sengkuang cina…owh…sengkuang cina

sape penah makan sengkuang cina ni? rasanya lebih kurang sama je dengan sengkuang yang biasa kita makan tu… 1st time makan tadi…bukan pe, da petua yang mengatakan makan sengkuang cina b4 bersalin untuk elak baby kena kuning @ jaundis..so try je la…

sesapa yang x penah tgk sengkuang cina?? ni saya google je sbb malas sgguh nk amik gmbr skrg ni…huhu

Advertisements

Perginya lagi seorang pejuang…

Bismillahirrahmanirahim…

Di saat post ni tulis, arwah telah pun selamat dikebumikan di kampung halamannya di Johor..

Tanggal 21 Jun 2012 pada pukul 4.40 ptg..arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir…

mengenali beliau semasa di USM dulu, kami memanggil arwah dengan nama ‘FATIMAH’ …bukan ZARINA…

Sebabnya…

muka arwah sangat iras dengan teman kami di UiTM yg bernama Fatimah.. 🙂

Kini, cuma kenangan yang akan dapat menghilangkan rindu kami pada arwah…

Semoga dirimu tenang di sana…

Post yg saya trm di FB ketika arwah masih koma…

 

AL Fatihah ….

Apakah…: macam x kena je..

pagi-pagi kalau ada internet macam wajib je baca paper kan…selalu kosmo & metro la sebab rasa macam tak berapa berbaloi pun nak beli..so baca kat internet sudey… 😀

tapi pagi ni rasa macam tak berapa kena je berita ni…saya dok fikir macam mana reporter ni boleh sambung je berita orang kena rogol dengan polis derma darah…

pelik x? ke saya je yang rasa pelik???

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tragedicintaenamhari/Article/index_html

Tragedi cinta  enam hari

Oleh Amir Abd Hamid amir@hmetro.com.my
E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel

BANTU...Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah. BANTU…Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah.

KLANG: Perkenalan yang baru berputik selama enam hari bertukar tragedi buat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dirogol teman lelakinya yang berusia 16 tahun, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa, di sini.

 Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar.

Mangsa yang baru saja berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan dari Teluk Intan, Perak sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama sejak enam hari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu hanya mengikut saja ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong.

“Suspek mengajak dan memujuk mangsa ke sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam selepas bersiar-siar. Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral bagaimanapun mangsa enggan.

“Bengang apabila ajakannya untuk melakukan seks ditolak, suspek berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa bertindak memperkosa mangsa.

“Mangsa kemudian pulang ke rumahnya bersendirian sebelum bersama keluarganya membuat laporan polis. Mangsa dirawat di hospital berikutan kejadian,” katanya.

Susulan laporan itu, Mohamad Shukor berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 13 April ini.      Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.    Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut.    Sementara itu, Mohamad Shukor yang ditemui pada Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berkata, lebih 100 anggota polis dan penduduk sekitar menderma darah, semalam.

“Program ini selaras tema ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ dan sempena Hari Polis ke-205. Ia sebagai amal jariah untuk mengisi tabung darah negara.

“Banyak lagi program kemasyarakatan akan dianjurkan untuk mendekatkan kami dengan masyarakat,”  katanya.

Obat…..

ALLAHUAKBAR…

just come back from clinic…adoyai sy x suka mkn ubat sbnrnya… start mkn esok la ek… huhu

klo start mkn ptg ni dh x jd 3x sehari…kn? kn? kn? so sok je la… 😀

 

Kelantan…seindah namamu

Masyaallah…lembut btul tgk muka si Oki ni… hehe sy y perempuan pun boleh suka, kalau lelaki tengok lagi2 la kn…. suka sangat dengan puisi yang Oki tulis untuk Kelantan ni…tambah pulak da background music…huhu jom layan…

Tanah serendah sekebun bunga,

Negeri tadahan wahyu..

Cik Siti Wan Kembang, Cukup indah namamu..

Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah, Persis Jeddah..

Yang pernah ku lewati,

Taat menjunjung Al-Quran..

Teguh menggalas syariaat,

Yang tidak pernah goyah..

Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini..

Biar tidak pernah ku duga,

Bertemu dengan seorang ulamak..

Yang dicintai rakyatnya,

Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,

Terubat jua akhirnya..

Biar segolongan cintaku..

  Beruntung rakyatnya..

Menumpang teduh seorang ulamak,

Yang lembut tetapi tegas beribadah,

Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,

Pasti aku merindui lagi..

Entah kapan bisa di ubati,

Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,

Membangun Islam bersama..

Semoga kita bertemu kembali..

 

Kerana perut ku turutkan…

tika dan saat ini saya sedang menikmati ikan bilis goreng yang x berapa nak garing huhuhu

pe boleh buat, saya sgt teringin makan ikan bilis goreng…bila balik umah tgk2 gas dh abis pulak…

so….

sy goreng dlm rice cooker…not so bad kan…haha punya la lama nak tggu panas minyak

tapi penantian x sia2…

k..nk sambung mengunyap… 😀

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis

Karna kemurahan-Mu

Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu Ingin nyatakan cinta

Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu

Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim

Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Allah Rohman Allah Rahim

Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu

Semua bersujud memuji memuja asma-Mu

Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu

Dan bersujud semesta untuk-Mu

Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman

Yaa Allah Yaa Allah Yaa Allah

Ya Nurul Qolbi Yaa Allah

penyanyi: opick