13 weeks

alhamdulillah..sedar┬átak sedar dah masuk 3 bln kandungan saya..tapi buku pink tak buat lagi. kawan2 saya cakap kalau buat lambat nanti misi marah huhu…this monday la saya pi buat, bukan apa saya malas nak menunggu lama kat klinik kesihatan shah alam ni. mana taknya, sini tak ada hospital so semua orang buat kunjungan kat klinik tu..

actually saya baru lepas google pasal kalsium sebab saya rasa macam baby dah start tarik kalsium dari saya.. saya terfikir macam ni sebab saya MALAS MINUM SUSU!!!!! & saya memang ada masalah kalau baring..sebab kalau baring saya akan rasa sengal2 macam urat saya dah bersimpul2 dari bahagian bawah pinggang sampai kaki…memang susah sangat nak bangun. kadang2 kena minta tolong orang..untuk selamat memang kena tido mengiring je…

sekarang ni plan nak beli pil kalsium je la kot..risau jugak sebab ramai yang cakap kalau kalsium tak cukup silap2 si ibu boleh tak da gigi..tatottttnya…

ok!! malam ni dah kena start mimpi pil kalsium supaya esok tak lupa beli..

pil kalsium

pil kalsium

pil kalsium

….

Advertisements