akan rasa sengal2 macam urat saya dah bersimpul2 dari bahagian bawah pinggang sampai kaki…memang susah sangat nak bangun. kadang2 kena minta tolong orang..untuk selamat memang kena tido mengiring je…

sekarang ni plan nak beli pil kalsium je la kot..risau jugak sebab ramai yang cakap kalau kalsium tak cukup silap2 si ibu boleh tak da gigi..tatottttnya…

ok!! malam ni dah kena start mimpi pil kalsium supaya esok tak lupa beli..

pil kalsium

pil kalsium

pil kalsium

….

Advertisements

My 1st Trimester…

alhamdulillah… alhamdulillah….alhamdulillah…

Kalau di ikutkan kira2 yang dibuat, minggu ni saya dah genap 3 bulan pregnant.. Sangat bersyukur dapat melaluinya tanpa masalah yang besar. Sebenarnya mula-mula dulu pregnant saya takut sangat saya morning sickness teruk… tambah lagi saya memang jarang vomit dulu2…x kira la demam ke, apa ke..saya memang jarang nk muntah…

dan memang la saya sangat bersyukur sebab yang vomit semua ni terjadi kat encik somi… memang kesian saya dengar, muntah sampai x larat nak bangun ( boleh dengar je la sebab dia kn dok jauh…dia di sana, saya disini ) tapi mujur la sekejap je…saya kat s.alam ni pulak cuma pening & sangat cepat masuk angin. Kira ok lagi la sebab saya masih boleh writing thesis..cuma bila time nk makan 2, terpaksa naek tangga 4 tingkat memang pas beli nasi selalu wajib akan collapse dulu..pas2 baru la nk selera makan tapi apa boleh buat badan dah shaking2…huhu

Saya memang dah tak diet sekarang…nasi adalah makanan wajib saya setiap hari..tapi pelik pulak sebab timbang berat kat rumah ni tak naik pun..kalau naik pun, kejap je dah turun balik…so, berat saya macam maintain je la.. selera pun dah berubah… saya memang dah tak lalu nak makan ayam..hari2 menu sama je saya beli, nasi separuh, ikan goreng/sambal, sambal belacan n wajib ada ulam.

orang kata kalau nak anak cerah kena makan sayuran hijau hari2 terutama bayam…agak2 boleh dapat anak cerah tak kalau makan ulam hari2 sebab saya x brapa nak boleh telan bayam T_T  ada hati nak anak cerah, maklumlah saya n encik somi kan colour terlebih hehe..

tapi tak pe la, gelap ke cerah asalkan sihat semua dah alhamdulillah… tak sabar nak tengok perut saya membesar… 😀

Kerana saya mahu yang terbaik…

Subhanallah, macam tak percaya apa yang saya buat pagi ni…

Saya dah mula membaca & mencari pendidikan yang diarsakan terbaik untuk anak saya suatu hari nanti…huhu belum pun jadi ibu, tapi saya dah beria kan…

semuanya bermula apabila saya terbaca post ustaz hasrizal (saiful islam) berkaitan pendidikan yang diberikan pada anak2 beliau..saya sudah mula mencari tentang pendidikan pra di montessori school, sekolah rendah islam sekitar taiping & ipoh walhal tak sure pun lagi akan menetap di mana.. saya ada survey sillibus2 sekolah yang ustaz hasrizal ni pilih iaitu sekolah khalifah model school & SRI ayesha bangi, seperti sekolah2 rendah Islam yang lain juga cuma mungkin pendekatan yang berbeza…

yang saya tahu sekarang, saya sangat teruja dan pada masa yang sama takut untuk mencorak sehelai kain putih… saya cuma berharap dan berdoa zuriat kami nanti menjadi penyejuk mata kami… yang akan membahagiakan kami dunia dan akhirat…. amin…

 

 

Bila PJJ itu menjadi biasa

” Sayang…baju abg yg syg dah iron syg letak kat mana ye? “

” Allahuakbar….syg, saya minta maaf sangat..lupa sangat2 nak iron…”

Saya dah jadi jiwa kacau..macam mana saya boleh lupa nak sediakan baju2 suami sebelum saya balik semula ke shah alam ni.. tak henti2 saya minta maaf tapi hati saya masih tak tenang…

Suami tak marah, tapi walaupun dia paham yang hujung minggu ni agak kelam kabut sebab kami semua bercuti di Pangkor selama 3 hari. Bila dah balik semula ke ipoh saya cuma sempat cuci baju & kemas bilik je…pas tu dah kalut untuk balik shah alam..saya rasa sangat bersalah..xtau mcm mn nak luahkan..

Ralat sangat rasa…kadang2 terfikir juga bila la dapat spend averyday dgn husband macam orang lain…sediakan sarapan, sambut dia balik kerja, dinner together..saya sangat rasa bersalah pada suami walaupun saya tahu dia cuba berlapang dada…memang sms & call jadi penghubung tapi mana kan sama dengan keberadaan orang yang kita sayang kat sisi…

Orang lain lebih hebat ujiannya…

Saya tau apalah sangat yang saya alami berbanding pasangan lain.. saya cuma baru bergelar isteri 2 bulan 20 hari.. orang lain sudah bertahun2 berPJJ.. saya ingat lagi teman saya di USM, sudah berPJJ selama 10 tahun…

Allahuakbar…dia sangat tabah…saya cuma berharap saya takkan diuji hingga ke tahap itu…

sekarang doa menjadi penguat diri…semoga Allah sabarkan, kuatkan dan tabahkan hati kami…amin..

 

Kata-Kata Selembut Rasa Cinta

Kata-Kata Selembut Rasa Cinta

(Sumber: iluvislam.com)

Penulis: Ust. Pahrul Mohd Juoi

Apabila Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.

Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.

“Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka ia dijauhkan dari kebaikan.” (HR. Muslim)

Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.

Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah saw telah bersabda:

“Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan cinta dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu?  Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?

Hati Telah Menjauh

Jawabnya mudah, itu semua kerana hati telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua hati sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua hati yang telah jauh itu!

Berbeza jika cinta masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua hati masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak cinta masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun cinta, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. Justeru ‘alat komunikasi’ yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi hati.

Alat Komunikasi Alam Rumah Tangga

Hati adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf 55-56)

Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w:  

“Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha Lembut- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A’fu, Al Ghafar dan lain-lain.

Komunikasi Memerlukan Mata & Hati

Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. Hati itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa.  Itulah bahasa  sejagat yang  mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.

Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti hati kita dan dia akan bertaut… Ya, sekiranya di hati kita berdua masih ada cinta.

Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya,  dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda cinta sudah terguris.

“Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!

Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).

Nada suaranya lembut kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan cinta.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Para suami dan isteri, contohilah hati Rasulullah yang penuh cinta, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa… jika kita sekadar mampu meniru ‘di hujung kuku’.

Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya:

“Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita.     

Jika tidak, hati pasangan kita akan ‘lari menjauh’ walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Qs. Ali Imran: 159)

Bahasa Menggambarkan Jiwa

Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat hati tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika hati jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.

Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri  sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa cinta. Dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri  sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!

Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:

“Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”.

Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.

Rasulullah saw telah bersabda: 

“Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya.” (HR. Muslim)

Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. Cinta adalah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.

Mengapa Cinta Itu Ajaib?

Itulah ajaibnya cinta. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati, yakni ‘raja’ dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada cinta, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. Cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga.    

Namun, apabila tidak ada cinta… segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk  berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.

Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda cinta itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa… Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu!

New Experiences are coming

Alhamdulillah… Dah lebih 2 bulan jadi isteri dan masih berusaha untuk jadi isteri & menantu yang baik.. huhu bukan mudah sebenarnya tapi nak kata susah pun tak juga…cuma kena lebih usaha…

Sekarang ni, banyak perkara adalah pengalaman baru untuk saya..maklumlah, kebiasaan di rumah sendiri selama 26 tahun ada yang berbeza bila di rumah mertua…tak susah cuma mengambil masa untuk biasakan diri… 😀 terutama sekali bab masak…

haha saya memang jarang masak…kueh memang fail la kn…tapi lauk pauk insyaallah la boleh campak2..tapi bila kat rumah mertua campak2 sy 2 dah hilang…memang sy mengaku almost 50% cara berbeza haha…

last2 yang paling mudah saya kata tak reti masak je kat mak mertua…senang semua saya tanya, nak masuk pe lagi…nak kna letak bahan pe lagi….at least boleh belajar cara mertua saya…hehe

 

Sudah Gemok kembali…

huhu sekarang kena start diet semula sebab after kawen ari 2, berat saya dah naik 2kg.. my encik suami x payah tanya la kan 5kg dia naik hehe tapi xpe, dia kurus so x nampak effect sangat…

saya yang agak kerdil ni pulak tak boleh jadi ni..bukan nak diet sangat pun cuma nak kurangkan makan je…saya tak pernah kata saya diet pun sebelum ni sebab saya memang tak diet..

makan  makan   makan dan makan….

cuma before kawen dulu saya berjaya kurangkan almost 10kg  (almost 7 month la…) kurang la sikit ketembunan pipi ni… da la jugak member2 yang tanya tips2..ermmmm camne nak cakap ek…

tips yang utama:

TAK MAKAN NASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

tapi yang lain semua saya telan dengan sedapnya huhu (roti canai pun x mkn k…)..cuma saya rasa yang paling bagi kesan adalah nasi…so petua tu je la yang saya dok bagi kat orang…ntah la..kadang2 pikir macam x bp sihat petua tu..tapi kadang2 pikir….ok je kot hehehe

tips yang 2nd:

BREAKFAST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

orang kata makan pagi macam raja, lunch macam orang sederhana & malam makan macam orang miskin…so pagi memang saya makan besar…

so start sok…boleh…boleh (mode: pujuk diri sebab saya sekarang dah ketagih nasik kerabu kat kedai Kelate piaowww) 😦