Bila Annisaa tak berak,,,

ok…dah lama saya x post entry & hari ni konon2 buat come back dengan tajuk yg agak tak senonoh hehe

sekarang saya secara rasminya menjadi ibu kepada si baby yg bernama ANNISAA HUSNA BT MOHD REDZUAN….

bila dh jd ibu ni baru tau perasaan mcm mn huhu… kena kuning, risau…tak berak pun risau

last day saya bawa ANNISAA pi klinik sebab dia dah 15 hari x berak (bahasa sopan: air besar :D) bukan pe, blh je nk beli ubat kat farmasi tp x nk la ajar makan ubat kecik2 ni… memang puas hati la pi satu klinik ni…Dr tu cek perut semua & sembang bagai la pasal baby x berak ni… so, point yang sy boleh concludekn;

* kalau baby yg fully breastfeed, dont have 2 worry la kalau dia x berak…sbb susu yang dia minum maybe terus jd darah, air kencing… (kalau campur susu formula, maybe should tukar susu..susu x sesuai kot)

* salah 1 cara nak bg baby berak, boleh bagi dia minum air gula sket…bukan glukos tau..just bancuh gula biasa dgn air & bg baby minum..

* boleh letakkan sket butter @ marjerin kat beb2 bby..bg licin untuk najis senang kluar..

point yg ke 3 ni saya xbuat la, ssh kot nk cr beb2 baby, kecik sgt huhu..sy cuma buat yg no 2, bg minum air gula sket… now alhamdulillah, semalam dia dh menembak atas tok dia masa lepas mandi hehe lega rasa…

Muka Best.... :D

Muka Best…. 😀

kasih….selamanya

kasih dan sayang didunia ini hanya sementara… cari lah kasih dan sayang yang boleh membawa selamanya iaitu kasih akan allah dan rasul. sudah pasti nikmatnya tidak akan putus-putus.. ingat lah kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sekadar hanya,,diperingkat master,phd,menteri,,raja dll. yang sama waktunya.. tetapi kejayaan sebenar hidup ini adalah syurga..Allah swt.

kita hidup di dunia ini, sebab adenya akhirat.. dan ingatlah kematian bukan satu pengakhiran hidup tetapi hanya peralihan sahaja. pengakhiran hidup kita yang sebenarnya apabila kita dibangkitkan nanti bagi menentukan samaada tergolong dikalangan orang syurga atau neraka..selama-lamanya.. ya..allah jauhilah akan azab siksaan mu….sesungguhnya kami ini makhluk yang lemah. terima lah taubat kami ya allah. amin.

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi daud A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali. 

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Back to Da Nature…

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…segala puji kepada Tuhan sekalian alam,yang sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya…dan tidak pernah sekali meninggalkan hamba-hambaNya..

Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan tidak mengikuti mana-mana usrah..hari ni buat pertama kalinya saya ‘berusrah’ sepanjang berubah ke tempat baru ni..Suasana baru, naqibah baru,cara baru tetapi masih lagi rukun yang sama..

Kenapa Perlu saya Kepada USRAH?

Sepanjang menjalani hidup tanpa usrah, saya akui diri saya kosong dan rasa jauh. Jauh dari sesuatu yang dulu begitu hampir. Sukar untuk diungkapkan tetapi sampai ke satu tahap saya merasakan yang saya perlu mentarbiyah diri saya kembali. Bukan sahaja melalui kuliah-kuliah umum tetapi juga melalui satu medan yang mengikat. Kalau dulu sering sahabat saya utarakan yang usrah adalah satu medan persediaan bagi diri kita menghadapi dunia luar supaya ke mana pun tercampaknya kita, kita tahu untuk berdiri dan tidak ‘tewas’.

Kini saya menyedari usrah yang saya ikuti dulu masih terlalu rapuh untuk menjadikan saya terus berdiri setelah tercampaknya diri ke sini. 3 tahun disana cumalah satu permulaan bagi hidup.

Usrah pertama….

Usrah kami cukup santai, bermula dengan sesi taaruf dan seterusnya ke pengisian. Perbincangan dua hala, ditambah pula dengan cara kak pizah yang cukup bersahaja dan yang lebih menarik usrah kami turut di ikuti oleh ‘baby’ berusia 8 bulan (comel je dok merangkah tengah2 halaqah kami). Dan bila dah dinamakan ‘baby’ unik la sikit sebab macam-macam yang dia boleh buat nak dibandingkan dengan ‘makcik-makcik’ , merengek,menangis, menjerit, ketawa (cara baby la), tarik buku, rebut pen & macam-macam lagi. Itu baru yang bongsu, ada lagi yang 2 lelaki dan 1 perempuan yang bermain diluar dan sesekali masuk memanggil nama ‘umi’ dan keluar semula. Namun, usrah kami sedikit pun tidak rasa terganggu sebaliknya banyak yang tersirat yang dapat kami pelajari selain dari perbincangan dua hala yang tersurat itu.

Apa yang tersirat?

Memerhati dan melihat, bukan setakat yang dituturkan sebagai pengisian tetapi juga setiap gerak geri sebagai ‘ilmu tambahan’. Itulah uniknya usrah.

  • Bagaimana seorang ibu beranak 4 masih sanggup menerima kami sebagai ‘tetamu kehormat’ nya di kala banyak tanggungjawab lain yang masih perlu di uruskan. Saya cukup kagum dengan muslimat yang masih mampu bergerak dalam medan dakwah even setelah berkeluarga. Bukan mudah kerana tidak semua yang membina baitul muslim mampu ketepikan kepentingan peribadi untuk Islam. Kak pizah mungkin merupakan di antara yang beribu yang berjaya. Bagaimana pula kita nanti, apakah tergolong dalam ‘1 dari 1000’ yang tidak berjaya? nauzubillah….
  • Yang tersirat di dalam usrah kami tapi di lafazkan secara tersurat oleh kak pizah.. ” sedari awal perkahwinan, jangan tinggalkan solat berjemaah samada dengan suami@anak@ mertua@ dll. kerana sekecil-kecil perkara itu memberi kesan dalam sebuah keluarga muslim.
  • Senakal mana pun anak jangan dimarahi selagi mana di dalam sebuah majlis ilmu…bukan kerana menjaga air muka tetapi itu cuma permulaan sebelum dia mengerti erti sebenar akhlak. bersabarlah sebentar kerana kesudahannya insyaAllah baik.

Terlalu banyak persedian yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari depan…InsyaAllah, perlu di set mind kita dari sekarang yang ” AKU NAK JADI SAYAP KIRI PERJUANGAN” InsyaAllah..