Kerana saya mahu yang terbaik…

Subhanallah, macam tak percaya apa yang saya buat pagi ni…

Saya dah mula membaca & mencari pendidikan yang diarsakan terbaik untuk anak saya suatu hari nanti…huhu belum pun jadi ibu, tapi saya dah beria kan…

semuanya bermula apabila saya terbaca post ustaz hasrizal (saiful islam) berkaitan pendidikan yang diberikan pada anak2 beliau..saya sudah mula mencari tentang pendidikan pra di montessori school, sekolah rendah islam sekitar taiping & ipoh walhal tak sure pun lagi akan menetap di mana.. saya ada survey sillibus2 sekolah yang ustaz hasrizal ni pilih iaitu sekolah khalifah model school & SRI ayesha bangi, seperti sekolah2 rendah Islam yang lain juga cuma mungkin pendekatan yang berbeza…

yang saya tahu sekarang, saya sangat teruja dan pada masa yang sama takut untuk mencorak sehelai kain putih… saya cuma berharap dan berdoa zuriat kami nanti menjadi penyejuk mata kami… yang akan membahagiakan kami dunia dan akhirat…. amin…

 

 

Obat…..

ALLAHUAKBAR…

just come back from clinic…adoyai sy x suka mkn ubat sbnrnya… start mkn esok la ek… huhu

klo start mkn ptg ni dh x jd 3x sehari…kn? kn? kn? so sok je la… 😀

 

Kelantan…seindah namamu

Masyaallah…lembut btul tgk muka si Oki ni… hehe sy y perempuan pun boleh suka, kalau lelaki tengok lagi2 la kn…. suka sangat dengan puisi yang Oki tulis untuk Kelantan ni…tambah pulak da background music…huhu jom layan…

Tanah serendah sekebun bunga,

Negeri tadahan wahyu..

Cik Siti Wan Kembang, Cukup indah namamu..

Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah, Persis Jeddah..

Yang pernah ku lewati,

Taat menjunjung Al-Quran..

Teguh menggalas syariaat,

Yang tidak pernah goyah..

Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini..

Biar tidak pernah ku duga,

Bertemu dengan seorang ulamak..

Yang dicintai rakyatnya,

Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,

Terubat jua akhirnya..

Biar segolongan cintaku..

  Beruntung rakyatnya..

Menumpang teduh seorang ulamak,

Yang lembut tetapi tegas beribadah,

Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,

Pasti aku merindui lagi..

Entah kapan bisa di ubati,

Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,

Membangun Islam bersama..

Semoga kita bertemu kembali..

 

Kerana perut ku turutkan…

tika dan saat ini saya sedang menikmati ikan bilis goreng yang x berapa nak garing huhuhu

pe boleh buat, saya sgt teringin makan ikan bilis goreng…bila balik umah tgk2 gas dh abis pulak…

so….

sy goreng dlm rice cooker…not so bad kan…haha punya la lama nak tggu panas minyak

tapi penantian x sia2…

k..nk sambung mengunyap… 😀

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis

Karna kemurahan-Mu

Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu Ingin nyatakan cinta

Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu

Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim

Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Allah Rohman Allah Rahim

Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu

Semua bersujud memuji memuja asma-Mu

Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu

Dan bersujud semesta untuk-Mu

Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman

Yaa Allah Yaa Allah Yaa Allah

Ya Nurul Qolbi Yaa Allah

penyanyi: opick

mimpi kucing..maksud???

Assalamualaikum….

lama pulak rasa tak update…agak sibuk… 😀

gambar hiasan je k

kali ni tak da apa pun sebenarnya nak share cuma semalam saya mimpi kena gigit kucing…huhu.. sebenarnya saya tido before isyak, & memang agak lama la tido semalam.. mula2 saya mimpi saya ada kat satu tempat under construction (kat bhgn bawah la).. so saya nak panjat naik ke atas.. kat tempat nak panajt tu banyak kucing.. so masa nak panjat 2 ada yang saya terpijak, terpicit huhu… ada 2 ekor mati disebabkan saya.. ada jugak kucing yang bila saya pegang gigit2 tangan saya taknak lepas, sakit….

setakat tu je saya mimpi…tapi yang x blh terima dalam mimpi tu sebab tetiba masuk news yang somebody akan di sue kerana menyebabkan 2 ekor kucing mati… warghhhh cptnya saya masuk news…mula2 cari gak tafsir mimpi kena gigit kucing ni tapi maksud mimpi ni tak berapa baik la..lebih kurang kita akan dikhianati @ jadi bahan bualan orang2 yang kurang bijak…

rasa takut jugak bila tau tafsir mimpi tu tapi bila memikirkan pasal ‘news’ tu….hehehehe mainan tido semata la…

tunggu malam ni mimpi apa pulak 😀

Ia Datang Lagi…

semalam tidur ala2 baby I terganggu around 2.30 a.m.. mana taknya, tetiba terdengar bunyi orang ketuk pintu..xda la kuat tapi entah macam mana boleh tersedar…lama I renung pintu bilik I takut2 ada orang pecah masuk.. ada la 10 minit & bila tengok macam ok mata I dah start layu balik.. tetiba aiseh bunyi lagi..kali ni memang saya tak boleh tidur dah..rasa takut semacam..

huhu actually before ni rumah I dah kena ketuk 2 kali…1st time masa subuh..lebih kurang 1/2 jam pintu rumah I di ketuk tapi my frend n I masa 2 tak buka sebab ‘tetamu’ 2 xda bagi salam pape pun… bagi gila ke ape mai ketuk pagi2… I amik wuduk pn terjengket2 sebab takut.. rupa2nya my ex-housemate punya bf…  ntah diorang fight ke apa la time 2..eeeeeee…seram dibuatnya…

2nd time memang tak boleh nak expect la sape..pukul 1 pg pulak tu.. bukan setakat ketuk tapi sekali dengan tendang/tolakan yg kuat jugak la.. spontan pulak I terbangun terus jerit

“SAPE????????????????????”

“Cari SAPE??????????”

boleh pulak dia jawab tapi I x sure dia kata nak cari pembantu kedai @ dia adalah pembantu kedai..pastu terus sunyi…masa tu my housemate n I dah melekat kat pintu rumah tu konon2 nak halang pintu 2 dari terbuka.. sekali terpandang atas meja I.. ALAMAK!!!!!! Grill x kunci…patut la dia boleh tolak pintu 2… last2 dah takut sgt I call my frend yg dok kat aras bawah tapi malangnya dia tidur tanpa kesedaran langsung. terpaksa la call kawan yang dok jauh sikit..

2 am…mata dok segar lagi tunggu kawan I datang. sekali dia datang mmg la xda orang dah…tapi malangnya pintu rumah I x boleh bukak dari dalam & jugak luar.. terpaksa la di pecahkan..kalau tak memang terkurung…time 2 mmg sgt takut…nak tido pun dah x mampu sebab pintu dah xda kunci..tutup pun kena sendal…huhu

memang jadi pengajaran la…kena mak sure semua dah kunci sebelum tidur…tapi yg last nite rasanya rumah jiran kot…saya yang teremosi…. Barangkali…….